Tuesday, December 31, 2019

10 trip ibrah sandaran dari Al quran dan riwayat.



1. Pompei South Italy 
    (trip Nov 2015). 

Walaupun kisah Pompei telah saya baca beberapa kali dari buku Harun Yahya maupun dari catitan kisah sejarah barat, dan juga dari filem 'Pompei' yang memberi gambaran jelas disaat akhir kebinasaan bandar tersebut; ianya tidak sama dengan kejutan minda apabila dapat melihat kesan-kesan Pompei dengan mata kepala sendiri. 

Kawasan Pompei adalah berkeluasan 170 ekar dan  3 hari adalah terbaik untuk menjelajah bandar ini sepenuhnya. Saya nasihatkan anda menggunakan servis Guide untuk memberi penerangan secara terperinci berkenaan sejarah Pompei. 

Pompei berdekatan dengan Naples dan anda boleh berulang alik dari bandar ini sebagai base. Dari Naples anda boleh juga menjelajah ke Pulau Capri, Sorrento dan Amalfi coast. 

Mount Vesuvius yg jauhnya 5 batu dari Pompei meletup pada 79 CE dan 2,000 penduduk mati dan 'freeze' kerana gas beracun mengakibatkan seluruh bandar Pompei ditimbuni oleh lava ash sedalam 16 kaki selama 1700 tahun. 

Kisah Nabi Lot AS dan bandar Sodom dan Gomorah Dead Sea di ceritakan di dalam Al Quran, tetapi kesan kebinasaan sehingga kini masih belum dapat dikesan. Walhal Kebinasaan bandar Pompei, artifact serta cast mayat yang 'freeze' dapat lihat dengan jelas akibat kemaksiatan yang mereka lakukan dan bala dari Allah yang ditimpakan keatas mereka. 

Mayat-mayat yang di cast dapat dilihat; ada saperti terkaku kebingungan, ada yang kelihatan keperitan diwajah mereka, setengah mereka tercegang mati sedang melakukan berbagai aksi sex, dan bermacam macam lagi perlakuan manusia diakhir nyawa mereka difreeze kan untuk tatapan kita semua sebagai iktibar. Kesemua nya mati mengejut disebabkan oleh gas beracun dari letupan Lava gunung Vesavius. 

Pompei lengkap dengan kedai-kedai, villa-villa pembesar, arena gladiator, brothel, tempat mandi awam dan sistem jalan raya saperti bandar moden yang dirancang. Sejarah dan gambar-gambar menunjukkan kemaksiatan berleluasa di Pompei dan perlawanan gladiator adalah satu hiburan untuk penduduk disitu. 

Lawatan ke Pompei sedikit sebanyak telah memberikan keinsafan kepada diri saya dan tidak mustahil kemusnahan saperti di Pompei boleh berlaku lagi jika aktiviti kemaksiatan dipeloporkan dan tidak dibendung.   

Surah qaf:36

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ

But how many generations before them did We destroy (for their sins),- stronger in power than they? Then did they wander through the land: was there any place of escape (for them)?

Mount Vesuvius meletupkan lava pada bulan Ogos 79 CE. Ogos adalah dimusim summer, dan Pompei adalah bandar istirihat untuk pembesar Rom kerana Pompei adalah bandar 'happening', berdekatan dengan pelabuhan di Bay of Naples dan menjadi tarikan perempuan dari benua berdekatan mencari kehidupan mewah. 

Saya perhatikan dalam pompei tempat brothel mempunyai menu, bukan menu saperti di McDonald, tetapi menu bergambar untuk pilihan citarasa masing-masing kerana terlalu ramai bangsa asing yang menghidupkan kemaksiatan dibrothel dan bahasa menjadi satu masalah besar bagi mereka. Sex songsang hanya dibenarkan untuk pembesar-pembesar Rom sahaja tetapi menjadi satu kesalahan untuk rakyat marhaen di Pompei. 

Semasa disana, saya boleh merasakan kesibukan Pompei dizaman itu kerana kedai-kedai terutamanya kedai pembuat roti siap dengan oven batu memang berderet-deret disetiap jalan. Hanya saya merasakan pelik apabila jalan raya yang diperbuat dari basalt rock slab, untuk pejalan kaki dan chariot juga digunakan sebagai terusan sewer (najis). 

Di AlHambra, Andalusia orang muslim Spain menggunakan sistem pembentungan najis saperti apa yang kita ada dizaman moden sekarang ini. Air dari gunung Sierra Nevada di empangkan dan disalur menerusi terusan secara graviti ke istana AlHambra. Orang Islam 'ahead' dan 'advance' dari segi Taharah atau kebersihan diri dari bangsa lain di zaman itu. 

Ampitheatre dan coliseum juga terdapat di Pompei kerana orang Rom meminati perlumbaan chariot dimana berjudi adalah satu daripada kesukaan dan tabiat mereka. Gladiator dari benua luar dan hamba abdi berjuang dan bermatian sebagai satu sumber hiburan orang-orang Pompei. 

Sekarang Coliseum Pompei mempamirkan mayat mayat cast disatu tempat. Siapakah agaknya gerangan mayat mayat yang Allah jadikan tuntunan ramai sebagai iktibar kepada kita semua?

Kalau anda berada di Rome, luangkan beberapa hari ke Pompei (juga ke Sorrento dan Amalfi Coast), agar kita mendapat keinsafan dari kesilapan orang terdahulu dan insyaAllah kita mendapat iktibar dari peristiwa kemusnahan Pompeii. 

Allahuallam. 

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...