Sunday, August 23, 2020

Perjalanan ke Santorini, Greece

Beberapa tip untuk mereka yang bercadang ke pulau Santorini Greece. 

Ini pandangan saya setelah berada selama 6 hari disana.  

Santorini adalah salah satu pulau termasyur didunia kerana keunikan architecture bangunan nya yang dibina dilereng bukit. 

Greece mempunyai 1200 pulau besar dan gugusan pulau dinamakan Cyclades (Santorini, Paros, Naxos, Mykonos dll), Dodecanese (Rhodes, Kos dll), Ionian (Corfu, Zykynthos dll), Saronic (Hydra, Poros dll), Cretan (crete dll) dan sebagainya. 

Pulau yang masyur dan menjadi tarikan pelancung adalah Santorini, Mykonos, Corfu, Crete, Rhodes dan Kos. 

Banyak lagi pulau kecil yang exotik seperti Paros dan Patmos tetapi hanya menjadi tumpuan pelancung dari barat sahaja. 

1. Musim yang sesuai untuk lawatan. 

Peak season bermula dari 15 April hingga penghujung September. Cuaca pada musim panas boleh mencecah 40'C pada Jun, Julai dan Ogos. 

Ramai pengusaha hotel mengatakan bahawa pada bulan Ogos dan September lebih ramai pengunjung berbanding awal April. 

Saya memilih untuk ke Santorini pada bulan Mac kerana low season dimana harga hotel masih rendah dan cuaca yang nyaman antara 14-18'C. 

2. Bagaimana untuk menjejak kaki ke Santorini dengan bajet terendah. 

Ini adalah soalan lazim yang selalu ditanya kepada saya. Tiket paling murah kebiasaan adalah dari Kuala Lumpur ke Istanbul dengan menggunakan Turkish, Qatar, Emirates, Etihad dan SIA dengan harga dalam lengkungan Rm2k. 

Aegean Air kebiasaan menawarkan harga termurah Rm300 satu perjalanan dari Istanbul ke Santorini dengan transit di Athens. 

Untuk pengembara lasak, anda boleh menaiki feri dari pelabuhan di Turkey saperti Bodrum dan 'island hopping' ke Kos, Rhodes dan terus ke Santorini menaiki feri selama 22 jam. 

3. Cara terbaik meronda Santorini. 

Kawasan Santorini adalah berbukit bukit dengan jalan utama selebar 12-15 kaki sahaja. Sering satu kereta terpaksa berhenti untuk memberi laluan kereta hadapan kerana  jalan sempit. 

Bangunan dibina berdekatan antara satu dengan lain, dan laluan anak tangga naik atau turun bukit menghubungi antara bangunan ini. Ini bermakna jarang ada hotel yang berhadapan jalan raya dan pelawat dikehendaki mengheret bag mereka agak jauh ketempat hotel.

Pada hemat saya, penggunaan kereta sewa diperlukan untuk menyenangkan perjalanan dipulau ini. 

Terdapat banyak kedai Car Rental di Fira, dengan harga termurah 15 euro untuk kereta kecil. Oleh kerana jalan nya berbukit dan banyak selekoh sempit, saya cadangkan penggunaan kereta hatchback kecil. 

Hanya lesen memandu Malaysia diperlukan apabila menyewa kenderaan. Mencari tempat letak kereta kosong amat susah di pekan/bandar dan mesti pandai parking kereta ditempat yang sempit. 

Saya mendapati ada kedai yang menyewa motosikal dan ATV. Satu liter Ron 95 berharga 1.8 Euro (Rm 8.50). Jikalau berdua, sewalah Smart car yang kecil dan cute.

4. Tempat bermalam. 

Saya cadangkan bermalam di Fira kerana bandar nya happening dan senang untuk bershopping. Hotel yang mengadap lautan kebiasaan melebihi Rm1000 semalam. 

Hotel yang saya  duduki berharga Rm150 semalam di Fira bernama Leta-Santorini bertaraf 3 bintang. 

5. Makanan halal. 

Saya belum berjumpa restoren halal setakat ini dan kebanyakan Fish restaurant ada sajian makanan pork. Seperti biasa saya membawa bekalan makanan dari Malaysia dan membeli roti, sardin dan buah2an di supermarket. 

6. Day trip ke Pulau berdekatan. 

Pada peak season mulai April ada perkhidmatan feri menghubungi pulau berdekatan saperti Mykonos, Paros dan Naxos. 

Saya menggunakan feri dari Herkalion Crete ke Santorini dengan perjalanan 6 jam dan akan pergi ke Rhodes menaiki feri selama 22 jam. 

7. Berapa hari di Santorini?

Ramai pengembara yang tinggal di Santorini selama seminggu kerana banyak tempat tarikan berselerak diseluruh pulau. Saya berada di Santorini selama 6 hari sebelum ke Kepuluan Rhodes nanti.

8. Bajet. 

Tiket penerbangan ke Istanbul dari KLIA didalam lengkungan Rm2k. Dari Istanbul ke Santorini kos Aegean Air adalah Rm300 one way, kalau booking awal. Kos hotel antara Rm150 hingga ribu riban. Kos barangan makanan agak mahal berbanding Malaysia. 

Sewaan kereta murah kerana banyak car rental disini. Saya cadangkan ambil kereta dari syarikat lokal dan booking online. Avis, budget dan Sixt menawarkan harga terlalu mahal. 

Cari hotel yang mempunyai kitchenette dan masaklah sendiri. AirBnB kebanyakan menawar satu bilik dan jarang menyewa satu rumah yang mempunyai banyak bilik.

9. Tempat tempat menarik di Santorini.

Bab ni kena google sendiri kerana 'that's where the fun is'. 

10. Pantang larang. 

Orang greek tidak berbaik dengan orang turki dan Kerajaan Erdogan. Jangan bercerita dengan orang greek berkenaan sejarah Uthmaniah. Setiap hari didalam TV Greece ada 'Turkey bashing'. 

Semoga bermanfaat untuk mereka yang bercadang ke Santorini. Allahuallam

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar
#kutuberahak

**********

Buku #kutuberahak
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak). 

Harga hanya RM35 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM35+RM6.50) = RM41.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM35+RM13) = RM48

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie). 

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...