Tuesday, September 22, 2015

CARA BERJIMAT KE HONGKONG

KL-HK flight return:RM126
Hotel single 2 malam: RM194
Makan/pengangkutan: RM77
All in Hong Kong RM397
Salam.Saya tahu ramai yg dah pergi Hong Kong n dah share itinerary. Saya just nak share perkara yang boleh membantu rakan2 untuk berjimat ke The Peak, cara berjimat dari Airport dan jimat semasa disana:
1)Lazimnya ramai yg akan stay area Kowloon (saya andaikan dari MTR Tsim Tsa Tsui). Then mesti nak pergi Victoria Peak. Standard org akan guna gabungan MTR + Tram. Harga sekitar HKD58.80 return. Kaedah paling murah HKD24.60. Jimat HKD34.80/RM17. Caranya: pergi ke Star Ferry Pier, xjauh dari Clock Tower. Then pergi Central Pier (HKD2.50 one way). Bila tiba, keluar terminal. Cari bas nombor 15 direct ke The Peak. (Jgn naik bas 15B/15C sbb tu hanya tiba stesen peak tram bahagian bawah). Harga HKD9.80 one way. Bas akan berhenti-henti turunkan orang sehingga ke The Peak (terminal bas hanya beberapa ratus meter dgn pemandangan skylines Hk) Pulangpun cara yg sama. Perjalanan bas sgt indah dgn kehijauan pokok, penampakan pulau dan bangunan2. Bas 2 tingkat. Naik bukit.agak seriau sbb jalan ngam2 je. Saya xtau view klu naik tram. mungkin ada yg nk komen.
**[ini sy buat pagi tadi]kalau korg berhajat nak pergi pagi (6.15-10.00pagi), lepas turun ferry kt central pier kena g exchange square untuk catch bus no.15. Lebih kurang 700 meter je jalan kaki. Tapi kalau lepas pukul 10.00 pagi, bas no.15 tunggu kat luar terminal ferry je spt yg sy cerita di atas.
2)Tiket bas dari Airport ke Tsim Tsa Tsui/ Jordan/ Chungking Mansion (famous place) HKD33 one way. kalau return HKD66. Cara nak murah:pergi kat kaunter tiket bas cityflyer kt ground floor airport . Cakap nak beli "Cityflyer prepaid return ticket". (Available utk bas A21/A22). harga HKD55. Jimat HKD11/RM6. Sah tiga bulan.
** kat kaunter mmg xde tulis.
** klu return hkia-kowloon/hk island tarikh yg sama blh diskaun 50%.
Datanglah Hong Kong. Skylines city yg indah. Ditambah dgn pemandangan laut n gunung-ganang yg indah. Totally all in 397 termasuk flight n hotel (Saya tak masuk Disneyland n Ocean Park sbb xminat justeru dpt berjimat)
Esok tengahari balik ke KL, tket bus ke airport dah ada.
Tips2 lain:
1) stay kt area Chungking Mansion. Banyak hotel murah. Hanya beberapa ratus meter ke Avenue of Stars/ Clock Tower/ terminal ferry/ tempat nak ambil gmbar skylines HK. Memang byk orang asing esp india/pakistan kt ground floor. Mereka akan tawar mcm2. Tapi buat tak tahu. Mereka tak kacau org. kalau dh naik floor hotel, security tip top. Pintu utama masuk hotel pun berkunci.
2) Saya cadangkan pergi HK bulan 12- 2. Musim sejuk tapi sejuk Autumn (igt nk g lagi kalau murah sbb terlelap time nak g symphony light. huhu). September panas mcm Malaysia. Oktober suhu dh mula turun.
3) Makanan/minuman mahal. Macam Jepun. So kena prepare. Blh cari dlm Chunking Mansion. bnyak kedai halal. Standard nasi briyani HKD40-HKD60 / RM20++ hgga RM30++. Sy jumpe HKD30 td tapi rare. Ada gak makan subway tengahari tadi tapi amik yg vege/telur je (saya yakin - yg ragu2 xsuggest.
** kalau xjelas blh pm saya esp part utama yg saya share iaitu ke the peak/ airport.

Cityflyer prepaid ticket.


HK skylines awal pagi from Avenue of stars


The Peak

Laluan bas no. 15 ke The Peak.

View bas no. 15


CREDIT TO FB : Zul Messi (BBM GROUP FB)




No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...