Friday, May 1, 2020

Islam di Albania.


KISAH BENAR: PART 36

Islam di Albania dan pengalaman berkembara disana. 

Albania sebuah negara yang intriguing. Ianya terletak di Balkan dan mempunyai Greece, Montenegro dan Kosovo sebagai jiran dan mempunyai pesisiran berhadapan Adriatic dan Ionian seas.

Saya berjumpa ramai orang yang berasal dari Albania semasa belajar di UK. Kebanyakan mereka bekerja dihotel industri sebagai buruh, pengemas bilik dan pelayan. 

Apabila ditanya nama, kebanyakan mempunyai nama Islam tetapi setakat itu sahaja. Mereka Islam atas nama sahaja. 

Semasa bertugas di UIAM, pihak universiti mengambil ramai pelajar dari negara tersebut ketika tahun 90’an. 

Memang mereka tidak tahu menahu mengenai Islam apatah lagi bersolat. Bukan itu sahaja mereka mepunyai perangai ‘rowdy’ dan suka bergaduh sesama sendiri, kadangkala menggunakan pisau. 

Apabila saya bertanya kepada Rector, Professor Mohd Kamal Hassan mengenai perkara ini, beliau menjawab,

“Tidak apa Tuan Haji, kita tarbiah mereka secara perlahan. Apa yang penting mereka seorang muslim”. 

Professor Kamal Hassan adalah salah seorang kelantanese yang paling baik saya pernah berkenalan dengan mempunyai keperibadian yang tinggi. 

Beliau sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dan sentiasa tersenyum. 

He is a towering malay. 

Memang saya sangat bertuah dapat bekerja dengan seorang intellectual yang berhemah tinggi dari tahun 1998 hingga 2006 semasa beliau menjawat jawatan Rector UIAM ke-2. 

Pada 2016 saya berpeluang melawat Albania dan saksikan sendiri negara yang pernah menjadi jajahan Khilafiyah Uthmaniah selama 500 tahun. 

Baca catatan perjalanan saya ini. 

**************

Islam berkembang di Albania pada kurun ke 15 semasa penaklukan empayar Uthmaniah dikawasan Balkan. 

Sehingga sekarang 60% penduduk Albania masih beragama Islam yang terdiri dari pegangan sunni dan sufi Bektashi. 

Sufi Bektashi adalah satu ajaran campur aduk yang dibawa oleh Haji Bektash Wali mencampurkan ajaran Ibnu Arabi wahdatul wujud dan ajaran syiah imamiah (12 imam). 

Pertama kali saya bertemu orang Albania adalah semasa bertugas di UIAM tahun 1996 dimana beberapa pelajar mereka ditawarkan tempat belajar. 

Kebanyakan mereka hanya Islam pada nama sahaja dan masih mengamalkan hidup jahiliyah barat. 

Semasa saya berada di Albania, ternampak banyak masjid peninggalan zaman Uthmaniah yang berjumlah 600 kesemuanya. 

Antara 1940 hingga 1990, pihak komunis memerintah Albania dan kesemua masjid ditukar fungsi menjadi gymnasium, community hall dan lain lain. 

Tiada masjid digunakan untuk solat dan saya perhatikan juga banyak gereja dibina bersebelahan masjid semasa zaman Uthmaniah yang menunjukkan religious tolerance semasa zaman itu. 

Regim komunis Marxism-Leninism (komunis paling haprak) menyebabkan Islam dipinggirkan dimana diktator kuku besi Enver Halil Hoxha memerintah dari 1944 hingga 1985. 

Kenapa paling haprak? Komunisma sudah mengalami banyak perubahan dari apa yg diajar oleh Lenin dan Marx. Misalnya di Cuba dicampur aduk dgn socialism. 

Rakyat sudah boleh milik harta walhal Lenin-Marx mengajar bahawa semua harta adalah milik negara. 

