Tuesday, May 12, 2020

Beautiful Alhambra Visit.

Ada apa dengan Kota Merah@Alhambra?
Sebut sahaja negara Sepanyol, sukar dinafikan antara tempat tumpuan yang menjadi bualan pengembara atau pencinta sejarah adalah Alhambra yang terletak di Granada, selatan Sepanyol. Alhambra begitu terkenal dan agung hinggakan ada drama korea berjudul "Memories of the Alhambra".

Alhambra berasal daripada bahasa arab "Hamra" yang bermaksud "Merah" dan adalah sebenarnya sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Islam di Granada. Istana yang tersegam indah di atas bukit La Sabica ini dipanggil Istana Merah kerana bahan binaan atau batu batu yang digunakan berwarna merah. Pengasas kota ini ialah pengasas Kerajaan Bani Ahmar, Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Pembinaan Alhambra dilakukan secara berperingkat dan mengambil masa kira-kira 100 tahun iaitu diantara 1248 sehingga 1354.
Istana ini dilengkapi taman serba hijau dan juga bunga-bungaan yang sangat indah dan berbau harum. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang indah. Di taman ini juga terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa. Dikatakan pada masa dahulu air pancut itu akan keluar setiap kali waktu azan dilaungkan namun tiada kepastian mengenai hal ini.
Al-Hambra sangat istimewa dan dekat dengan umat Islam kerana ia adalah simbol puncak kejayaan Islam di Sepanyol. Islam mula masuk ke Sepanyol apabila pasukan pimpinan Thariq bin Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol dari kekejaman Gabenor Ceuta, Julian. Thariq telah memimpin tentera ke Gibraltar pada tahun 711M. Mereka masuk melalui selat di antara Morocco dan Sepanyol. Bukit di selat itu  kemudian diberi nama sesuai dengan namanya pemimpin tentera itu, Jabal Thariq atau kini terkenal dengan nama Gibraltar. Jika berkunjung ke Gibraltar jangan lupa singgah di Rock of Gibraltar, tempat di mana Thariq dan tenteranya dikatakan mendarat.
Setelah berabad lamanya (kira-kira 800 tahun) Islam berkuasa di Kota Sepanyol, pada pertengahan 1491, tentera Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella mengepung Granada selama tujuh bulan. Mereka berhasil menguasai kota Malaga, kota pelabuhan terkuat di Andalusia. Akhirnya kerajaan Bani Ahmar di Granada tewas pada 2 Januari 1492 M.
Nak pergi Alhambra?
Kalau daripada Barcelona boleh naik overnight train (kira kira 10-11 jam)
Kalau daripada Madrid boleh naik train (kira-kira 3.5-4 jam)
Boleh juga ambil flight ke Malaga (airport terdekat dengan Granada) dan kemudiannya ambil train,bas atau sewa kereta (90minit memandu). Kalau naik train ambil masa 2-3jam sebab kena bertukar tukar sekiranya korang turun kat Airport Malaga. Memandu paling mudah atau naik bas.

Berapa lama masa diperlukan di sini?
3-5jam bergantung sama ada korang pergi semua tempat kat sini. Alhambra ni bukan setakat Istana tapi sebuah kota kecil (ada kubu dan sebagainya). Kalau nak pergi pastikan tempah tiket awal atau lebih baik ambil skip the line ticket. Kalau peak season beratur nak beli tiket sahaja mungkin ambil masa 1 jam.

Harap ringkasan mengenai Alhambra ni bermanfaat untuk korang. Jangan lupa share kan yer moga bermanfaat untuk orang lain & follow fb kitorang.

fb: Detektif Kembara

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...