Monday, September 28, 2015

[Tips untuk book train di India]

Salam semua, lanjutan dari cerita kena tipu di Taj mahal tadi, ade yang request macam mana nak book train dan keadaan train kat India ni. Sini aku nak share cara nak book train kat India. Actually memang complicated giler nak book train kat India nie.
(DISCLAIMER : Aku memang jenis suke taip panjang-panjang sebab selalu taip kat blog. Hehe….)
Paling mudah korang boleh book mengunakan website nie http://www.cleartrip.com/ bukan setakat train, semua jenis pengangkutan korang boleh book.
Atau pon guna je official website train dorang yang ni http://www.indianrail.gov.in/ . Tapi website nie tak berape nak mesra pelancong. Kalau nak cek jadual train, korang kena tahu station codes, class codes semua tu tapi boleh je cek kat website tu kat bahagian ‘View Codes’.
Ataupun guna website nie http://www.makemytrip.com/railways/ untuk sekadar nak tahu info pasal train (Time, Train No, Clasess provided etc).
Hari tu aku guna http://www.cleartrip.com/ sebab lebih mesra pengguna. Tapi yang jadi MASALAH ialah sebelum beli tiket korang kena register dulu dengan Indian Railway Catering and Tourism Corperated Limited kat sini https://www.irctc.co.in/eticketing/loginHome.jsf . Masalahnya , masa nak register tu korang kena masukan local phone no sebab masa nak log in die mintak code no yang dihantar kat phone no korang masukan tadi.. Tips aku nak gtaw… Masukan je no phone Malaysia atau tipu-tipu. Lepas tu ko email kat IRCTC tu cakap ko xde local phone no dan suruh die send kat email ko je. Yang jadi masalah lagi ialah dia amik masa beberapa hari. (boleh refer sini http://www.travelindiasmart.com/train_tickets.php)
Disebabkan aku dah dekat sangat nak pergi, last-last aku mintak kawan kat India belikan. Walhal aku dah email IRCTC tu untuk request send verification code tu kat email, tapi lambat sangat nak tunggu dorang reply. So make sure korang book awal atau pon nanti direct je ke kaunter untuk beli tiket (Tu pon kalau ade seat yg available).
Kalau nak tahu lagi banyak info boleh baca sini http://www.seat61.com/India.htm#.VgkvtH2KKSo . Sangat-sangat membantu.
Camne keadaan dalam train plak?
Aku pernah naik 3 classes iaitu 1st Class AC, 2nd Class AC with bed and sleeper class. Dari segi luaran train dorang ni nampak sama je. KTM lagi lawa kot. Hehe….
Dulu aku pernah pergi Taj Mahal menaiki ‘Sleeper Class’… First impression, not that bad sebab ade katil boleh tidur. Ade ruang tu ade 3 tingkat katil kiri kanan. TAPI tak berape nak selamat sebab open for public. Masa pergi okay lagi sebab bertolak awal pagi, tapi masa nak balik tu penuh dengan peminta sedekah dan pemeras ugut. Lelaki yang pakai baju perempuan lepas tu paksa-paksa mintak duit. Siap tampar-tampar lagi kalau tak bagi. (True Story sbb kawan aku yang kena).
Dari Delhi ke Mumbai aku naik 2nd Class AC with Bed. Yang nie kira okay la. Selesa dan lebih selamat. Dorang ade provide makanan. Bnyak plak tu. Tak brenti-brenti dorang hantar makanan. Tapi sayangan aku puasa time tu. Indian cakap klu nak naik train paling selesa dan laju ialah Train Mumbai Radjani. Bagi aku okay dan selesa sangat.
Semalam punya trip aku amik 1st Class AC tu pon sebab kawan aku yang book. Aku tak mintak pon 1st nak naik 1st class tu. Harga dalam Rs1010 dr Delhi ke Agra Cantt. Seat duduk mcm KTM. Selesa jugak dan paling best ialah makanan disediakan. Ko tak sempat nak lelap sebab setiap masa ade je makanan yang sampai. Selamat pon selamat.
1-Sekuntum bunga ros
2-Air Mineral 1.5 litre
3-Lemon/Pineapple juice
4-Tea/coffee
5-Brown bread and jam
6-Milk and cereal (corn flakes)
7-Pisang
8-Main dish (veg atau non-veg)
9-Tray for tipping 😅
(Ak noob skit tak tahu cmne nak letak caption kat gambar. 1st pic tu sleeper class, 2nd pic ialah 2nd class AC with Bed, last skali 1st class AC)
Nak tips dan itinreray ke India boleh ke blog aku http://azwansalleh.blogspot.my/. Ade jugak perkongsian itinerary di New Delhi, Mumbai dan Agra.


petikan FB - Mohd Azwan Salleh





No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...