Monday, December 30, 2019

Winter gears untuk kembara.


Akhir tahun adalah musim percutian dan ramai mengambil kesempatan bercuti keluar negara  sebelah Northern Hemisphere seperti Korea, Jepun, Turkey dan Eropah. 

Pada bulan disember sudah bermula musim winter dan kita yang tinggal dikawasan tropika tentunya akan terkejut dengan perubahan cuaca sejuk yang mendadak dinegara tersebut. 

Saya pernah menulis beberapa artikel berkenaan winter travel dan kali ini saya cuba satukan semua catatan dalam coretan ini. 

Sebenarnya tiada masalah berkembara dalam musim winter jika anda bersiap sedia dengan peralatan winter. Pegang konsep “All weather is good as long as you wear appropriately”. 

Travel semasa winter ada keseronokannya selain dari penjimatan kos yang lebih murah dari musim lain. 

1. Pakaian winter secara layering. 

Kalau diperhatikan semasa winter dinegara 4 seasons, rakyat sana suka berhiking didalam salji dan cuaca sejuk. Kebanyakan mereka memakai pakaian winter yang tidak tebal. 

Pelawat dari negara tropikal kebiasaan akan memakai pakaian setebal mungkin apabila melawat kenegara sejuk dimana setengah baggage penuh dengan pakaian winter sahaja. 

Sebenarnya jika kita memahami konsep memakai pakaian winter secara “layering”, kita tak perlu memakai pakaian tebal saperti Michelin Man. Anda boleh google untuk mengetahui bagaimana berpakaian secara layering ini secara terperinci. 

Secara rengkas, layer pertama (base layer) adalah memakai baju dan seluar yang terdekat dengan kulit kita. Ada yang memanggilnya “Long John” dan ada dipanggil “thermal inner wear”. Tujuannya ialah untuk menyalurkan peluh keluar dari badan dan trap warm air. Fabrik cotton 100% selalunya tidak sesuai tetapi campuran polyster-cotton-rayon-spandex-microfibre yang biasa digunakan kerana senang disperse perspiration. 

Layering kedua ialah sweatshirt fleece atau wool. Pullover Wool adalah terbaik untuk trap warm air dan yang terbaik adalah merino wool.

Layer ketiga adalah shell outer layer untuk windproof, waterproof dan snowproof. Yang terbaik adalah down jacket yang mempunyai lapisan goose down (feather angsa). Ada bermacam jenis down jacket dimarket sekarang ini dan yang terbaik mempunyai rating FILL POWER (satu piawai industri). 

Fill power terendah adalah 500 dan tertinggi adalah 1200, seperti down jacket Columbia Titanium (mungkin ada rating yang tinggi lagi). Paling penting criteria down jacket ianya mesti waterproof. 

Goose down basah akan kehilangan properties perlindungan tahan sejuk. Harga down jacket yang terbaik melebihi Rm1000 tetapi boleh didapati dengan diskaun 50% jika ada sale dan kena rajin mencari. 

Yang tiada Fill Power rating biasanya harga murah dalam lingkungan Rm100-300 tetapi tidak tahan suhu sejuk dan tidak waterproof. Ada juga jenama yang menipu buatan dari goose down tetapi dari polyster fill sebenarnya. Kebanyakkan nya diimpot dari China. 

Jenama terkenal seperti Northface, Columbia, Patagonia, Eddie Bauer, Mountain gear, Marmot dll semuanya ada rating Fill Power, lagi tinggi rating nya maka lagi tinggi harganya. Fill power rating adalah standard industri untuk kemampatan goose down yang digunakan.

Jika anda mempunyai bajet yang ketat, down jacket jenama Uniqlo dan Muji mempunyai Fill Power yang tinggi dengan harga yang berpatutan. 

Sekarang banyak jenama tiruan dijual dengan harga murah dari Vietnam dan China. Adalah baik untuk membeli brand ori dari boutique jenama tersebut, kalau tidak anda akan dapati banyak feather goose down terkeluar dari baju anda. 

Banyak down jacket murahan yang dijual tanpa rating dan pada saya biarlah ‘alah membeli menang memakai’. Down jacket yang terbaik tersangat ringan dan boleh dilipat kecil sebesar dua penumbuk. 

2. Kasut. 

Kasut terbaik untuk winter dalam keadaan snow adalah kasut boot kulit yang waterproof dengan goretex seperti brand Timberland dan Clark. 

Apabila snow turun berhari hari, jalan raya akan diselaputi black ice iaitu selaput ice diatas jalan raya. Apabila berjalan atas black ice dengan kasut biasa tentunya akan hilang traction kerana licin dan menyebabkan tersungkur. 

Untuk mengelakkan dari tersungkur, anda boleh memasang grip anti-slip spikes dikasut anda (lihat gambar). Cari online di Lazada atau Shopee. 

3. Stokin waterproof. 

Stokin waterproof terbaik adalah jenama Sealskinz (bukan diperbuat dari kulit seal tetapi artificial fibre Syarikat Dupont). Harganya mahal tetapi sangat berbaloi kerana kaki anda tidak akan basah. 

Jika stokin waterproof sealskinz melebihi bajet, anda boleh cuba stokin neoprene kegunaan scuba diver yang lebih murah. Cari di Decathlon. 

