Monday, May 4, 2020

Rounding The World.

***HAPPY EUROPE DAY 🇪🇺 🌍2020 TODAY🎉🎂***
"celebrated on 5 May by the Council of Europe and on 9 May by the European Union."-Wikipedia.
(+ My Sharing trips 2016-2019 to Europe)

Tahukah anda 2⃣ perkara menarik:
1. Saiz keluasan tanah China🇨🇳 hampir menyamai keluasan keseluruhan Eropah? 9.597 million km² vs. 10.18 million km². Populasi China pula jauh mengatasi Eropah.
(China ni dah luas pun masih sibuk nak rebut Spratly & Paracel islands tamak!😡)

2.Mari berandai-andai:Sekiranya-
🔴 Indonesia🇮🇩dipindahkan ke Eropah ia boleh menempatkan hujung ke hujungnya (Sabang-Merauke) jauh melangkaui antara hujung Eropah (Portugal-Ural Mountain Range Russia&kazakhstan).
🔵Malaysia 🇲🇾(Perlis-Sabah) pula boleh untuk menempati area dari UK hingga ke Moscow Russia: "the Core Area of Europe"
blh rujuk web interaktif sini utk kepastian:https://thetruesize.com/

Punca: "distort of map" untuk sesuaikan bumi berbentuk sfera yg 🔜ditukarkan rupa kpd segi empat @atlas=Mercator Projection. Sebab tu lah baru boleh diwujudkan sistem grid Koordinat GPS.Maka map negara di hemisfera utara/selatan akan kelihatan lebih besar dari actual size nya.(Ada pics perbandingan disertakan).

Mari mengenali 51 Negara2 Eropah 
My favourite European"s been countries ~Descending ranked:
1⃣BOSNIA & HERZEGOVINA🇧🇦
2⃣GEORGIA🇬🇪
3⃣TURKEY🇹🇷
4⃣AZERBAIJAN🇦🇿 (+visa)
5⃣ITALY🇮🇹
6⃣UNITED KINGDOM🇬🇧
7⃣ANDORRA🇦🇩
8⃣ALBANIA🇦🇱
9⃣FRANCE🇫🇷
1⃣0⃣GREECE🇬🇷
1⃣1⃣ SPAIN🇪🇸
1⃣2⃣GERMANY 🇩🇪
1⃣3⃣MONTENEGRO🇲🇪
1⃣4⃣SAN MARINO🇸🇲
1⃣5⃣HUNGARY🇭🇺
1⃣6⃣AUSTRIA🇦🇹
1⃣7⃣POLAND🇵🇱
1⃣8⃣KOSOVO🇽🇰
1⃣9⃣NORTH MACEDONIA🇲🇰
2⃣0⃣CROATIA🇭🇷
2⃣1⃣SLOVAKIA🇸🇰
2⃣2⃣CZECH REPUBLIC🇨🇿
2⃣3⃣BULGARIA🇧🇬
2⃣4⃣SWEDEN🇸🇪
2⃣5⃣ARMENIA🇦🇲 (+visa 7.5usd)
2⃣6⃣BELGIUM🇧🇪
2⃣7⃣VATICAN🇻🇦

***+ Lain-lain yang belum berkesempatan dilawati***

2⃣8⃣Portugal🇵🇹
2⃣9⃣Monaco🇲🇨
3⃣0⃣Liechtenstein🇱🇮
3⃣1⃣Switzerland🇨🇭
3⃣2⃣Ireland🇮🇪
3⃣3⃣Iceland🇮🇸
3⃣4⃣Luxembourg🇱🇺
3⃣5⃣Netherlands🇳🇱
3⃣6⃣Denmark🇩🇰
3⃣7⃣Norway🇳🇴
3⃣8⃣Finland🇫🇮
3⃣9⃣Estonia🇪🇪
4⃣0⃣Latvia🇱🇻
4⃣1⃣Lithuania🇱🇹
4⃣2⃣Serbia🇷🇸 (+visa)
4⃣3⃣Romania🇷🇴
4⃣4⃣Moldova🇲🇩
4⃣5⃣Malta🇲🇹
4⃣6⃣Cyprus🇨🇾
4⃣7⃣Belarus🇧🇾
4⃣8⃣Russia🇷🇺 (+visa except Kalinigrad/St.Petersbug)
4⃣9⃣Slovenia🇸🇮
5⃣0⃣Kazakhstan🇰🇿
5⃣1⃣Ukraine🇺🇦 (+visa)

