Friday, August 28, 2020

Ringkasan Negara Paling Best, Mahal, Cantik.


Intisari road trip negara East European September 2018 - Austria, Czech Rep, Germany, Slovenia, Hungary, Bulgaria, Romania dan Slovakia.  
 
1. Negara paling mahal. 

Austria. Harga semua dalam euro dan setanding dengan Switzerland. Harga barangan makanan, hotel dan Air BnB dua kali ganda mahal dari negara EE lain. 

2. City paling kemas dan liveable. 

Vienna dipilih sebagai the best city to live in the world kerana selamat, mempunyai first class public transportation, bersih dengan recreational facilities yang terbaik. Saya dapati taman dijaga dengan baik dan mempunyai tempat rehat disediakan untuk penduduk tempatan. 

3. City tua tercantik. 

Cesky Krumlov Czech Rep. kerana bangunan lama yang masih terjaga. 

4. City tercantik. 

Budapest kerana bangunan lama yang tersusun cantik dimerata tempat berdekatan Sungai Danube. 

5. Pekan yang mengasyikkan.  

Berada di Hallstatt seperti dibawa ke zaman silam dengan pemandangan picturisque. 

6. Pemandu paling teruk. 

Romania dan Bulgaria. Pemandu mereka tiada etika, membawa kereta laju dan tidak penyabar. 

7. Negara paling murah. 

Romania dimana harga barangan seperti di Malaysia. 

8. Pemandangan jalan paling cantik. 

Alpine road di Austria dan Transfagarasan highway di Romania. 

9. Penduduk paling segak. 
Slovakia. 

10. Castle paling cantik dan tersergam. 

Neuschwanstein castle Bavaria Germany. 

11. Negara paling boring. 

Slovenia kerana kecil dan tiada banyak tempat tarikan. 

12. Jalanraya paling baik. 

Austria, Czech Rep, Germany, Slovakia, Slovenia dan Hungary. 

13. Negara paling ramai gelandangan. 

Romania dan Bulgaria. 

14. Ibukota paling banyak monumen Islam. 

Sofia Bulgaria. 

15. Bandar disebut sebagai syurga dunia oleh turist arab. 

Zell Am See dan Kuprun di Austria kerana selalu hujan, sejuk dan bersebelah tasik. 

16. Jalan paling bahaya diwaktu winter. 

Transfagarasan Highway di Romania. 

17. Bandar paling overated. 

Prague kerana Old town sangat kecil, congested dan mahal. 

18. Bandar paling ramai turist terutama dari USA. 

Budapest Hungary. 

19. Negara paling mendatar tanpa pergunungan. 

Hungary. 

20. Tempat paling ramai turist tertipu.

Bran @ Dracula’s castle Romania walhal ianya bukan tempat sebenar Dracula@Vlad the Impaler. 

21. Negara yang saya paling suka. 

Tentunya Austria kerana pemandangan indah. 

22. Bandar yang paling saya suka. 

Vienna kerana bersih dan relaxing. 

23. Ibukota paling boring. 

Bucharest. Bangunan lama berumor tak sampai 100 tahun dan Old Town yang kecil dan haphazard. 

24. Public transport terbaik. 

Di Vienna kerana sistematik, tiada siapa menjaga dan timely. 

25. Ibukota paling mudah 
mendapat halal food seperti kebab. 

Bucharest, Budapest, Prague dan Zell Am See. 

26. Semua negara EE menggunakan Whatsapp kecuali Hungary. 

Hanya di Hungary ramai menggunakan Viber dan Telegram. 

27. Negara paling ramai kaum Gypsy yang masih tinggal dalam kereta kuda. 

Romania. 

28. Negara paling miskin di Eastern Europe. 

Moldova dan Bulgaria. 

29. Ibukota paling banyak kejadian pickpocket. 

Bucharest Romania. 

30. Ibukota dengan teenagers paling trendy dan ranggi. 
Prague. 

31. Negara paling banyak castle. 

Romania kerana sejarah medieval yang lama. 

32. Negara paling kuat beragama. 

Romania beragama Eastern Orthodox penuh dengan gereja. 

33. Negara yang sama ‘cost of living’ dengan Malaysia. 

Romania dimana harga barangan dan makanan serupa dengan Malaysia. 

Ini hanya pemerhatian  saya dan traveller lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
#kutuberahak. 
FB: Zainuddin Omar

************

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. 
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

BUKU HARD COVER. 
Semenanjung 
Kos + postage 
(RM50+RM6.50) = RM56.50

Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM50+RM13) = RM63.00

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Muhd. Ihsan Mazlie)

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...