Tuesday, August 25, 2015

Aktiviti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak-Dewan Muda


Ini adalah koleksi gambar mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Muda serta DUBS Miri.


Semoga kerja kebajikan dalam memperkasa usahawan Sarawak terutamanya di Miri.



Saya menggalakkan semua usahawan di Miri untuk berdaftar dengan DUBS serta menjadi ahli Dewan Muda.





Lawatan Muhibah ke Pejabat Baitulmal Miri.

Seramai 16 ahli Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak yang diketuai oleh Ketua Dewan Muda, En Mohamamd Hafidz Rohani telah mengadakan lawatan muhibah ke pejabat Baitulmal Miri.

Objektif lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tugas dan peranan Baitulmal terutamanya dalam soal zakat, peluang ruang niaga di bangunan baru Baitulmal dan berbincang mengenai soal zakat perniagaan, sedekah dan wakaf.

Dalam penerangan yang diberikan Pengurus Cawangan Pn Marini Juraibi, beliau menggalakkan ahli untuk membuat potongan zakat dan sedekah kepada pekerja-pekerja dan menekankan soal pentingnya pembayaran zakat perniagaan bagi menyucikan harta dan menambahkan berkat.

Selain itu juga beliau menyeru ahli-ahli untuk menyalurkan maklumat tentang bantuan kepada asnaf-asnaf yang layak serta tidak hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja jika banruan lambat atau ada individu yang tidak dibantu. 

Dewan Muda DUBS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Bairulmal menerima kami dan momento kenang-kenangan juga diberikan sebagai tanda penghargaan dari Ketua Dewan Muda DUBS Miri.

Lawatan ini disokong dan dijayakan bersama ahli-ahli Dewanita dan Dubs Cwgn Miri



















No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...