Tuesday, December 31, 2019

Rainbow Mountain China.

Assalamualaikum and hi to all, just nak share info ttg trip kami ke Dunhuang. Ramai yang ke Zhangye (Rainbow Mountain) tapi mungkin ramai yang kurang familiar ttg kawasan gurun di Dunhuang yang menjadi laluan utama pedagang Silk Route Ancient. Ada 2 main attraction yang you all tak harus lepaskan which is:

1. Mingsha Mountain and Cresent Lake. Bayaran 110 Yuen. boleh lah pilih nak merasai naik unta atau kereta buggy elektrik sehingga ke hujung dessert. Di tengah2 gurun akan terdapat Oasis dan lake yang jernih. Dikelilingi pasir-pasir halus menggunung. Saat dihembus angin menderu, akan terdengar seolah2 bunyi nyanyian merdu yang berpadu antara angin dan pasir halus ni. Masa kami sampai tu, matahari malu2 nak keluar. Kalau dpt cuaca cerah, sure pasti lagi cantik dengan langit penuh membiru.

2. Ya Dang National Park. One of the UNESCO site. Bayaran 120 Yuen. Akan ada bas tunggu Dan bawa ke tiga tempat check point. Di akhir check point adalah tmpt untuk melihat sunset. Mmg sangat2 cantik dan sangat worth it. Sunset di sini pukul 9.30 malam. 

Kami tumpang tour dengan guest2 hostel lain. 110 Yuen akan bawa ke 6 tempat. Daripada 9.30 pagi sampai 12.30 malam. Kami tak masuk semua. Hanya fokus yg main attraction sahaja. End the tour, kami di berhentikan di tengah2 gurun untuk melihat bintang2 penuh di langit. Tiada sebarang awan yang memayungi langit. Mmg jelas dengan mata kasar. 

Di Dunhuang juga pasti anda tak kelaparan kerana makanan halal juga banyak. 

Cara ke Dunhuang? Dari Lanzhou kami ambil train ke sini (1110 km, 15 jam 20 minit). View yang sangat2 awesome and best untuk halwa mata. Mmg feel blessed! Subhanallah, what more to ask. 

Selamat mengembara! ❤😊

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...