Wednesday, August 12, 2020

Christiana Denmark- Free Sex & Drug.

Christiania perkampungan free sex dan drug di Copenhagen Denmark. 

Mesti ramai yang sudah berkunjung ke Christiania Copenhagen Denmark kerana ianya satu daripada tarikan turis dibandar tersebut. 

Kawasan seluas 19 ekar tersebut pada sejarahnya adalah berek askar tetapi ditinggalkan pada tahun 1971. 

Selepas itu geng hippie, gelandangan dan homeless masuk kekawasan tersebut menjadikan perkampongan mereka tanpa kawalan dari Kerajaan Denmark yang liberal. 

Saya tidak tahu menahu berkenaan Christiania sebelum berkembara tetapi diberitahu oleh seniors berkenaan sebuah perkampungan di Copenhagen yang mengamalkan free sex dan drugs. 

Sebagai orang muda tentunya menarik perhatian saya kerana zaman 70’an sedang femes dengan woodstock, flower power, give peace a chance, free sex and drug dari golongan hippie ini. 

Memang saya bulatkan hati untuk melihat kawasan femes tersebut dengan mata kepala sendiri dan meneliti kehidupan bani hippie.

Apabila berada di Copenhagen, puas kami meronda bandar dan bertanya dimana tempat Christiania ini tetapi tiada siapa ingin membantu sehingga lah kami berjumpa dengan seorang brader hippie. Beliau yang menunjuk kami jalan kesana. 

Pada zaman itu memang penduduk Copenhagen tidak mahu membantu sesiapa yang bertanya berkenaan Christiania kerana ianya dianggap sebagai ‘black area’. 

Golongan hippie dari seluruh eropah berkerumun bermastautin di commune Christiania untuk free sex dan drug sehingga menyusahkan penduduk Copenhagen. Sesiapa pun boleh melakukannya asalkan ‘suka sama suka’ tanpa apa apa ikatan. 

Dalam buku #kutuberahak ada beberapa bab saya ceritakan berkenaan bani hippie ini dan pengalaman kami di Christiania. 

Sehingga kini saya masih merasakan berderau darah memikirkan pengalaman pertama kali berada di Christiania. 

************

Buku #kutuberahak. 

Harga hanya RM35 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM35+RM6.50) = RM41.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM35+RM13) = RM48

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...