Wednesday, May 13, 2020

Dari JB ke Scotland & Ireland by Train

Salam Ramadhan PKPB .

 Aku Bca Faisal suka naik train untuk travel . DI sini  Saja nak share sikitla pengalaman aku naik train rentas benua nih . Syukur macam arwah mak cakap 1 hari hang boleh pi la naik ketapi jauh jauh . Naik train ke luar ni baru juga . Sebelum ni support famili jadi aku naik KTM saja . 

Trip yang saja nak kongsi ada 3 route . 2 darinya sudah setle  . Tapi kadang aku buat campur campur juga route nya . Ada juga aku lajak sampai Ireland  . 3 chapter itu semua dari Johor Bahru  ke
- SCOTLAND
-  FINLAND
- PORTUGAL belum tapi semua idea dan itineri dah siap . So bolehla kongsi . Cadang tahun lepas .. 2020 mungkin next . 

Ada aku selit excel file tentang kos anggaran laluan ini . Kos ini adalah merujuk jadwal train  yang d jual d online . . Bukan reka reka dan tiket tiket yang d beli dalam trip . Aku ada attach jadwal dan kos . Bolehla buat rujukkan . Biasala klu ada yang tak sama . Kalau d eropah tiket train ini bagusnya beli awal . Lambat harga akan menjadi begitu mahal . Tarikh pembelian dan juga masa berlepas merupakan penentu harga tiket . Harga tiket tidak sama setiap masa . Perlu atlease sebulan untuk booking tiket ini . Attach aku tunjukkan beza harga walau pun sama hari perjalanan.

Hotel dan hostel memainkan peranan menentukan budget kita . Aku letak harga purata sahaja untuk rujukkan . Klu boleh dapat yang lebih murah lagi bagus cuma pastikan premis itu selamat selesa untuk d diami .

Dalam  trip trip ini ada juga aku berhenti d setiap tempat . Ada yang singgah saja dan ada yang  tinggal lama sikit .

Perjalanan train merentasi negara besar seperti China Mongolia dan Rusia ini mesti cekal . 3 hari travel dalam train mesti kena ada daya tahan   tinggi . 

Aku travel ni bermula dengan solo jer . Suka bawa diri dan hal sendiri . Tapi aku gemar join dengan orang tempatan . Sama sama traveler ni kadang angin tak kena . Dengan orang tempatan ok . Kadang bekal yang d bawa kita join gasak makan sekali . 

Bermula dari JB aku mula dengan naik shutle ke Gemas kemudian sambung ETS sehingga Padang Besar . Selepas tu tunggu shutle train 3.30petang masuk ke Hadyai . 6.30ptg  sambung pula ke Bangkok . Dengan kadar tambang 1105 baht dapatla 2nd class sleeper  . Selesa koc ini . Lena sungguh sehingga tiba d Hua Lam Pong . Tiba saja terus cari makanan halal dan mandi d jamban stesen . Train seterusnya 1.05 petang ke sempadan Thai Kemboja . Tambang murah ja walaupun  5.30jam perjalanan . Train lewat tiba hampir 7 malam . Arayanpratet nama sempadan Thai ini . Kita perlu sewa tut tut sekitar 70 baht untuk ke pintu sempadan . Aku check in sini saja . Sudah terlalu letih .

Sempadan d Kemboja namanya Poipet . Masa aku travel ni tiada lagi service train ke Phom Phen . Jadi naik bas ke sana . Modal USD 15 .. sekarang sudah ada train tapi hari sabtu dan isnin sahaja . Jadi kalau nak merasa kena plan betul betul hari nya . Tambang  jauh lebih murah . Hanya USD 7 sehala . Tapi mahu 12 jam juga perjalanan . Tak la jauh sangat tapi train nya bukan laju sangat . 

Tiba di Phom Phen sudah malam . Kebetulan ada pasar malam depan hotel . Jadi sini lah tempat cari makan . Saja nak pesan . Sediakan duit Kemboja bila beli apa apa . Peniaga terima USD tapi dia tipu bila bayar baki . Kita yang tak mahir dapat pulangan baki yang jauh lebih kecil .Hotel aku depan sungai Mekong .. perghh pagi pagi sahdu nya . .

