Saturday, August 29, 2020

Tips Kewangan TRAVELLERS.

'Attaining financial freedom at 50 for wage earners' - tips untuk orang muda dari otai yg dah melalui asam garam kehidupan. Ini pengalaman saya dan mungkin orang lain melalui pengalaman yang berbeza. 

Beberapa tips perancangan kewangan untuk orang orang muda:

1. Rancang dari umor 20'an untuk lupuskan semua hutang bila capai umur 50.
2. Rancang untuk mendapat pendapatan bulanan serupa dengan 'last pay' apabila pencen. 
3. Ambil insuran takaful perubatan, pelajaran anak dan simpanan semasa umur 20'an. 
4. Belanja sepertiga untuk hutang besar, sepertiga untuk belanja harian dan sepertiga untuk simpanan dari pendapatan bulanan dari pendapatan bulanan.
5. Rancang untuk beli rumah setiap 3-5 tahun. Jual rumah pertama dengan keuntungan dan beli rumah yang lebih berharga untuk tambahan nilai pelaburan.
6. Hadiah untuk ibu bapa dan sedekah secara istiqama sebagai satu amalan untuk murah rezki. 
7. Elak kan diri dan keluarga dari amalan berhutang. 
8. Jangan masuk skim cepat kaya. Mana2 skim yang menjanjikan pulangan lebih dari 10% besar kemungkinan satu penipuan. 
9. Kesihatan yg baik pada umor 50 adalah hasil dari cara hidup baik semasa umor 20'an dan 30'an. Riadah dan jaga pemakanan semasa muda. 
10. Jangan lebur duit dgn pembelian kenderaan mewah. 
11. Hidup secara sederhana dan jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Semua manusia ada masalah tersendiri. 
12. Simpan 10% pendapatan untuk kembara setiap bulan 
13. Simpan senarai 'bucket list' tempat2 untuk kembara. 
14. Allahuallam.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...