Friday, September 25, 2015

ETNIK SA’BAN, SARAWAK, BORNEO



Nak datang Sarawak Boleh hubungi kami ya..
Miracle Miri Travel & Tours
085665385/0168792385

Nak cerita sikit tentang Etnik di Sarawak ni..

Sa’ban, Saban atau Merau, itulah nama-nama yang merujuk kepada satu lagi etnik minoriti yang ada di Sarawak Bumi Kenyalang. Sudah tentu amat jarang-jarang rakyat Malaysia mahupun bangsa Sarawak sendiri yang pernah mendengar mengenai mereka kerana amat kurang pendedahan serta tidak banyak informasi yang merujuk kepada etnik ini. Etnik Sa’ban merupakan salah satu sub-etnik Kelabit yang juga merupakan antara etnik pembentuk Kaum Orang Ulu, Sarawak.
Mengikut laporan populasi 2000, hanya sekitar 1,000 orang etnik Sa’ban yang masih tinggal di Sarawak dengan pusat populasi mereka ramai tertumpu di satu daerah di Tanah Tinggi Kelabit yang bernama Punang Kelapang. Untuk lebih mengkhusus adalah daerah pedalaman seperti Long Banga, Long Puak (Long Ballong) dan Long Peluan.
Oleh kerana mereka merupakan etnik yang mempunyai hubungan yang dekat dengan etnik Kelabit malah adalah tidak menghairankan sekiranya etnik Sa’ban juga mempunyai banyak persamaan baik dari segi adat, tradisi dan budaya dengan etnik Kelabit itu sendiri.
Malah kesamaan ini juga meliputi bahasa yang mana dikatakan bahawa rata-rata etnik Saban boleh berbahasa Kelabit walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri yang dikenali sebagai Bahasa Merau. Secara amnya Bahasa Merau dikategorikan sebagai rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Dayic, Kelabitic.
Mengikut sejarah keturunan etnik Sa’ban ini sebenarnya berasal dari kawasan Sungai Bahau, Kalimantan Timur. Dan penghijrahan mereka ke wilayah Sarawak bermula sejak di tahun 1900an lagi dan penghijrahan secara berperingkat-peringkat ini berakhir sekitar tahun 1960an.
Jika etnik-etnik lain di Sarawak rata-ratanya mengamalkan perkahwinan campur namun ini tidak berlaku kepada etnik Sa’ban. Dikatakan sehingga ke hari ini, etnik Sa’ban amat kurang mengamalkan perkahwinan campur biarpun sudah hidup di arus kemodenan. Nilai-nilai murni sebagai asli Sa’ban itu sentiasa mereka jaga sehingga menjadikan etnik minoriti ini masih lagi bertahan walaupun pada jumlah yang sedikit.
Suatu masa dahulu, etnik Sa’ban juga merupakan antara pahlawan-pahlawan yang mengamalkan tradisi Kayau di dalam penghidupan mereka. Oleh kerana itulah sehingga ke hari ini, tengkorak-tengkorak musuh yang pernah dipenggal oleh moyang mereka masih lagi penjadi penghias di rumah-rumah panjang mereka.
Dahulu etnik Sa’ban juga mengamalkan agama animisme seperti juga etnik-etnik yang lain di Sarawak namun setelah kedatangan agama akhirnya mereka memilih agama kristian sebagai pegangan hidup mereka. Namun begitu tradisi dan budaya yang tidak bertentangan dengan kristianiti mereka tetap dipertahankan sehingga ke hari ini.
Tidak Kenal Maka Tidak Cinta.
‪#‎KamekSayangSarawakBah‬!



No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...