2 malam di Phom Phen aku terus ambil bas ke Ho Chi Min . Tiada train ke HCM . Bas yang aku ambil sempoi . Dia uruskan sekali pasport di border . Dia ada kabel baik punya . Sekejap jer setle di border . Tapi aku tengok Vietnam nie masih ada sisa tak berapa suka dengan American . Depa ni biasa last sekali baru setle . 

Tiba d HCM sudah nak magrib . Hotel aku 35km dari  bus stop tadi . Aku tekad untuk cari teksi bermeter sahaja . Sekali teksi tu scammer aku . Di resetnya meter tu dan di caj harga yahudi . Giler 35km di cajnya aku RM 360 .. 1700 000 dong .  Fikirkan duit atau nyawa aku bayarlah jugak . Dreba tu stop aku d tengah gangster yang melepak situ . Dia ugut kalau tak bayar untuk panggil geng tu . Jadi apa pilihan aku ada . .. nanti jadi apa apa bini anak scandal saper nak jaga . 

Pagi esoknya aku naik train SE 8 ke Hanoi . 36 jam trip ini . Beli kabin bilik ber4 . Harganya 1.120000 dong . Katil atas . Kalau bawah  USD 90 . Tapi kalau Vietmese murahla . Sebilik dengan aku 1 sister baik punya dan 1 pasangan . Yang pasangan baru kawin ni ...adoi kerja nak belasah ja . Aku banyak dari masa terpaksa duduk di luar kabin jer . Inilah kali  pertama aku naik train sejauh 1776km . Boleh tahan juga sebab tiada siapa nak sembang . Tapi naik train Vietnam 1 pengalaman baru . 

Hanoi 2 malam . Yang rare d Hanoi bab train ni . Atap rumah dan bumbung train ni bergesel . Punya dekatnya rel dan rumah . Aku saja fikir . Kalau la driver train bagi 1 hon . Boleh kena serangan jantung  yang tinggal di rumah tersebut .

Gia liam adalah stesen untuk masuk ke China . CNY 300 tambang klas kabin 4 katil ini . 9.20 malam bertolak . 1.30pg tiba d Dong Dang border untuk pasport dan visa cop . Pasport Malaysia memang Power . Cop sahaja tak tanya apa . Tanyala tempat lahir tu Melaka .. daerah mana .. Asahan ker Jelutong ker ... Gelugoq ker . 
10.30 pg sampai Nanning . Sehari di sini . Bandar Nanning ni macam kota kota di China . Sama jer .

Tiba masa ke Shanghai . Aku pilih naik bullet train . Tambang USD 113 .  untuk 2nd class . 12 jam juga nih jauhnya hampir 2592 km . Kalau nak jimat naik train biasa yang hijau tu T362 tambang untuk 2nd class sleeper USD 65 . Tapi 26 jam la .

Shanghai 2 malam . Shanghai knight  hahaha best . Bangun tido tengok ada ja kad bisnes untuk service ... sabar sabar . Shanghai aku tak akan lepas peluang untuk cuba  430kmj Maglev nya . Tambang return maglev ini CNY 80. 430kmj ni berdesup la . . Naik bangunan ke2 tertinggi di dunia juga bagus . Lift nya  pecut hanya dalam beberapa saat ja sampai atas . Tak ingat berapa tiket masuk tapi mahal juga . 

Ke Beijing dengan G2 bullet train . Aku main beli tiket d kaunter . Masalah ayam itik . Jadi sudah terbeli bisnes class . Macam hebatla . Tiket ini CNY 960 atau RM 600 jugak . .. dah naik baru perasan . 

Di beijing aku kembali ke Shanghai dan balik ke KL . Ada meeting penting  . 

