Tuesday, September 29, 2015

SEWA KERETA DI EUROPE

Pengalaman memandu di Eropah sejauh hampir 3200km. Selalunya ramai yg ke eropah menggunakan public transport. Sesiapa yg nk try drive di sini mmg highly recommended esp jika travel lebih drpd 4 org. Ianya lebih menjimatkan drpd guna public transport. Kami sewa kereta dgn Avis Company secara on9 & ambil kereta di Frankfurt Airport terminal 2 gate D. Antara document yg diperlukan oleh Avis Company:
1. Permit memandu antarabangsa - apply di JPJ. RM150 dan renew yearly.
2. Lesen memandu Malaysia & credit card (cash tidak diterima).
3. Passport. insurans boleh dibeli sndiri.
Lain2 yg perlu diambilkira ialah kebanyakan negara di eropah left hand drive. Minyak disana agak mahal terutama di Germany €1.49/liter. Harga minyak berbeza mengikut stesen. Jadi, carilah yg paling murah. Tidak ada tol di germany, tapi di Austria & Italy ada tol yg agak mahal tapi minyaknya murah sikit. Perlu diingatkan ada negara2 di sana yg memerlukan sticker(mcm roadtax) utk masuk (di Italy dorg panggil vignette). Contohnya Austria. Sticker tu boleh dibeli di Stesen minyak berhampiran sempadan negara tu. Kos sewa kereta (Opel Astra Turbo 1.4 5seater) ialah €274 utk seminggu dgn basic insurans. Jalan raya di sana sgt2 baik & selamat. Di germany, ada kebanyakan jalan yg tidak ada speed limit. Anda boleh memandu selaju mana yg mampu(tapi sy drive 150km/h saja dan ada nenek german siap hon sbb sy bwk slow. =p.
Akhir sekali, bila masuk ke bandar2 di eropah, selalunya xda tpt khas utk parking. Jadi kena tau kt mana nk parking & parking tu agak mahal. Contohnya utk ke Venice, kami parking di Tronchetto station(€21 utk 4jam) & di Verona, italy kami parking berhampiran colloseum dgn harga €3 utk 3jam). (IG Taqiuddin_azizan)
Opel Astra Turbo. 5seater dgn ruang letak brg yg luas. Sesuai la utk sewa 4 5 org.
Semuanya automatik dlm kereta dia. Daripada lampu, aircond, heater & wiper

Car rental contract dgn Avis.
View laluan menuruni Passo Pordoi, Italy
Harga minyak di Germany. Agak mahal berbanding di Austria & Italy. 
€1.47 per litre
Top of Passo Pordoi, Italy 2239m. 3jam drive daripada Rasun De Soto & 1jam drpd Cortina de Ampezzo.



Credit to fb Taqiuddin Azizan





No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...