4. Beanie hat, scarf dan gloves. 

Beanie hat keeps your head warm dan sangat penting agar keseluruhan badan anda tidak kesejukkan.  Beanie hat terbaik diperbuat dari wool atau fleece dan dipakai ketat dikepala. 

Scarf dan gloves juga memainkan peranan untuk memastikan badan anda sentiasa selesa dari kesejukkan. 

5. Ubatan semasa kecemasan bila berkembara. 

Apabila berkembara tentunya perkara paling tidak diingini ialah jatuh sakit dalam perjalanan terutama pada musim winter. Jika travel bersama tour group mungkin tidak menjadi masalah kerana tour leader boleh menguruskan perkhidmatan perubatan dengan tour agent tempatan. 

Apabila anda travel solo atau bersama travel buddies mungkin menjadi masalah sedikit kerana terpaksa mencari klinik perubatan berdekatan, jika ada.

Kadangkala pihak hotel boleh menguruskan on-call doctor untuk datang ke bilik. Pernah seorang rakan terkena cirit birit teruk di Tajikistan. Hotel telah memanggil seorang doktor kerajaan untuk merawat beliau secara percuma dibilik hotel walaupun pada waktu larut malam. Di Central Asia, negara ex Komunis semua rawatan adalah percuma oleh doktor kerajaan dan sistem ini masih diterapkan sehingga sekarang walaupun kepada pelancung. 

Jikalau anda jatuh sakit ditengah Gobi desert atau di ABC Himalaya, berkemungkinan doktor berdekatan berberapa hari perjalanan jauhnya. Pada masa itu ubatan kecemasan adalah ‘heaven sent’. 

Satu daripada persedian dalam backpack saya ialah beberapa ubatan untuk kegunaan sendiri ketika kecemasan. Pernah seorang travel buddy yang bekerja sebagai doktor terkena cirit birit semasa kembara. Yang peliknya beliau tidak bawa satu jenis ubat pun bersama. Saya terpaksa memberikan ubatan yang saya bawa. 

Senarai ubatan yang saya bawa diberi oleh rakan doktor yang biasa dengan traveling. Setiap pengembara yang ingin berkelana kenegara dunia ketiga perlu membawa beberapa ubatan kecemasan kerana banyak tempat terpencil yang tiada mempunyai perkhidmatan perubatan moden.

Senarai yang biasa saya bawa (prescribed by doctor) ialah:

1. Paracetemol 650 - untuk demam dan ubat tahan sakit ringan. Kadangkala saya bawa painkiller yang lebih kuat. 

2. Ubat batuk - saya selalu guna Tussidex Forte. Pastikan tiada kandungan codeine kerana ianya larangan dibanyak negara. 

3. Ubat anti histamine - Loratadine/piriton/clarinase

4. Ubat NSAIDs - Ibuproben/Voltaren/Meloxicam. Pastikan anda tidak alergik kepada NSAIDs. 

5. Ubat anti muntah - Maxolon

6. Ubat cirit birit - Lomotil (Imodium tidak halal)

7. Ubat sakit perut indigestion - Gaviscon/Activated charcoal

8. Oral Rehydration Salt - mengembalikan garam ketika cirit birit

9. Chloramphenicol eye drop - untuk sakit mata conjunctivitis

10. Minyak angin - untuk gonyoh hidung bila masuk toilet di India, China dan Central Asia.

11. Wide spectrum Antibiotic prescribed oleh doktor untuk chronic diarrhea dll. 

12. Lip balm, moisturiser dan sunscreen. 

Senarai ubatan adalah mengikut keperluan dan pastikan anda berbincang dengan doktor masing-masing. Kebiasaan ubat paling penting ialah Lomotil kerana boleh berhentikan cirit birit biasa dengan cepat. 

Jika cirit birit termasuk muntah dan demam tidak berhenti dan berpanjangan, sangat penting dibawa ke doctor dengan segera kerana kemungkinan sakit yang serious.

Ada beberapa negara yang sangat strict dengan ubatan yang dibawa. Di Georgia, Clarinase adalah dilarang kerana mengandungi pseudoephedrine, sejenis drug yang terlarang disana. Di Australia dan New Zealand semua ubatan terutama antibiotic perlu di declare bersama surat prescription doctor. Ianya satu kesalahan besar jika tidak declare. Kebanyakan negara eropah/timur tengah tidak masalah membawa apa apa ubatan.

Yang lebih penting adalah pencegahan sakit ketika kembara. Pastikan anda street smart, minum air botol dan elakkan street food. Basuh semula utensils seperti sudu garfu dan jangan guna chopstick yang dikongsi. Paling elok makan dengan tangan sendiri yang bersih. 

Apa apa pun sila bincang dengan doktor tentang ubatan yang perlu anda bawa semasa kembara.

6. Hiking stick/pole. 

Banyak hiking stick yang boleh dipendekkan dan disimpan kemas dalam baggage. Hiking stick sangat berguna untuk keseimbangan badan jika berjalan dalam snow yang tebal atau ketika hiking ketika snow. 

7. Bawa spare battery dan powerbank. 

Kapasiti bateri menurun dengan cepat dalam suhu sejuk. Pernah kapasiti Iphone 6 saya turun mengejut dari 30% kepada 0% bila suhu -5’C. 

8. Sunglasses kualiti. 

Pakai sunglasses yang polarised kerana reflection sinaran putih salji akan menyengat mata. 

Semoga bermanafaat kepada mereka yang pertama kali berkembara semasa musim winter. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...