Tuesday, January 7, 2020

Cuba, Car & Cigar

Trip of a lifetime: Cuba 

Pulau Cuba ditawan oleh Columbus untuk Spain pada tahun 1492. Ketika itu Columbus menganggap Cuba adalah sebahagian dari Asia ketika beliau ingin mencari jalan laut ke India. 

Spain dan Portugal berebut mencari jalan laut ke India setelah khilafiyah Uthmaniah menutup jalan darat (old silk road) ke India dan China pada tahun 1453 selepas penaklukan Constantinople. 

Orang Spain yang tinggal di Cuba berkahwin dengan indigenous Indians dan bangsa kacukan yang berkulit cerah ini menetap sehingga sekarang. Famili Castro adalah sebahagian dari mereka ini. 

Pada kurun ke 17 dan 18 Spain membawa hamba abdi dari Afrika untuk bekerja diladang tebu dan tobacco. Orang Cuba yang berkulit hitam berasal dari hamba abdi Afrika ini. 

Perkataan tobacco, hurricane dan canoe berasal dari bangsa indian asal yang tinggal semenjak 2000 tahun dahulu di Cuba. 

Cuba kemudian bertukar tangan kepada Britain, American dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1902. 

Selepas mencapai kemerdekaan, Cuba dikuasai oleh golongan diktator sehinggalah Fidel Castro mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Cuba sebagai negara sosialis pada tahun 1953. 

Apabila tertubuh negara sosialis Cuba yang berfahaman komunisma, ianya menakutkan Kerajaan America kerana ketegangan cold war antara US dan USSR pada era itu. 

Teori domino komunis dan negara sosialis yang hanya di ‘back door’ America menyebabkan Presiden Kennedy cuba menjatuhkan Fidel Castro dengan krisis ‘Bay of Pigs’ dan ‘Cuban Missile Crisis’ (sila google). 

Bermulakan American sanctions dan economic embargo dari tahun 50’an sehingga sekarang (lebih 60 tahun). Ini menyebabkan Cuba ‘freeze in time’ dan ketinggalan jauh dari segi ekonomi berbanding negara Caribbean yang lain. 

Presiden Obama telah membuka semula embassy US pada tahun 2015 dengan tujuan membuka embargo tetapi Trump telah menutupnya semula. 

Apabila saya sampai di Airport Havana, kelihatan ramai turist yang datang melancung ke Cuba. Ini polisi baru Kerajaan sosialis Cuba untuk mendapat foreign exchange dan sekarang merupakan industri utama selain dari expot tobacco dan gula. 

Turist dijamin keselamatan mereka oleh Polis Cuba dan hukuman berat dikenakan kepada mana mana rakyat Cuba yang cuba mencuri atau menipu pelawat luar untuk menjaga industri pelancungan yang sangat penting ini. 

Jika anda dikacau oleh rakyat tempatan, hanya perlu menjerit ‘Polis !!!’ dan mereka akan bertempiaran lari. Begitu lah takutnya mereka kepada polis di Cuba. 

Saya tiada mendapat apa apa masalah untuk melepasi Imigresen dan Kastam di Airport Havana. Jangan lupa isi borang isytihar Kastam yang diserahkan kepada pegawai kastam sebelum pintu keluar. Wang USD 5000 (atau equivalent matawang lain perlu diisytiharkan).

Duit Cuba (CUC untuk turist dan CUP untuk rakyat Cuba) boleh ditukar menggunakan mesin ATM dengan menyucuk debit/credit card. Saya menggunakan BigPay debit card (lebih selamat) dan mengeluarkan 200 CUC (USD200). 

(Link BigPay: http://bigpay.link/referrals

My referral code:
4TT80EDDMJ)

Diluar airport banyak teksi menunggu dan bayaran 25 CUC (Rm100) adalah standard untuk perjalanan 20 km ke Old Havana. 

Apa yang saya notis tiada advertisement di jalan raya kecuali banyak gambar besar Fidel Castro dan Che Guevara untuk menyemarakkan perjuangan sosialis mereka. 

Apabila memasuki Old Havana terasa seperti melalui ’time machine’, transported ke era 50’an dan 60’an. 

Saya masih mengingati era 60’an zaman remaja dan keadaan Old Havana memang mirip dengan era tersebut terutama bangunan lama yang warna warni, facade bagunan kolonial dan melambaknya kereta vintage Dodge, Chevrolet, Buick, Cadillac, Chrysler dll. 

