Sunday, September 20, 2015

Abam ke Kuwait dengan Slumbernya

Perjalanan abam ke Kuwait kali ini antara yang paling gamble. Abam tak prepare apa2 langsung. Selesai pengembaraan ke Korea, petang tu juga terus gerak ke Kuwait.
Sampai di airport Kuwait, abam cuba merelexkan diri menunggu subuh. Mula2 nak withdraw duit pun rasa seram dah. Bila pegang wang kertas kuwait dinar lagi seram. 1 KD= RM 14. Tengok harga makanan dan barang lg mengerikan. Usai subuh abam cuba check balik kot2 ada hostel atau hotel murah kat sini. Memang non hado. Paling murah pun RM300 satu malam! Abam mematikan hasrat.
Lantas abam try mesej FB TYT Duta Malaysia ke Kuwait, Tuan Rozian Ghani. Abam cakap dalam hati, at least try. Tak sampai 30 saat, TYT Duta reply dan suruh stay di residence embassy. Alhamdulillah.
Abam terus survey transportation ke sana. Dalam peta ado metro. Bila abam tanya, non hado! Survey harga teksi kat internet pula, average RM260 untuk perjalanan lebih kurang 15km. Demam terus abam. Abam ingat nak jalan kaki je sebab 15km tu masih boleh diusahakan dengan jalan kaki. Abam pernah jalan kaki dari airport Milano Malpensa ke Pekan Gallarate melalui highway menggalas backpack hampir 20kg dengan jarak yang hampir sama (maybe lebih jauh lagi). Tapi bila survey tambang bas yang sekadar 250 fills/journey (RM 3.50), abam decide naik bas. Sekali lagi dalam keadaan gamble. Selepas tanya2 orang, bertukar bas 2 kali, jalan kaki dan tumpang kereta Pak Cik dari Yaman, akhirnya abam sampai di Embassy.
Sampai di pondok pengawal, abam cakap, "i'm the guest of ambassador". Bila sampai residence, jumpa TYT Duta, memang sempoi dan bersahaja. Baik orangnya. Petang tu beliau belanja makan di restoren tradisional Kuwait.
Rezeki dari Allah. Daripada asalnya abam mahu menanyakan penginapan murah di sini kepada TYT Duta, beliau membantu abam untuk stay di sini. Rancangnya nak relax mencuri idea menyiapkan travelog yang terbengkalai lama.
Semuanya seolah2 satu celebration memandangkan Kuwait ini negara ke 40 yang abam jejaki. Alhamdulillah i reach that figure while i'm still 22. Still a long journey to go.



No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...