Friday, May 1, 2020

Berhati-hati Scammer & Pukau di Istanbul.


Istanbul Scam - pukau. 

Istanbul adalah sebuah bandaraya yang indah dah mempunyai sejarah beribu tahun semenjak zaman Constantinople. 

Anda perlu sekurang kurangnya dua minggu untuk bersantai di Istanbul dengan buku sejarah berserta Istanbulkart menaiki tram dan bas merayau ibu kota ini. 

Walaupun begitu anda perlu waspada dengan scammers dan pickpockets yang berleluasa mencari mangsa dari kalangan turist. 

Tahun lepas sahaja rakan saya kehilangan dompit yang disimpan dalam poket depan seluar. Beliau dilanggar oleh sekumpulan lelaki apabila keluar dari tram dan beberapa minit kemudian terasa dompit sudah hilang. 

Paling baik adalah bawa backpack dan pouch jenama PACSAFE yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi kerana ia anti guris pisau dan lock yang susah dibuka. 

Scammers merayau dimerata tempat ditempat tarikan seperti Blue Mosque dan menggunakan berbagai trick yang kadangkala kita tidak terfikir. Saya sendiri pernah cuba di scam di kawasan Blue mosque. 

Baca catatan seterusnya.....

*************

Petang semalam semasa sedang santai dibangku Hippodrome bersebelahan Blue Mosque saya didatangi oleh satu couple yang ‘over friendly’. 

Mereka mempunyai iras latin american dan nampak seperti tergesa gesa bila mendatangi saya. 

“Are you from Malaysia, sir” sambil menghulur tangan bersalaman dengan saya. 

Jarang orang tidak dikenali terutama turist bersalaman dengan saya seperti berjumpa dengan rakan lama. 

Agaknya beliau ternampak bendera Malaysia yang melekat di daypack saya. 

Saya huznuzon dan bertanya balik asal beliau. 

I am from Dubai” dia menjawab dan membuka wallet sambil menunjuk sekeping duit UAE menyuruh saya memegang nya. Saya nampak duit USD berkepuk dalam walletnya. 

Beberapa kali beliau menggesa saya memegang matawang UAE tersebut tetapi saya hanya mengeleng kepala. 

Saya enggan memegangnya kerana berasa syak sesuatu tidak kena. Lagi pun ada beberapa keping matawang UAE dalam dompet saya kerana transit di Dubai sebelum ini. 

Iras muka mereka seperti orang chicano tak mungkin berasal dari Dubai dan saya menjangka mereka orang Columbia atau Peruvian. 

Itu advantage orang yang selalu berkembara kerana boleh mengenali iras muka berbagai bangsa (terutama gergirl 😀). 

“Can I see your Malaysian currency” gesa dia lagi. 

Saya dah mula syak couple ini scammer kerana jarang turist yang curious sebok nak lihat Malaysian Ringgit yang selalu merudum ini. 

“I don’t have any Malaysian currency with me” jawab saya balik. 

Terus mereka beredar dari situ dengan laju seperti mengejar sesuatu apabila saya tak melayan mereka. 

Saya syak mereka ini ahli pukau seperti geng South American/Arab yang banyak berleluasa di Malaysia satu masa dahulu. 

Jika anda memegang matawang UAE yang ditunjukkan dan anda membuka wallet anda untuk menunjuk matawang RM, kemungkinan besar anda akan menyerah kesemua duit yang ada dalam dompet anda tanpa anda mengetahuinya kerana dipukau. 

Selain itu, ramai scammer mencari mangsa dikawasan Sultanahmet antara Blue Mosque dan Grand Bazaar kerana menjadi tumpuan turist dari seluruh dunia. Kebiasaan mereka target solo traveller. 

Antara scam yang biasa adalah:

• mengajak minum oleh seorang yang “over friendly” dan akhirnya terjebak dengan bil ribuan euro. Ramai rakan saya terkena scam ini. 

• scam shoe polisher. 

• scam phone jatuh. 

Sekumpulan orang turki akan meminta anda mengambil welfie mereka dan apabila sedang memberi phone kepada anda mereka sengaja menjatuhkan phone tersebut. 

Anda dipaksa membayar kos phone yang crack screen. (Phone tersebut memang sudah mempunyai crack screen pada awalnya). 

• scam taxi. 5 lira dan 50 lira 

• scam beli jaket kulit dan karpet terutama di Grand Bazaar. 

• scam menu makanan tanpa harga. 

Banyak lagi scam yang scammer gunakan untuk mencuri duit turist di Istanbul (juga dimerata dunia).  

Baru baru ini seorang rakan saya terkena pickpocket di Grand Bazaar sebanyak Rm2000 kerana lalai. 

Saya menggunakan daypack dan body pouch anti pickpocket jenama ‘pacsafe’ dan menyimpan duit dan paspot didalamnya ketika berkembara. 

Ianya mempunyai lapisan wire mesh anti pisau dan wire ditali pinggang anti gunting serta anti-RFID clone kad kredit. Alhamdulillah selamat sehingga kini. 

Be a smart traveller and be wary of “over friendly” people. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...