Di Malaysia pada zaman 60’an dan 70’an memang terdapat kereta Cadillac dan Chrysler. 

Apatmen Air BnB kami terletak tidak jauh dari Obispo Street, the centre of Old Havana. Jika anda ingin merasai zaman 60’an, duduklah dikawasan Old Havana, berdekatan Obispo Street di casa (homestay) Air BnB. 

Pada saya Old Havana ini seperti kawasan slum, dan sesiapa yang pernah melalui kawasan slum di Naples, ianya adalah mirip. 

Jalan raya kecil tidak di maintain, penuh dengan potholes, banyak najis anjing melata dan sampah sarap bertaburan. Bangunan pula nampak ‘delapidated’ dan kurang diselenggara tetapi dicat dengan warna warni. 

Jika anda ingin merasai era retro dan menikmati keseronokkan Republic of Cuba, ‘lower your expectation’ dan jangan bandingkan dengan negara barat yang anda pernah lawati. 


Saya yang pernah merasai era 60’an, rasa seperti dibawa balik pada zaman remaja dan tidak merasai apa apa kesusahan walaupun tiada amenities moden yang saya telah terbiasa. 

Jika anda ingin melawat Cuba, baca dulu tip dari pengalaman saya selama berada disana. 

1. Masa terbaik untuk melawat Cuba. 

Cuaca lebih sejuk antara akhir bulan November hingga March (~20’C) manakala musim hujan adalah Mei - June. Ribut taufan (hurricane) kebiasaan pada bulan Julai sampai awal November. 

2. Penerbangan murah ke Cuba. 

Tiket murah kebanyakkan dari Cancun Mexico dan Miami USA.

3. Visa tidak perlu untuk pelawat dari Malaysia. 

Malaysia mempunyai embassy di Havana yang terletak bersebelahan Russian embassy beralamat 6612, Avenida 5ta, La Habana, 11300 Cuba. 

Email butiran anda kepada embassy Malaysia agar mereka tahu anda berada di Cuba. 

4. Aktiviti di airport. 

a. Isi borang isytihar barangan yang dibawa. Isytihar wang jika melebihi USD 5000. 
b. Tukar wang di mesin ATM selepas keluar dari pintu exit setelah ambil baggage. Saya anggarkan kegunaan Rm 200 sehari di Cuba. Anda boleh tukar wang di Havana tetapi terpaksa queue antara 30-60 minit. 
c. Ambil teksi diluar airport ke Havana berharga 25 CUC (Rm100). 

5. Matawang Cuba. 

Pelancung hanya dibenarkan mengguna CUC (Cuban Convertible Peso). Rakyat Cuba menggunakan CUP (Cuban Peso). 
Rates ada 1 CUC ~ 1 USD dan 1 CUC ~ 24 CUP. 

Credit/debit card tidak laku di Cuba dan semua transaksi menggunakan wang tunai. Saya ada ternampak poster di airport menggalakan pelawat menggunakan card Unionpay (dari China) tetapi mungkin untuk hotel besar sahaja. Rata rata peniaga lain menggunakan cash. 

Canadian dollars dan Euro lebih diterima dengan kadar yang baik dari USD. 

6. Makanan halal. 

Ada sebuah restoren Bedouin (milik orang Syria) berdekatan Hotel Cohiba menjual makanan halal tetapi ianya terletak 5 km dari Old Havana. Supermarket di Cuba tidak seperti di negara lain, kerana susah mendapat barangan fresh. Saya tidak jumpa kedai yang menjual sayuran kecuali pisang, bawang, jambu batu dan mango. 

Banyak info saya perolehi dari beberapa jemaah masjid berkenaan makanan halal dan seorang brother membawa kami ke restoren seafood di Old Havana yang tiada menu masakan daging porcine. Expect to pay antara Rm80-Rm100 untuk satu meal seafood (termasuk tip). 

Di Cancun Mexico kami stock roti, beras dan ikan tuna tin untuk dibawa ke Cuba dan masak sendiri di apatmen Air BnB. Jika anda tinggal di hotel mungkin bermasalah untuk mencari makanan halal di situ. 

Untuk non muslims tiada masalah mencari makanan kerana takeaway pizza banyak dijual dengan harga 1 CUC. Banyak restoren yang cater untuk ’high end tourist’ di Old Havana. 

