Tuesday, December 31, 2019

Cara Dapatkan Visa ke Australia.

Senang je sebenarnya nak masuk ke Australia untuk bercuti. Sila baca panduan ini untuk memudahkan korang lepas dengan mudah. Tips ini pun boleh di pakai ke semua destinasi. Bukan Australia je tau. London, Paris, Russia, China, Thailand dan Indonesia pun tak terkecuali. 
.
.
1. Pertama sekali lepas korang dah rancang nak ke Australia, korang kena buat visa ETA dulu. Nak buat visa ETA ni senang je. Murah dan ringkas. Kalau buat dengan Muslimtravelbug Sdn. Bhd. hanya RM20 seorang. Lulus dalam masa 1-48 jam. Boleh hubungi mereka di sini: https://hi.jomwasap.my/visaetaapply

2. Kalau visa tak lepas, korang akan dapat email dengan status 'Unclassified'. Lepas tu kena mohon visa Subclass 600 dan nanti min akan ceritakan tentang visa Subclass 600 di post yang lain. 

3. Jadi visa dah lepas, baru boleh beli tiket flight ke Australia! Pastikan beli tiket flight pergi dan balik. Tiada tiket balik, airlines ada hak untuk tidak membenarkan anda masuk ke dalam pesawat. 

4. Selesai beli tiket flight, mulakan rancang aktiviti dan itineri di Australia. Buat dalam Word ataupun Excel. Tempah hotel siap-siap. Study tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Kalau pergi dalam kumpulan, pastikan setiap seorang daripada anda tahu hala tuju trip di Australia. 

5. Sebelum berangkat ke Airport, pastikan segala tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, insurans, itineri, bank statement (optional) telah siap dicetak dan dimasukkan dalam satu fail. Macam nak pergi temu duga kerja.

Pastikan dalam telefon bimbit bersih dari sebarang gambar-gambar pornografi dewasa mahupun kanak-kanak. Bila sampai di airport Australia nanti, kalau kurang bernasib baik, mereka akan pilih korang dan boleh geledah telefon bimbit untuk tujuan pemeriksaan. Biasalah dalam group whatsapp akan ada geng-geng nakal yang hantar gambar pelik-pelik. Kita nampak sebagai gurauan, tapi pihak di sana boleh mengambil tindakan ke atas anda. 

6. Segala makanan dan ubat-ubatan yang dibawa masuk ke Australia perlu disenaraikan. Makanan yang dimasak dari rumah tidak dibenarkan masuk ke Australia ya. Hanya makanan komersial yang telah dipaket dan belum dibuka sahaja. Senaraikan dalam Word kemudian cetak dan masuk dalam fail. 

7. Duit - Ye zaman sekarang semua pakai kad. Tapi cash is king. Disarankan bawa wang tunai yang cukup untuk ke Australia. Pegawai imigresen tak boleh tengok duit dalam kad, jadi AUD$100/hari adalah memadai dan jangan lupa bawa kad kredit dan lain-lain sebagai back up. 

8. Pakaian - Dari segi pemakaian, pakailah pakaian jenis smart casual. Jangan pakai selipar, comot dan nampak mencurigakan. 😂

9. Bila tiba di boarding gate di airport Malaysia, akan ada seorang profilers yang bertugas untuk imigresen Australia yang akan memerhatikan gerak geri bakal penumpang ke Australia. Jadi korang kena tenang. 

Boleh siap-siap keluarkan fail yang mengandungi semua maklumat trip sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya perlu. 

10. Profilers akan berpakaian seperti orang biasa, tiada baju uniform dan tiada tag nama. Mereka boleh nampak seperti salah seorang penumpang juga. Kalau ada yang mencurigakan, mereka akan mulakan sesi temu duga. Sila berkelakuan normal sepanjang masa. 

11. Kalau kurang bernasib baik, anda akan dibawa ketepi untuk sesi soal siasat. Pada bahagian ini, kena tenang menjawab segala soalan yang ditanya. Soalan lazim yang ditanya, berapa lama bercuti, itinerary, tempat tinggal dan lain-lain. Sebab tu kena letak dalam satu fail. Dan pastikan jawab dengan yakin. Jangan CEMAS, gagap dan sentiasa senyum. Biasanya kalau jawab dengan yakin, senang nak lepas. Jangan jawab seperti orang terpinga-pinga tak tahu apa, memang kena denied boarding macam ni. 

12. Dah lepas profilers, mereka akan benarkan korang masuk ke dalam flight dan terbang ke Australia. 

13. Dah sampai di Australia, keluar je dari badan pesawat, pergi tandas dulu. Betulkan rambut, solek cantik-cantik dan helok. Akan ada dua lagi peringkat nak kena lepas. Pemeriksaan imigresen dan Pemeriksaan kastam. 

15. Bila sampai di Pemeriksaan Imigresen, soalan sama juga yang akan ditanya seperti soalan profilers. Sila jawab dengan tenang dan yakin. Kalau mereka minta dokumen-dokumen dan telefon untuk diperiksa, sila beri kerjasama. 

16. Kemudian Pemeriksaan Kastam. Di sini, mereka akan periksa bagasi korang. Keluarkan senarai makanan yang dah disenaraikan kelmarin. Biasanya kalau ada senarai makanan, memudahkan lagi urusan pemeriksaan dan tak perlu keluarkan semua barang dalam bagasi.

Lepas je semua lapisan pemeriksaan ini, korang dah boleh mulakan bercuti di Australia dengan tenang! 

Senang nak lepas kalau ikut prosedur. Di Australia sekarang ni, kalau buat trip redah dan gaya backpackers tak digalakkan. Sekurang-kurangnya ada itinery yang menyakinkan pegawai imigresen pun sudah memadai. 

Semoga tips ini sedikit sebanyak memudahkan anda untuk ke Australia. 
Tips ini dibawakan khas oleh Muslimtravelbug Sdn. Bhd. Menyediakan perkhidmatan membuat ETA Visa Australia hanya RM20 seorang. 
.
Maklumat lanjut berkenaan Visa ETA, sila hubungi nombor di bawah:

Whatsapp:
https://hi.jomwasap.my/visaetaapply
0143278227
TEL Office: 0395441442
.
Follow FB page : https://www.facebook.com/Muslimtravelbug/

Website: https://muslimtravelbug.com/ 

Instagram : https://instagram.com/muslimtravelbug?igshid=1g8a9smkt12wy

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...