Tuesday, December 31, 2019

Tips 101: cara penjimatan semasa travel part 2.



2. Destinasi dan seasons. 

Tentunya destinasi memainkan peranan besar dalam penjimatan bajet. Sebelum berpergian tanya dulu diri sendiri apakah yang ingin dilihat atau pengalaman yang dialami dinegara destinasi. 

Kalau setakat menginginkan cop/stamp negara dalam paspot atau tambahan notch negara yang dilawati, anda hanya perlu melawat capital city sahaja. 

Apabila rakan bertanya samada anda sudah melawat India, anda boleh menjawab YA, walaupun anda berjalan setakat Agra sahaja melihat Taj Mahal walhal India sebuah negara yang besar dengan 1001 tarikan. 

Jika anda ingin merasai kehebatan Aurora Borealis, setakat satu dua hari melapangkan masa di Tromso atau Abisko tentunya peluang sangat tipis kerana hanya 10% peluang melihatnya. 

Akhirnya banyak wang yang lebur kerana tidak membuat perancangan yang rapi dan tidak dapat merasai pengalaman yang dihajati. 

Switzerland sebuah negara yang tersangat mahal tetapi pemandangan dinegara tersebut anda boleh nikmati di Kyrgyzstan atau Northern Pakistan. 

Fjords di Norway sangat menakjubkan tetapi anda akan berbelanja lebih murah untuk melihat fjords di Milford Sound New Zealand. 

Untuk first time travellers atau mereka yang tidak banyak masa untuk berkembara, tanya diri apa pengalaman yang ingin dirasai sebelum menetapkan destinasi. 

Anda tidak perlu ke Sweden untuk merasai snow kerana di Jeju Korea sudah cukup mual untuk bermain snow pada bulan disember dengan harga murah menaiki Air Asia X. 

Pernah saya terserempak dengan satu famili melayu yang berada di Queenstown New Zealand selama sebulan. Tujuan mereka kesana ialah kerana melayan anak anak belajar ski disebuah Ski school. Bayangkan berapa banyak mereka perlu bayar untuk belajar ski di St Moritz Switzerland selama sebulan?  

Fahami bahawa negara Scandinavia adalah paling mahal untuk bercuti, dengan diikuti dikawasan negara EU seperti France, Germany dan UK. 

Jika ingin berjalan ke Continental Europe, lebih baik ke negara Eastern Europe seperti Czech Rep, Bulgaria, Hungary dll kerana cost of living yang lebih sederhana. Jika ingin murah lagi travel ke Balkan, negara Caucasus (Armenia, Azerbaijan, Georgia) atau Central Asia (negara ‘Stan). 

Saya pernah terserempak dengan satu couple dari US yang bercuti di Toronto Canada. Mereka asyik mengeluh kerana cost of living di Canada dua kali ganda dari US. 

Timing kenegara destinasi amat penting jika bajet menjadi kriteria anda. Peak season adalah summer dan harga merudum apabila late autumn atau early spring. 

Di Banff dan Jasper kami membayar Rm1200 untuk sebuah bilik koman semalam kerana peak season. Kebiasaan non peak season apabila saya semak harga bilik serupa hanya Rm500 sahaja. 

Jika anda ingin selfie di Eifel Tower atau London bridge, tentunya lebih murah travel semasa bulan November atau Februari dari bulan Julai atau Ogos. 

Sebagai rule of thumb, saya lebih gemar berkembara pada late summer, early autumn dan awal spring kerana akan mendapat penjimatan yang lebih. 

Ramai pelancung Malaysia atau BBNU gemar dengan ‘country hopping’. Mereka mengikut agent atau mengikuti itinerari seperti ‘6 countries in 10 days’. Mereka lebih banyak duduk dalam tren atau bas dari merasai ‘the vibes of travelling’. 

Kebiasaan tour melangkau London England, Amsterdam Netherland, Brussels Belgium, Germany, Zurich Switzerland, dan Paris France dalam masa 10 hari. You will not learn much from this kind of trip dan sebenarnya berholiday dalam bas. 

Sambungan part 3.... cash or card?

* Admin commercial website sila dapat izin dari saya sebelum C&P. Ini isu halal dan haram. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

* Lake Morraine Banff Alberta Canada.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...