Sunday, September 27, 2020

Hiking di Ysyk-Ata Gorge Kyrgyzstan

Kembara Old Silk Road:
Hiking di Ysyk-Ata Gorge Kyrgyzstan. 

Tersentak saya mendengar subuh azan berkumandang dimasjid bersebelahan hotel pada jam 5:18am. 

Inilah pertama kali saya mendengar azan dari minaret masjid kerana dinegara Stan yang lain di Central Asia, azan menggunakan pembesar suara adalah diharamkan. 

Bila saya jenguk ditingkap, salji masih turun dan semua diluar kelihatan berwarna putih ditutupi salji. Pemandangan pokok disaluti salji sangatlah indah dan mengasyikkan. 

Bukanlah kerja mudah ke masjid dalam suhu -10'C dan berjalan diatas snow lengkap dengan pakaian tebal dan kasut kalis snow. 

Dalam fikiran saya tentunya Allah memberi ganjaran yang lebih kepada mereka kerana kesusahan dimusim winter berbanding kita yang berada dinegara panas. 

Imagin jikalau terbatal wudu’, bagaimana susahnya perlu membuka semua pakaian winter dan mengambil wudu’ dengan air ais? 

Selalulah kita bersyukur dilahirkan dinegara tropikal kerana tak perlu bersusah payah untuk ke masjid. 

Sarapan pagi sangat simple hanya roti dan bubur semolina yang dimasak dengan susu. 

Kami dan berjanji dengan guide untuk hiking dipergunungan sejauh beberapa km berjalan diatas snow. 

Mereka yang pernah hiking ke ABC atau EBC tentu sudah maklum kesusahan berjalan diatas path bersalji kerana keadaan licin. 

Ysyk-Ata yang ketinggian 2000 meter mempunyai sebuah hospital era Soviet yang memberi servis alternative treatment saperti rendaman didalam thermal mineral pool dan mud treatment. 

Terdapat beberapa hiking route antara 3km hingga 15km di Ysyk-Ata Gorge dan guide memang diperlukan apabila hiking dimusim winter. 

Suhu dibawah 0'C dan kabus tebal boleh menyebabkan visibility menjadi 1-2 meter sahaja dan mudah tersesat. 

Kami memilih route yang paling senang dan memang rasa segar bila berjalan dalam udara sejuk yang nyaman. 

Pada tengahari kami checkout dari hotel Ulai Resort dan pulang ke Bishkek sejauh 80km. Pemandangan perkampongan di Kyrgyzstan sangat berbeza dari negara Stan yang lain. 

Saya lihat setiap kampong ada mempunyai sebuah masjid dan rumah mereka semuanya teratur. 

Aktiviti ekonomi orang kampong berkisar dengan peliharaan binatang ternakan saperti kuda, lembu dan kambing biri-biri. Daging dari Kyrgyzstan sangat diminati di Kazakhstan dan Russia kerana ianya organic dan tender. 

Di Bishkek kami ke stesen teksi dan menempah sebuah teksi Toyota Camry dengan harga 5000 KGS ~ USD77 ke Almaty Kazakhstan untuk esok harinya. 

Kemudian kami ke Ala-Too square dan Osh Bazaar sebelum bermalam di Kerben Palace dengan bayaran Rm130 sahaja.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 


***********

Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak. 
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom

***************
Buku #kutuberahak HARD COVER Limited Edition Collectors item. 
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

BUKU HARD COVER. 
Semenanjung 
Kos + postage 
(RM50+RM6.50) = RM56.50

Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM50+RM13) = RM63.00

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Muhd. Ihsan Mazlie)

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...