Wednesday, August 19, 2015

TIPS BACKPACKING KE SANTORINI


Pengangkutan:

1) gunakan feri murah untuk ke Santorini. Yang termurah adalah Blue Star Ferry. Elakkan naik speed ferry dan flight kerana harganya agak mahal berbanding Blue Star. 

Untuk Blue Star ferry harganya sekitar 37 euro ( lebih mahal kalau summer tak silap ) . Nanti dah masuk kapal kalau rasa nak tempat duduk, boleh upgrade. Cuma 5 euro untuk tempat duduk yang selesa.

2) sewa ATV sepanjang berada di Santorini. Ini adalah satu aktiviti yang sangat menarik untuk dibuat sepanjang berada disana. Pengalaman membawa ATV diatas jalan biasa adalah sesuatu yang sukar untuk kita dapat di Malaysia.

ATV 150 cc adalah sekitar 25 euro satu hari.

Penginapan:

1) elakkan untuk tinggal berdekatan Oia dan Fira. Dua kawasan ini adalah kawasan tumpuan, jadi harganya pun harga untuk pelancong. Cuba tinggal di kawasan yang lebih jauh dari dua tempat tersebut. Saya cadangkan tinggal di Perissa ( satu jam dari Oia )

Perissa walaupun agak jauh sikit, tapi puas hati juga kalau duduk dekat dengan pantai. Setiap hari boleh mandi-mandi di pantai kemudian baru jalan jalan di Oia atau Fira

2) penginapan ni gamble jugak sebenarnya. Kena selalu update dan tengok kalau ada promo baru boleh dapatkan yang murah.

Makanan:

1) kalau anda jenis memang kena makan nasi setiap hari, disarankan untuk bawa periuk nasi. Makanan di Santorini agak mahal juga sebenarnya. Jika jumpa yang murah pun, tidak semurah masak nasi sendiri.

2) jika anda mengambil keputusan untuk memasak sepanjang di Santorini, sila beli barang keperluan asas untuk memasak sebelum anda sampai di Santorini.

3) makanan halal susah nak cari ( melainkan seafood ) .

Harap dapat membantu kawan kawan yang berminat nak ke Santorini.

Kalau ada yang pernah pergi, boleh tambah info.

Selamat menggembara smile emoticon

Kalau ada sebarang persoalan anda boleh terus PM kam


credit to Owner FB page : M&M Backpacking

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...