Friday, August 28, 2020

Fakta Ternakan Rusa.

Ladang rusa yg dengarnye di pagoh seperti yg ditulis detail oleh Mhanifa Awang Su
.................

Sudah berbelas tahun atau lebih tepat lagi sudah 17 tahun En. Adam, En Jamal dan En Firdaus, tiga bersahabat dari Muar ini menternak rusa. Selain untuk daging, bahagian tanduk rusa juga mempunyai nilai perubatan. 

Katanya menternak rusa jauh lebih mudah dan menguntungkan berbanding kambing. Jika sumber makanan menggunakan dedak, kosnya adalah RM2.00 sehari tetapi kalau menggunakan sumber makanan pilihan seperti hampas soya, napier dan PKC maka kosnya hanya RM0.68 sahaja. 

Harga seekor rusa bentina berumur 6 bulan dianggarkan RM2,000.00 manakala jika berumur satu setengah tahun harganya dianggarkan RM3,500.00. Jika rusa jantan pula harganya lebih dalam RM500.00 dari harga bentina. Namun begitu jika induk yang berkualiti harganya mungkin boleh mencecah lebih RM8,000.00 seekor. 

Menternak rusa tidak memerlukan kawasan yang luas atau jauh dari penempatan. Pengusaha ini yang merupakan usahawan PPK Pagoh hanya menggunakan kawasan seluas 100' x 200' bagi memuatkan lebih kurang 200 ekor rusa. Malah dengan keluasan yang sama sebenarnya boleh menampung sehingga 300 ekor rusa. 

Fakta paling menarik ialah mereka  meletakkan budget sifar untuk rawatan. Maknanya rusa agak kebal kepada penyakit-penyakit seperti, kembung, cacing dan kutu. Malah luka-luka kecil juga tidak memerlukan sebarang rawatan. 

Fakta kedua pula ialah dalam menternak rusa kita tidak memerlukan banyak rusa penjantan kerana nisbah rusa jantan dan bentina adalah 1:20. Rusa boleh beranak 3 ekor dalam tempoh 2 tahun atau sebanyak 16 kali sepanjang hayatnya yang mencecah 20 hingga 25 tahun. 

Harga daging rusa diantara RM70.00 hingga RM80.00. Jadi sesiapa yang berminat hendak menternak rusa jenis kacukan 'Timorensis' dan 'Samba' samada untuk komersial atau sekadar hobi, bolehlah merancang membuat pagar 'Cyclon' pada kawasan yang tidak berapa besar hatta seluas satu lot tapak rumah - Mhas

P/s: Penghargaan
1. Team Agrotek (untuk siri ke 16) 
2. Pengurus Besar PPK Pagoh.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...