Saturday, August 8, 2020

Campervan.. live your dream.

LIVE YOUR DREAMS. 

Lifestyle menggunakan campervan di negara barat adalah lumrah terutama di New Zealand, Australia, Canada dan USA tetapi trend sebegini belum catch up di Malaysia. 

Walaupun begitu ada grup FB iaitu campervan Malaysia yang mempelopori lifestyle baru ini. 

Saya copy paste posting seorang peminat yang baru sahaja membeli campervan/caravan bernilai lebih RM100k dilengkapi dengan peralatan moden ibarat ‘house on wheels’. 

Boleh lihat gambar disini:
https://www.facebook.com/groups/592087724245555/permalink/3131551830299119/

Kita di Malaysia, tidak mempunyai banyak campsites yang menyediakan fasiliti untuk campervan/caravan, unlike di negara barat. 

Walaupun begitu ianya tidak membantutkan usaha ramai rakan-rakan FB yang seronok berkembara menggunakan campervan yang diubah suai dari van atau kenderaan biasa. 

Seorang rakan FB warga emas Zamzam Abdul Rashid  sudah bersedia untuk misi jelajah Malaysia menggunakan SUV yang diubah suai dan boleh disambung dengan khemah biasa (lihat gambar 3,4, 5, 6 & 7). 

Yes, live your life to the fullest according to your mould and not to what others dictate. 

Tiada sesiapa boleh merendahkan cita cita anda untuk ‘live your dream’. Lihat bagaimana Zainal Celeste mengembara benua Afrika menggunakan campervan Hilux beliau. 

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni kerana nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan. 

You are your own captain maneuvering your own ship in this sea of life. 

Kepada rakan-rakan yang mempunyai cita-cita besar, rancang dan laksanakanya sambil sisihkan orang orang pemati semangat dan negatif dari hidup anda. 

Albert Camus seorang French philosopher pernah berkata -
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.”  

Go Go Go.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...