Wednesday, December 18, 2019

TIPS BELI LUGGAGE

Meh nak share tips berguna utk kaki travel.. Selalu terjadi luggage pecah masa travel kan.. Ada yg xbeli insuran so masuk angin keluar asap jek la bila dpt luggage tgk2 dah pecah, roda patah, tangkai tercabut..
Meh kita share kot senang lps ni kalau nak beli luggage blh tgk jenis material mana yg tahan lasak...
TIPS BELI LUGGAGE. - Ada dua jenis. Soft luggage & hard luggage.
Untuk kategori soft luggage, material yang paling tahan lasak ialah ballistic nylon dan cordura harga mampu milik. Manakala leather luggage untuk mereka yang suka tampil bergaya, tetapi harganya antara yang termahal berbanding soft luggage yang lain.
Biasanya leather luggage orang beli untuk kegunaan dalam kabin. Kalau masuk dalam cargo, cepat rosak sebab ditimpa dengan luggage yang lain. Polyester pula ialah material soft luggage yang paling murah, dan ringan, tetapi tak tahan lasak.
Tetapi soft luggage tak sesuai untuk bawa barangan yang mudah pecah atau bocor serta kurang daya tahan berbanding hard luggage.
Ada beberapa material dalam pembuatan hard luggage. Kalau anda tiada masalah dengan bajet, disaranakan beli luggage jenis aluminum kerana rekaannya yang elegant dan nampak bergaya. Tetapi harganya mahal berbanding hard luggage yang lain.
PC (Polycarbonate) pula ialah bahan plastik yang paling kuat berbanding PP dan ABS kerana lapisan yang lebih tebal, tahan hentakan, bahan kimia, dan tahan panas. Dan harganya lebih mahal berbanding PP dan ABS. Sesuai untuk check in luggage.
PP (polypropylene) hampir sama dengan Polycarbonate, tetapi tidak sekuat PC. Material yang paling disarankan untuk beli kerana harganya yang tidak semahal bagasi buatan PP (polycarbonate).
ABS (Acrylonitrile butadiene styrene) - Material plastik paling popular dalam pembuatan bagasi. Paling ringan, harganya murah tetapi material yang paling tidak tahan lasak kalau nak dibandingan dengan PC dan PP. Sesuai untuk bagasi bersaiz kabin.
➡️ ZIP VS ZIPLESS - Kalau nak cari luggage, cari jenis zipless luggage kerana lebih selamat berbanding zip yang mudah dibuka dengan hanya menggunakan sebatang pen.

Credit To: Nazza Zahari



No photo description available.               
Contoh zipless luggage material aluminium
Tahan lasak..
No photo description available.
Zipless luggage ni selalu nye guna clip on.. So susah utk di bukak sbb blh kunci.. 
So kurang la risiko brg2 hilang.


Image may contain: people sitting
Contoh soft luggage..

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...