Adalah susah mendapat ikan di Havana kerana Kerajaan Cuba tidak menggalak tangkapan ikan secara besar besaran. Walaupun ianya dikelilingi laut, ikan kecil hanya diperolehi dari pemancing pantai atau diimpot dari luar.

Kenapa?

Ramai rakyat Cuba menunggu peluang untuk cabut lari dari negara mereka kerana kesukaran hidup. Jika bot nelayan besar dibenarkan tentunya ia akan digunakan untuk melarikan diri ke pulau pulau Caribbean berdekatan atau ke Miami USA. 

7. Air minuman di Cuba. 

Walaupun dikatakan air paip di Cuba selamat untuk diminum, banyak nasihat di Trip Advisor mengesyor minum dari air botol. Ini adalah kerana sistem paip dan tangki tidak diselenggara dengan baik dan berkemungkinan bakteria e-colli membiak dalam air paip dan boleh menyebabkan anda sakit perut. Ada nasihat agar air kumuran apabila menggosok gigi menggunakan air botol juga. 

Air mineral dalam botol sangat mahal di Havana dan sebotol 1.5 liter berharga 2 CUC (Rm 😎. Saya beli borong pack 6 botol air 1.5 liter mineral dibelakang block Info Centre bersebelahan Obispo Street dengan harga 9 CUC (Rm6 sebotol). 

8. Connectivity. 

Access internet dikawal oleh Kerajaan sosialis Cuba agar rakyat tidak terdedah dengan dunia luar. Semasa saya di Turkemenistan, Kerajaan sana pun melakukan perkara sama walhal ianya negara yang kaya dengan minyak dan gas. 

Wifi hanya boleh diperolehi dibeberapa hotspot yang tertulis ‘WIFI Zone’ dan anda perlu berkongsi dengan beratus orang lain. 

Anda perlu queue untuk membeli kad wifi, dengan kos 5 CUC untuk 3 Kad selama 1 jam setiap satu atau 5 CUC untuk 1 kad selama 5 jam. Ambil coin dan scratch dibelakang kad untuk nombor username dan password. Apabila sudah pakai, log off di page, kalau tidak anda akan kerugian baki masa. 

Kami tinggal di apatmen Air BnB yang mempunyai wifi router dan membeli kad internet dari host. Walaupun harganya mahal sedikit, tetapi lebih comfi berinternet dirumah. 

Yes you guess it right, the internet speed is not that great. 

9. Map untuk Old Havana. 

Sebelum berpergian, elok download map offline Havana dari MAPS.ME atau Google Maps. Anda tidak perlu internet dengan menggunakan off line maps. 

10. Vintage Cars. 

Cuba penuh dengan vintage cars bukan kerana untuk menarik perhatian pelancung tetapi ianya adalah satu keperluan. 

Semenjak zaman sanction dan trade embargo oleh US dan sekutunya mulai tahun 50’an, tidak banyak barangan moden yang boleh diimpot dan semuanya berharga mahal. 

Semua kereta yang diimpot adalah second hand dari Panama, Mexico dll berharga lebih 50,000 CUC (Rm200,000). Saya diberitahu harga kereta buruk Daewoo berharga 50k CUC. Dengan kereta berharga mahal, ‘it make sense’ untuk maintain kereta lama zaman era 50’an dan 60’an sebelum revolution. Body kereta dijaga rapi tetapi engin kereta telah ditukar kepada engin baru hyundai, nissan atau kenderaan rusia. 

Tourist yang datang ke Cuba sangat tertarik dengan vintage cars seperti Chevy, Buick, Cadillac dan Dodge. Dengan bayaran 30 CUC, pelancung boleh menyewa selama satu jam untuk bergaya dan menaiki ‘flying coffin’ ini. 

Kebanyakkan taxi vintage cars boleh disewa di Parque Central berdekatan bangunan Capitolia dengan harga 30 CUC selama satu jam. 

Walaubagaimana pun anda boleh dapat sewaan murah 5 minit perjalanan dari Parque Central hala ke Malecon atau Museum de Revolucion iaitu 20 CUC untuk sejam. 

11. Cuban cigars. 

Cuba terkenal dengan cigars kerana ianya telah ditanam semenjak 300 tahun dahulu dan mereka mempunyai pengalaman turun temurun menanam tembakau yang terbaik. 

