Saturday, May 9, 2020

Pulau Ampat, Indonesia


Nombor 1. 

Paynemo Raja Ampat Indonesia.

Imagin satu pulau tropikal yang dikelilingi air laut tenang, virgin jungles dengan pesisiran pantai pasir putih sehalus gandum dan air laut yang sekejap menghijau sekejap membiru. 

Masuk kedalam air laut nya yang hangat 29’C, penuh dengan ikan bercolor rainbow yang bermain di coral, dan yang paling best tempat ini tidak ramai tourist yang mengenalinya. 

Ini lah Raja Ampat, the ultimate tropical paradise di Papua Indonesia. 

Saya berada disini selama seminggu untuk menikmati sendiri tempat yang selalu diwar warkan oleh divers sebagai the ultimate diving haven. 

Raja Ampat ini dinobatkan sebagai diving site yang paling top didunia kerana mempunyai 10 kali ganda hard corals dari The Caribbeans. 

75% species biodiversity lautan terdapat di Raja Ampat dan ianya paling kaya dari segi ecosystem coral reef didunia.

Terdapat 200 diving sites di Raja Ampat, kediaman Manta Rays, Giant Clams, beribu jenis ikan kecil dan besar yang berwarna warni, barracuda dan wobbegong sharks dan marine life yang tak pernah saya lihat sebelum ini. 

Untuk snorkelers boleh sahaja melihat marine life yang tidak jauh dari pantai. 

Raja Ampat lebih bersesuaian untuk advanced divers kerana arusnya yang kuat terutama kepada mereka yang gemar drift dives. Saya difahamkan ada kes DM dan divers yang hilang dibawa arus entah kemana kerana tidak mengikut arahan divers tempatan. 

Saya mengambil kesempatan di Raja Ampat untuk mengambil lesen Advance Open water diving course dengan harga USD 350. 

Sebagai diver yang novice, arus kuat di Raja Ampat ini sangat mencabarkan diri saya tetapi Alhamdulillah semua diving trip berjalan dengan lancar.

KREDIT:
FB Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...