4 PENGALAMAN 2016-2019 TRIP KE EROPAH:
(Tribute to this special day today)

2⃣0⃣1⃣6⃣
🛩GROUP TRIP KE CAUCASSION REGION: CIRCULAR TRIP KL-TEHRAN-BAKU-TBILISI-BAGRATASHEN.
💰Kos all-in sekitar RM2.5k/ dlm 2 minggu.
Di sini lah titik tolak bermulanya bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ adanya jalan menuju ke Eropah, hihi. TQ kepada Airasia yg buat trip ke Tehran masa tu hanya RM600 return. Pada yg belum tahu kita jg boleh naik bas ke Eropah dari Tehran, tp sy memilih naik Flight Azerbaijan Airlines.Bahagia kali pertama jejak kaki ke Eropah tu memang tak terkata lah. Walaupun rantau ni merupakan "confusing Europe" sbb Geographically ia adalah Asia, tp Politically ia adalah sebahagian kecilnya benua Eropah. Takpe lah kita mula dari bawah, ini merupakan jarak paling dekat ke Eropah dari Malaysia pun. Wilayah Caucassion adalah paling best bg sy. Rare & virgin.
🇬🇪GEORGIA-Bau-bau pengaruh Russia boleh dijumpai di sini.
🇦🇿AZERBAIJAN-Dpt tgk Land of Fire (Mcm di Turkmenistan)
🇦🇲ARMENIA-Negara kristian pertama di dunia officialy

2⃣0⃣1⃣7⃣
🛩GROUP TRIP KE EUROAFRICASIA :KL-TEHRAN-ATHENS-LONDON-STOCKHOLM-FEZ-CHARLEROI-ISTANBUL-TEHRAN-KL.
💰Kos all-in RM3590.08/ 12 hari
Masih berdasarkan ihsan route Airasia ke Tehran beserta pengenalan flight murah mcm Wizz dan Ryan Air, dpt lah lajak jauh sikit masa ni sejauh negara Scandinavia & Afrika (tp rasa mcm di Arab). Trip kali ni masih mengharapkan kpd kawan-kawan yg lebih berpengalaman utk jd "tour guide", seriously masa ni dorang dah pesan kena hati2 extra sbb byk kes scam area Eropah beza dgn Asia. Ya betul, untung sahaja ada diorang sbb sy masih kurang pengalaman masa tu, hampir2 kena pickpocket di Athens (diorang selamatkan).
🇹🇷TURKEY-best gila rasa "Istanbul aku datang"
🇬🇧UNITED KINGDOM- Dulu kecik2 asal gaduh dgn kawan misti kata "aku tendang kau nanti melanting sampai London" (konon nye jauh tempat ni), alih2 dah sampai masa ni, hihi, x sangka.
🇬🇷GREECE- Ok lah menarik tgk tinggalan Yunani.
🇸🇪 SWEDEN- Ah stress sbb kena soal jwb imigresen lama di negara Ikea ni time dah nak balik pun. Kos paling mahal se-Europe.
🇧🇪BELGIUM- just jln2 dlm bandar je.

2⃣0⃣1⃣8⃣
🛩SOLO TRIP KE CENTRAL EUROPE: KL-MANILA+ZAMBOANGA-DUBAI-BUDAPEST-BERLIN-KRAKOW-BRNO-VIENA-BRATISLAVA-SOFIA-DUBAI-MANILA-KL.
💰Kos all-in RM2562.51/ 13 hari
Trip kali ni dah berani sikit lah pg solo, ada pengalaman2 lepas. Tp serius ni trip saya paling penat sbb route yg "berbelit2":bukan sengaja nak buat mcm ni, tp sbb nak dapatkan tiket murah sekitar RM700 pergi balik Europe jadinya kena fly  melalui Manila dan Dubai dahulu sebelum sampai Eropah.TQ Cebu Pacific airlines!
Bak kata pepatah,  pecahkan ruyung dulu baru blh dpt keenakan sagunya.
🇭🇺HUNGARY-Jambatan dan palace sini memang the best.
🇩🇪GERMANY-ok impian ke berlin wall tercapai, Berlin ni mcm bandar klasik.
🇵🇱POLAND-x sangka bandar kedua (Krakow) ni menarik jg.
🇨🇿CZECH REPUBLIC-Brno just bandar kecil yg sempat pergi
🇦🇹AUSTRIA- Personaly sy kurang minat Vienna sbb terlalu ramai pelancong.
🇸🇰SLOVAKIA- Puas cari masjid/ surau x jumpa di Brastislava. Negara ni dgr2 x menyokong perkembangan islam.
🇧🇬BULGARIA-Gereja besar St.Sofia tu mmng amazing. Org2 sini mcm garang je, haha

