Tuesday, December 31, 2019

Hardest Visa to Get- Canada.

Visa Canada. 

Saya menerima banyak message bertanya berkenaan permohonan visa canada. Saya cuba menjawab mana yang saya tahu. 

Pada tahun 2019, lebih 30% permohonan visa ditolak kerana pihak imigresen canada meragui kesahihan mereka untuk memasuki Canada sebagai turist. 

Untuk makluman, 75% permohonan visa dari negara konflik seperti Somalia, Yemen, Afghanistan, dan Syria telah ditolak.

Untuk memasuki Canada sebagai pelawat seseorang perlu membuktikan diri mereka sebagai ‘bona fide’ turist (pelancung tulin) dan bukan untuk menghilangkan diri dan bekerja disana sebagai ‘illegal alien’. 

Semasa saya menjejak kaki di Toronto Pearson International Airport, terasa seperti mendarat di New Delhi kerana kebanyakkan pekerja adalah berbangsa india dan singh. Beribu pelawat yang beratur dikaunter imigresen ramai berbangsa india dan cina (Taiwan, HK dan PRC). Pegawai imigresen yang mengendalikan saya juga berbangsa india. 
Niagara Water Fall

Beberapa soalan yang saya terima,

1. Berapa jumlah wang yang perlu ditunjukkan dalam statement semasa permohonan visa. 

Tidak dinyatakan secara terperinci berapa ‘proof of financial support’ yang diperlukan tetapi saya diberitahu oleh pegawai VFS Global, minima adalah Rm30k dalam akaun. Anda perlu menyerahkan statement bank, penyata TH atau ASB, dll untuk membuktikan ada Rm30k dalam tangan anda. 

Boleh tak anda meminjam duit orang lain sementara waktu untuk menunjuk Rm30k dalam statement? 

Tentunya pegawai imigresen Canada tidak sebodoh untuk menelan trick tersebut kerana mereka menilai ribuan permohonan setiap masa dan tahu all tricks in the book. 

2. Perlukah saya membeli tiket kapalterbang ke Canada sebelum menyerah permohonan visa?

Dalam guideline semasa penyerahan perlu disertakan itinerari trip. Ini termasuk tiket kapalterbang. 

Imho, jika anda berumur 30 dan kebawah, 50% keberangkalian permohonan akan ditolak. Anda tidak perlu membeli tiket dan submit sahaja itinerari perjalanan yang lengkap. 

3. Berapa jumlah bajet ke Canada?

Canada adalah negara yang mahal cost of living. Apabila bersembang dengan pelawat amerika, mereka mengeluh kerana harga barangan lebih mahal dari US. Bajet adalah sangat subjektif dan pada saya Rm500 sehari (ground) adalah memadai. 

4. Mulakan lawatan East atau West coast Canada dahulu?

West Coast merangkumi empat kawasan iaitu Victoria (British Columbia), Edmonton (Alberta), Regina (Saskatchewan) and Winnipeg (Manitoba). 

Banff dan Jasper adalah di West Coast dimana terletaknya Canadian Rockies. Gateway West Coast adalah bandar Vancouver. 

East Coast merangkumi  Newfoundland and Labrador, New Brunswick, Nova Scotia dan Ontario dimana terletaknya bandar besar Toronto, Montreal, Quebec City dan Halifax. 


Jika anda belum pernah melihat Niagara Falls, anda boleh memulakan lawatan dari Toronto. Jika anda mempunyai dua minggu sahaja, mulakan kembaraan di Vancouver, West Coast untuk ke Banff dan Jasper. 

5. Apa perlu dilakukan jika permohonan visa Canada di tolak. 

Anda boleh appeal dengan memberi maklumat tambahan. Kebiasaan, imigresen canada menolak kerana:

• tidak yakin anda mempunyai cukup wang untuk melancung kesana. 
• tidak yakin anda akan pulang balik ke Malaysia setelah menjejak Canada. 
• tidak yakin kerana anda terlalu muda untuk berkembara seorang diri. 

Saya sertakan artikel Renyahan Visa Canada yang saya pernah pos sebelum ini sebagai pedoman untuk mereka yang ingin melawat Canada: 

Renyahan Canada Visa. 

Pagi ini akhirnya saya berjaya submit application untuk Visa Canada. Selama 40 tahun mengembara, boleh saya katakan Canada lah negara paling susah untuk mendapat visa kerana karenah birokrasi (selain Turkmenistan) dan lebih rumit dari permohonan US visa. 

