Friday, September 25, 2020

Trip Rio de Janeiro: Bandar paling mengujakan di Latin Amerika


ZAINUDDIN OMAR

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun. 

Perjalanan ke Rio de Janeiro dari Malaysia sangat lama dan terpaksa transit di Charles de Gaulle Airport Paris dan Schiphol Airport dengan menaiki Air France. Setelah 30 jam perjalanan baru selamat mendarat di Galeão International Airport (GIG), Rio de Janeiro Brasil.

Sebelum ke Rio ramai rakan yang menasihati agar kami berhati hati kerana pada masa itu viral satu video yang menyaksikan bagaimana turis di Rio dirompak ‘in bright daylight’ kerana baru sahaja selesai Olympic Games Rio 2016. Apabila sampai di airport saya terpaksa menukar mata wang Brazilian Real walaupun rate pertukaran harga sembelih kerana airport taxi hanya menerima cash. Lagi pun jam 11 malam sudah tiada lagi perkhidmatan public transport.

Dimana-mana airport di dunia, di situlah banyak scam taxi dan saya lebih gemar membayar kupon taxi di kaunter walaupun harganya mahal sedikit dari terkena scam. Masalahnya ialah bukan semua airport mempunyai sistem yang teratur dan kadangkala terfikir bahawa Airport Authorities sengaja memberi peluang kepada pemandu taxi mereka untuk scam dan overcharged pelancong. Bukan semua negara mempunyai sistem uber/grab atau public transportation canggih dari airport ke bandaraya. Jeddah dan Tehran adalah contoh terbaik.

Di Rio de Janeiro kami tinggal disebuah hotel dalam kawasan Barra de Tijuca, lebih kurang 10 km dari downtown Rio. Barra de Tijuca adalah kawasan baru yang dipenuhi hotel, condo dan shopping complex. Rio de Janeiro adalah bandar pesisiran pantai yang terkenal dengan pantai Ipanema, Copacabana, barra da Tijuca dan Leblon. Ianya juga adalah bandar yang paling kerap dilawati dibawah selatan hemisphere.

Hari pertama saya hanya recce kawasan kawasan downtown Rio terutamanya pantai Ipanema dan Copacabana, untuk merasai ‘vibe’ kotaraya ini. Kelihatan juga seorang dua perempuan arab yang bertudung di tepian pantai. Isteri saya yang bertudung pun tidak dipandang pelik oleh orang sana kerana toleransi tinggi rakyat Brazil terhadap berbagai bagai fahaman disana.
Di pantai ada dikhaskan tempat untuk kaum LGBT yang menarik perhatian saya tetapi saya hanya melihat dari jauh sahaja. Kawasan tersebut dikibarkan dengan bendera bendera rainbow LGBT.

Masalah paling besar di Rio ialah tak ramai penduduk lokal yang boleh berbahasa inggeris, dan saya terpaksa menggunakan google translate untuk terjemah kepada bahasa portugis. Untuk makluman hanya Brasil sahaja yang berbahasa portugis dan lain-lain negara Amerika Selatan semuanya menggunakan spanish. Apabila berada di Rio terasa seperti semua penduduk di bandar tersebut bercuti. Dipantai sentiasa penuh dengan pengunjung dari pagi hingga petang terutamanya orang lokal. Sepanjang kedai di pesisir pantai penuh dengan pengunjung hanya dengan pakaian mandian sahaja. Terdapat aktiviti pantai seperti di Venice/Muscle beach di LA dengan mamat dan minah sado memperagakan badan mereka kepada yang obese. 

Pantai di Rio penuh dengan manusia yang sunbathing setiap hari walaupun temperature hanya 20-22’C sahaja. Pada orang Rio, ‘Life is a beach’ dan mereka berkumpul dipantai untuk berparti setiap hari minggu bersama keluarga. Pantai di Rio juga sangat panjang dan bersih, dengan pasir yang halus dan ramai yang bermain surfing dengan ombak sederhana kuat. Pada saya berbikini adalah pakaian seragam di bandar Rio de Janeiro. 