2⃣0⃣1⃣9⃣
🛩SOLO TRIP KE IBERIA & BALKANS:
KL-LONDON-PARIS-BARCELONA-ANDORRA-ROME-VATICAN-RIMINI-SANMARINO-VENICE-SPLIT-MOSTAR-KOTOR-SHKODER+KOMANI-PRIZREN-SKOPJE-OHRID-LONDON-KL.
💰Kos all-in Sekitar RM4.8k/ 15 hari.
Orang Malaysia lah kata Paris dan Balkan tu menarik sgt, tu yg terjebak jg ke sini, tp ok lah berasaslah , Balkan memang best sgt2. cantik.
🇫🇷FRANCE-kata org destinasi wajib lawat di Eropah, ok lah dpt pegi besi buruk tu. Dlm byk2 negara, Perancis lah yg paling sy "cuak" nak pergi, mcm2 persiapan sy buat utk elak kena scam, alhamdulillah semua berjalan mulus.
🇪🇸SPAIN- Barcelona on of best cities in Europe. Catalan.
🇦🇩ANDORRA- Syurga tersembunyi jauh di atas pergunungan.
🇮🇹ITALY-3 mknn asal sini dh try: Gelato, Pasta & Pizza. Rome dan Venice wajib dilawati, org kata lps covid ni lg jernih air nya.
🇻🇦VATICAN- just nampak 1 bangunan bulat berperimeter tu je (holy see church).Negara bsr padang bola je. Smallest in the world.
🇸🇲SAN MARINO-Istana merata2 atas2 bukit.
🇭🇷CROATIA-Pantai Split pun ok jg (x leh kalahkan Dubrovnic)
🇲🇪MONTENEGRO- x semua "kotor" itu jelek
🇧🇦BOSNIA & HERZEGOVINA- Mostar tu mcm queen of Europe, serba serbi indah terutama air terjun dan keramahan org nya, diorang suka Malaysian people.
🇦🇱ALBANIA- Komani lake tu over my expectation, switzerland of Balkans.
🇽🇰KOSOVO-ok mudah cr halal sbb byk islam di Prizren.Murah jg.
🇲🇰NORTH MACEDONIA-Enjoy kat negara ni sbb kos kat sini sgt murah, dpt lah merasa tinggal di sebijik apartment untuk stay sorang je sbb murah.

***PENUTUP***
Antara kesimpulan dpt sy buat:
1⃣Semua org mampu utk ke Europe . Sy boleh, anda pun boleh (bagi yg belum) .Selagi ada kemahuan, pasti ada jalan. Buat ala2 backpacker je, mcm trip sy average trip 2 minggu habis antara RM 2-5k sahaja. Cut your expenses untuk perkara tak perlu atau cari alternatif yg murah2.
2⃣Pedulikan org kata nak sentuh2 negara utk cop passport je. Bg sy ya memang ada antara tempat sy just sekejap mcm di Vatican & Armenia, tp ada jg yg sgt lama mcm di Barcelona dan Istanbul. Yg penting kita tahu apa objektif dan tujuan kita. Overall sy puas je semua tempat yg sy kunjungi.
3⃣Hambatan: Ya, semua pun maklum 2020 adalah tahun hambar utk melawat Europe (dan lain-lainnya) akibat Covid-19, ditambah pula dgn tahun depan dah mula wujudnya E-ViSA yg perlu beberapa saringan utk mendapatkan kebenaran lawatan ke negara2 Eropah. Niat tu memang ada nak repeat, tp biar lah betul2 selamat nanti. sehingga itu biarlah masa yg menentukan.

🔚 of #roadtoeurope
Akhir kata,  korang  meh lah nak tahu jg apakah destinasi/ negara favourite korang masa di Eropah? Kot2 lah blh di  jd kan inspirasi utk next destination.Plan mula nak pergi Negara2 Baltic tp x jadi tahun ni .😄

SELAMAT BERPUASA & MENJALANI PKP

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...