Canada memperkenalkan sistem biometric pada tahun ini dan ianya menambahkan lagi masalah permohonan visa. 

Ada dua cara untuk memohon visa canada iaitu:
1. Online iaitu menerusi https://www.canada.ca/home.html
2. VFS Global (agent yg dilantik menerima permohonan hardcopy di Wisma MCA Jln Ampang). 

Canadian High Com di Malaysia tidak mengendalikan permohonan visa dan semuanya diuruskan oleh Canadian High Com di Singapura. 

Saya telah mencuba dua cara tersebut, dan pada pendapat saya permohonan melalui VFS GLOBAL adalah lebih mudah walaupun perlu membayar Rm32 caj servis. 

Jika menggunakan cara online, anda perlu datang 3 kali ke VFS Global untuk membuat biometric, menghantar Paspot (jika diluluskan) dan mengambilnya kemudian. 

Jika membuat application hardcopy, hanya perlu dua kali ke VFS Global untuk membuat biometric, serahan paspot serta dokumen dan mengambil paspot. VFS Global akan semak semua permohonan dan dokumen adalah betul sebelum menerimanya. 

Jika anda submit secara online, anda tiada kepastian bahawa dokumen yang di upload adalah seperti yang diminta dan risiko penolakkan visa adalah lebih tinggi. 

Dokumen di scan menggunakan apps ‘CS cam scanner’ dan dihantar email agar boleh upload format PDF atau JPEG. 

Penyedian dokumen yang dikehendaki sangat renyah kerana berpuluh dokumen perlu dicari dan dikumpulkan. Ianya termasuk:

1. Borang IMM 5257 (02-2019) yang perlu taip, validate dan print. Perlu validate kerana setelah print akan keluar sehelai Bar Code yang perlu disertakan. Nama yang ditaip seperti dalam paspot tanpa pecahan surname atau family name. 

2. Borang IMM 5707. Family history termasuk nama, tarikh lahir, pekerjaan dan alamat ibu bapa, isteri dan anak beranak. 

3. Travel history (semua copy visa dan cop dipaspot last 10 years). 

4. Copy passport terbaru. 

5. Proof of means of financial support (minimum Rm30k dalam akaun bank). Lebih baik submit semua slip gaji dan bukti harta seperti bil assesment untuk properties atau S&P jika ada. 

6. Dua digital foto. 

7. Purpose of travel. Semua tiket flight dan itinerary.

8. Fotokopi Marriage certificate jika sudah berkahwin (tak perlu translate). 

9. Fotokopi Siji Kelahiran (birth cert).

10. Fotokopi IC. 

11. Bukti receipt pembayaran online sebanyak $cad 185 (Rm 560) iaitu $cad 100 visa fees dan $cad 85 biometric fees. 

Anda perlu membuat temujanji dengan VFS Global untuk submit application melalui talian 1800. 

Selama seminggu saya cuba memahami proses visa application kerana website canada ini sangat caca marba penuh dengan arahan dan prosidur. 

Dalam website ayat yang digunakan untuk permohonan visitor visa bagi tujuan tourism adalah TRV - Temporary Residence Visa, dilonggokan sekali dengan permohonan untuk kerja part time di Canada. 

Jika anda ingin membuat cara online, masuk bab ‘Immigration and Citizenship’, ‘My Application’, ‘Sign in or create an account’, continue to GCKey, dan ikut proses seterusnya. Anda akan diminta membuat soalan password dll sebelum masuk application dengan uploading semua dokumen yang diminta (saiz tak lebih 4 MB setiap file).

Saya difahamkan kebanyakkan rejection visa adalah kerana:
1. Single
2. Orang muda 
3. No job. 
4. No property
5. Cannot proof means of support tetapi ada tiket untuk travel.

Kebanyakan travel agent caj Rm250 untuk menggendalikan visa canada online kerana kerja renyah. 

Walaubagaimanapun anda kena pergi sendiri untuk submit semua dokumen kepada VFS Global. 

Kelulusan visa adalah antara 8-15 hari, samada lulus atau tidak. Paspot anda akan dipegang oleh Canadian High Com Singapore selama itu.

Jika permohonan visa anda ditolak, pembayaran $CAD 185 (Rm 560) dikira hangus. 

Latest update pada 21.3.19
Visa canada saya telah diluluskan selepas 4 working days. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...