China dibawah Mao Tse Tung mengajar serupa tetapi komunisma di China sekarang sudah dicampur aduk dgn sistem capitalism. Serupa juga di Belarus dan Paraguay. 

Negara paling totok masih memeegang teori Lenin-Marx sekarang adalah North Korea sahaja. 

Kalau berada di Albania mesti nampak concrete bunker (pillbox) dimerata tempat (750,000 buah) kerana Enver Hoxha ini sangat paranoid negara mereka diserang oleh negara jiran dan penaklukan oleh USSR. 

Pada tahun 1977 Enver Hoxha mengisytiharkan Albania sebagai 'World's first atheist state'. 

Ironi nya, keluarga Hoxha sangat kuat berpegang kepada ajaran sufi Bektashi dan nama Hoxha berasal dari bahasa turki, Hodja (Hoca-teacher/scholar) dan pada kecilnya beliau digelar sebagai dullah (Abdullah). 

Regim diktator beliau boleh disamakan dengan regim Kim II Sung Korea Utara. 

Sehingga sekarang Albania adalah negara termiskin di Eropah dan ramai penduduk mereka bekerja di Italy. 

Selepas kematian Hoxha pada tahun 1985, rakyat Albania bangkit dan tertubuhnya Albanian Republic dimana pilihanraya telah diadakan. 

Sekarang ini Albania adalah anggota NATO dan OIC. 

Walaupun begitu, regim komunis selama 60 tahun telah meletakkan Islam di backseat dan Islam hanya mulai mekar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan generasi muda menerajuinya. 

Semasa saya di Tirana, saya sempat bersolat jumaat bersama ramai jemaah Albania terutamanya orang muda sehinggakan ramai terpaksa bersolat diluar masjid. 

Apabila mengetahui saya saorang muslim ramai yang datang berjabat tangan dan memeluk saya walaupun kami tiada memahami bahasa masing masing. 

Begitulah ukhwah islamiah kerana kita bersatu dibawah satu panji panji Islam. 

Saperti di Turki, masih ramai yang berfahaman sekular di Albania terutamanya mereka yang hidup dizaman Enver Hoxha. 

Pada mereka fahaman nationalis lebih penting dari Islam. 

Di Tirana Albania terdapat banyak patung Iskander George Skanderbeg dan beliau adalah hero kebangsaan orang Albania. 

Semasa kecil Iskander yang  berbangsa Albania diserahkan dan dibesarkan sebagai saorang Islam di Istana sultan Uthmaniah Murad 11 oleh ibu bapanya. 

Pada zaman itu, kaum yang tinggal di Balkan akan menyerahkan anak sulong mereka kepada Sultan Uthmaniah untuk dididik sebagai bodyguard elit sultan yang dinamakan Janissaries (saperti JMF di Johor). 

Dari kecil Iskander Skanderbeg dilatih sehingga beliau menjadi Ketua kepada satu ketumbukan tentera Janissaries. 

Beliau sebagai 'Bey' atau Jeneral kepada Janissaries dalam pasukan tentera Uthmaniah diarah untuk memerangi kerajaan Hungary di Nish. 

Tetapi malang nya Iskander berpaling tadah walaupun setelah 20 tahun memeluk Islam, menjadi murtad dan memeluk agama asalnya, memerangi dan mengalahkan tentera Uthmaniah pula. 

Peperangan paling besar ialah antara tentera Iskander dan panglima perang Uthmaniah, Ali Pasha di Torvioli pada tahun 1444. 

Iskander telah mengalahkan tentera Uthmaniah dan mengetuai pasukan pemberontak dikawasan Albania yang mematikan usaha Uthmaniah meluaskan empayar mereka ke Eropah. 

Itu lah yang dibanggakan oleh orang Albania dengan Iskander George Skanderbeg. 

Apa yang saya perhatikan di Albania, penduduk sana lebih mementingkan sejarah nationalisme mereka lebih dari semangat keislaman. 

Agama pada mereka adalah satu perkara peribadi.

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB:Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...