Monday, September 28, 2020

Masjid Selat Melaka.


Masjid Selat Melaka ini antara destinasi menarik yang patut dikunjungi jika anda bertandang ke negeri Melaka. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang. Menjadi salah satu tempat kegemaran para jurugambar tidak kira tempatan atau negara luar.

Masjid Selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di Melaka. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia. Pulau Melaka ini merupakan pulau buatan manusia. Keindahan dan kecantikan masjid ini memang tidak boleh dinafikan.

Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid Selat ini pastinya mempunyai karekter dan senibina yang unik seperti juga masjid-masjid lama tersohor di Melaka. Masjid ini dapat menampung kapisiti lebih kurang 2000 jemaah pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...