Rio Carnival adalah pesta paling besar di South America dan diadakan setiap tahun pada bulan Februari. Pada masa itu semua harga hotel naik berkali ganda kerana kedatangan ribuan pelancong dari USA. Di Dalam bas juga kelihatan ramai penumpang berseluar renang dan berbikini tanpa rasa malu. Saya boleh rasakan seperti satu penduduk bandar Rio ini tidak bekerja dan having fun at the beach. 

Beberapa pemerhatian yang dapat saya kumpulkan setelah seminggu meronda di Rio de Janeiro.

1. Penduduk Rio seperti orang Iran sangat baik dan suka membantu tourist walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris.

2. Setiap trip bas berharga R$3.8~ Rm5, dan route bas servis semua kawasan pelancongan. Kita hanya perlu memberitahu kepada dreber bas tempat yang nak dituju.

3. Metro di Rio tidaklah selengkap seperti bandar bandar eropah.

4. Kawasan hotel paling mahal dan selamat adalah di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

5. Selama berada di Rio saya masih merasa selamat asalkan tidak berjalan waktu malam terutamanya di downtown.

6. Polis ramai kelihatan di tempat tempat tarikan pelancong dengan senjata berat. Jika anda hanya ada sehari di Rio, elok menggunakan bas sightseeing dengan harga Rm100 yang membuat perjalanan loop di sekitar Rio. Anda boleh naik turun bas selama sehari ditempat yang ditetapkan.

7. Orang tempatan menasihatkan agar tidak ke kawasan Favela (slum) kerana tidak selamat dan kejadian tembak menembak berlaku setiap hari di Favela. Orang Rio sendiri tidak berani ke Favela.

8. Pantai paling popular adalah Copacabana dan Ipanema.

9. Rio Carnival adalah pada bulan Februari selama seminggu dan harga hotel dan pengangkutan meningkat tiga kali ganda. Seramai 3 juta pelancong mengunjungi Rio Carnival setiap tahun di Copacabana.

10. Bawa phrase book English-Portuguese untuk menyenangkan perjalanan kerana tidak ramai orang Brazil boleh berbahasa Inggeris.

11. Internet data mahal di Brazil. Misalan nya, Vivo menjual 600MB data dengan harga Rm55.

12. Cuaca pada bulan september dan Oktober (spring) sangat nyaman di lingkungan 18’C-24’C.

13. Shopping murahan adalah di Downtown Rio dan Bara Shopping mall adalah terbesar di Latin Amerika.

Aktiviti riadah memang banyak di tepian pantai

14. Taraf hidup Brasil adalah seperti di Malaysia dan harga barangan adalah serupa seperti di Malaysia.

15. Pusat pelancong yang wajib dilawati adalah di Cristo Redeemer kerana pemandangan Rio yang cantik dari atas bukit (entrance fee Rm100), Sugarloaf Mountain (entrance fee Rm100), Copacabana, Ipanema beach dan stadium Maracana.

16. Makanan halal sangat susah didapati di Rio tetapi ada restoran vegan.

17. Teksi adalah bermeter dan kadarnya adalah seperti di Malaysia.

18. Amaran penyakit Zika memang ada merata di Rio tetapi orang di sini hidup saperti tidak mengendahkan nya. Selama saya di Rio, saya tidak nampak langsung seekor nyamuk pun.

19. Bandar Petropolis hanya 100 km dari Rio dan merupakan pusat peranginan untuk penduduk Rio kerana cuaca yang dingin.

20. Bintang bola sepak Brazil, dulu dan sekarang ramai yang tinggal di Rio dan mereka selalu kelihatan di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

21. Rio de Janeiro dan São Paulo ada kawasan paling moden dan terkaya di Brazil berbanding kawasan lain.

Semasa berada di Rio tidak ada satu ketika pun saya rasa terancam atau tidak selamat. Ini adalah kerana saya membiasakan diri agar street smart dan sentiasa berada di kawasan ramai polis pelancong terutamanya di tempat tarikan.


No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...