Aku kembali ke Beijing bersama kawan untuk cuba laluan Trans Siberia . Beijing ke Moscow .  Ada aku attach kos tambang train ini . Tambang itu hanyalah tambang sahaja tak masuk kos beli macam bayaran kad dan lain . Keseluruhan perjalanan ini lebih kurang 2 minggu dengan stopover di beberapa bandar seperti Ulaan Batar Irkurtsk Kazan Moscow St Petersburg Tallin  dan Finland . Dari Helsinki kita boleh naik train sehingga ke Rovaniemi untuk lihat Aurora . 

Perjalanan train di laluan TSR ini memang best . Bermula masuk sahaja d Mongolia kita d sajikan dengan padang rumput seluas mata memandang . Cuba tinggal dalam Khemah Gers mereka . Ke Gengkis Khan memorial park . Turtle Rock dan Camel rock .

Masuk ke Irkurtsk kota warisan Unesco dengan wooden house yang senget . Ke Tasik Baikal tasik terdalam di dunia . Tasik ini akan beku bila musim salji dengan suhu turun sehingga di bawah - 45 C. Treler pun berani lalu di atas permukaan yang beku itu . Cubala ikan salai omul dan belilah batu tasik tersebut . 
Ada mitos mereka . Jika mandi di tasik Baikal ini .. umur akan bertambah dan orang laki ni lebih Power lah . Ada suku nomad mereka percaya jika ada niat tertentu boleh jer kesini dan tinggalkan cebisan pakaian dan di ikat d pokok pokok tepi tasik untuk mengatakan niat tersebut . Kepercayaan mereka .

4389 km jarak antara Irkurtsk dan Kazan buatkan perjalanan ini memakan masa selama 3 hari duduk dalam train . 5 zone masa . Pukul 11 pagi akan jadi 3 kali  sebab pertukaran zone masa . Boleh tahan ker 3 hari dalam train ....????

Baru ni tahun 2019 bulan september aku bawa 1 group majoriti orang pencen naik TSR ini . 45 orang semuanya . Mereka kuat semangat untuk berjaya habiskannya . Siap masuk online paper lagi . 

Aku sudah 3 kali ke laluan TSR ini . Sepatutnya ogos ini ada 1 group ke sini . Tapi wabak covid terpaksa tunda ke tahun 2021 . Kalau ada sesiapa yang berminat utk turut SERTA  boleh . Trip ini semi bagpack . Aku bukan tours . Siapa nak join jom kita bagpack .

Ok untuk ke london atau terus ke Scotland . Ada beberapa pilihan route untuk aku cadangkan . Ada train dari St Petersburg atau Moscow ke Warsaw dahulu .  Tambang train ini agak mahal juga bermula dari 8500 - 14000 Ruble . RM 503-RM 753 sehala . 39 jam juga perjalanan bermula dari Moscow ke Belarus kemudian ke Warsaw . Ada juga train dari Moscow ke Paris . Ini lagi mahal hampir RM 1000 kerana lebih jauh .

Dari Warsaw aku naik train d Warsawa Centralna ke Berlin .  2 malam d Berlin . Berlin ini banyak tarikan tapi rekenen untuk pergi ke muzium Transpot nya . Banyak hal hal ilmu pengangkutan boleh dapat di sana . 

Disini aku tak la nak cerita tentang tempat menarik sangat . Cuma lebih kepada cerita perjalanan . Kalau nak cerita semua kena buat buku travelog nanti . Boleh na .

Dari Berlin aku ke Munich dengan DB bahn . Aku memang minat ICE Germany ni . Senyap tapi berdesup . Kualiti Siemen . Sapsan Train High speed RZD juga guna model train yang sama . Tapi RZD Rusia ini ada double decker koc yang terbesar di dunia . Aku cakap la .. kena cuba  titik .

Munich ni pergi 2 kali . Tapi yang best pada oktober fest . D Munich ni ada 1 pot lepak  Spot  train yang bagus . Aku melepak sini dari pergi Halstat yang tak jauh dari Munich . D German makanan muslim senang dapat . Tapi kebab la . Kebab d German besar sukatannya . Jadi aku makan separuh dan simpan separuh untuk makan lagi di waktu lain .

Dari Munich ke Stutgard dan Frankfurt . Juga dengan ICE train  . Masa aku di Munich ada game Bayern vs Man U . Perggh Aliance Arena memang world class stadium . 

Frankfurt  ini kota kewangan d Euro . Matawang Euro asalnya d sini . Ada 1 logo besar euro di sana . Frankfurt aku ke Rhien Valley atau tempatnya Sank Goarshusen . Pekan kecil tepi Sungai Rhien . Ini sudah jadi rumah ke 2 aku bila datang ke German . Dari sini aku naik cruise 3 jam susur sungai Rhien untuk pergi Rudeshiem . Rudesheim ini terkenal sebagai pekan santai yang cantik . Penanaman anggur wine banyak di sini . Ada  cable car yang boleh di cuba dan cable car ini melewati ladang ladang anggur di bawahnya .  

Sank Goarshusen aku teruskan perjalanan ke Cologne . Ini hanya guna komuter . Cologne adalah bandar simpang perjalanan antara ke bandar lain d German atau nak ke Brussel atau ke Amsterdam . 

Pada tahun 2018 aku pilih ke Brussel  dan 2019 aku ke Amsterdam . Amsterdam kalau pergi tak best kalau tidak ke Kampung air nya di Giethoorn . Perggghh cantiknya tempat ini . Perlu naik 3 train kalau kita bermula dari stasen Amsterdam Central . Tambang return nya € 41 . Walaupun kena tukar 3 kali train . Seperti sedia maklum train di Euro ni memang efektif . Masa yang tepat .

2 malam d Amsterdam aku ke Brussel ... kemudian aku memilih  Train premium tinggi untuk ke London . Ya EuroStar  untuk perjalanan 2 jam 11 minit dari stesen Brussel midi ke St Pancras d kotaraya London . Di london ini kita boleh naik Virgin train untuk masuk ke Scotland . Cuma tambang train di UK ini lebih mahal selain guna UK pound  £ . Aku pernah cuba dari Manchester ke London return guna virgin train ini . 

Untuk ke Lisbon dengan train anda boleh cuba route . London ke Paris dengan Eurostar . Aku punya idea ialah 

London - Paris - Barcelona - Madrid - Lisbon . 

Asalnya nak sambung jer dari London tempohari . Tapi rasa macam dah HomeSick . Jadi aku balik Penang lah . Nanti ada rezeki buat lagi . 

Terima kasih minta aku kongsikan sedikit pengalaman mungkin kos baget dan beberapa cerita . 

Aku ada attach link2 FB video travel ini . Jadi boleh tonton .attach juga sikit gambar dan jadwal train . Mungkin boleh buat referance di masa depan .

Budget travel berbentuk Excel File dengan 3 chapter ada di foto 

Video travel link
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2574736586178226&id=100009257303089
HCM ke Hanoi 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2575493232769228&id=100009257303089
Maglev d Shanghai

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2601288593523025&id=100009257303089
Trans Siberia bersama group 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2602850650033486&id=100009257303089
Ke Giethoorn village water d Amsterdam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2603728513279033&id=100009257303089
Tasik Baikal
Ada 115 vlog boleh cari d FB wall aku .

Aku hanya jual kueh bersama isteri . Selamat Hari lahir buat Isteri ku hari ni . Terima kasih memahami minat aku travel . Travel dengan famili tidak sama dengan solo . 

Aku ada juga secara sambilan tu bawa group juga ke bermacam tempat secara semi bagpack . 
- 2 kali setahun ke laluan Trans Siberia
- Ke eropah  Warsaw Berlin Sg Rhein Amsterdam Giethoorn Ireland .
- Srilanka by Train .
- Tranz Java 
- Trans Borneo 
- Khancanaburi .

Boleh wasap aku di 60108907275 untuk join atau maklumat .

Terima Kasih

Moga bermanafaat bagi traveler .

Bca faisal
#jointranssiberia

" berikan saja walau tahu tiada apa yang akan dapat semula dari pemberian itu ".

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...