Petani di Cuba terpaksa memberi 90% dari produk tembakau mereka kepada Kerajaan secara percuma dan dibenarkan menjual 10% baki sahaja kepada turist. Kerajaan Cuba membuat semula packaging dan expot cigar tersebut keluar negara. 

Di Havana banyak dijual cigars kepada turist dengan fancy packaging tetapi ianya adalah ‘fake’ dengan tembakau murah dan laced with ammonia untuk ketahanan. Di Havana kami ditawarkan 20 batang cigar dengan harga 70 CUC. 

Rakan saya membeli 20 cigars jenama Montecristo dengan harga 50 CUC selepas menawar, iaitu Rm12 sebatang di tobacco farm di Vinales 200 km dari Havana. 

12. Pimping. 

Pimp: Ola, you from Mexico
Me: No, from Malaysia. 
Pimp: You want cigar, mister. 
Saya: No, i don’t smoke. 
Pimp: You want senorita, mister. Senorita bonita. Have picture. You wanna see. Cheap Cheap. 
Saya: &£?!€!€¥!!!!!

Ya, walaupun negara sosialis, masih ramai pimp berkeliaran di jalanraya memperaga produk ‘the oldest profession in the world’. Ingat, kepada mereka yang nakal kerana ianya mungkin satu scam dan anda akan keluar dari Cuba, poorer. 

Di merata Old Havana memang ramai scammers yang cuba menjual bermacam produk dan servis kepada turist. Be street smart and you will be safe. 

13. Tempat ikonik untuk bergambar di Old Havana. 

a. Capitolia
b. Rumah hadapan Capitolia
c. Kereta vintage di Parque Central 
d. Malecon bersama pemancing. 
e. Old street Havana 
f. Plaza de la Revolucion - grafik Che Guevara
g. bangunan lama berwarna warni. 
h. Obispo street dan rakyat Cuba.
j. El Paseo, artis street dari Parque Central ke Malecon. 

14. Kediaman di Havana. 

Kediaman boleh di cari dalam Booking dot Com dan Air BnB dalam kategori hotel, Hostal (hostel) atau Casa (homestay). 

Hotel di Havana berharga mahal dan yang terbaik adalah bersebelahan Capitolio dan Parque Central. 

Saya menyewa casa (homestay) dari Air BnB dengan harga Rm200 semalam yang lengkap dengan kitchenette, bilik berhawa dingin dan private toilet.

Semua perhubungan dengan host Air BnB perlu dibuat sebelum sampai ke Havana mengguna whatsapp. Ini adalah kerana anda tidak boleh menghubungi beliau apabila sudah berada di Cuba kerana tiada talian telefon atau internet. Kami bernasib baik kerana terserempak dengan host dihadapan rumah walaupun kami tiba 3 jam lebih awal. 

Ada banyak rumah Air BnB didalam Old Havana dan paling elok pilihlah berdekatan masjid Abdullah (Casa de Arabe) atau di Obispo street. 

Ambil kesempatan untuk berjumpa dan beramah mesra dengan jemaah Islam di masjid Abdullah. Walaupun Cuban converts ini daif, mereka sangat mesra dengan pelawat Islam. Bersangka baik dan bersedekah kepada mereka jika ada kemampuan. 

Bilal masjid bernama Abdul Rahman seorang Cuban convert yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Beliau boleh menunjukkan restoren seafood halal masakan Cuban dan kami order 30 biji telur melalui beliau dengan harga 6 CUC (Rm24). 

Basic pay pekerja Cuban antara 20-60 CUC (Rm80 hingga Rm240) sebulan. Mereka mendapat makanan asas seperti beras dll dan rumah percuma dari Kerajaan. Ianya cukup untuk sustain living tapi tidak boleh bermewah. Jika anda mempunyai lebihan wang sangat elok bersedekah kepada Cuban converts ini. 

15. Adakah selamat berada di Cuba?

Tiada satu saat pun saya berasa tidak selamat atau terancam walaupun berjalan pada waktu malam hari di Havana. Cuba adalah selamat untuk pelancung kerana polis sentiasa berkeliaran dan orang tempatan tidak berani mengusik turist. Anda hanya perlu menjauhi dari pemabuk yang banyak berkeliaran diwaktu malam. 

Saya lebih seriau berada di Los Angeles, Rome atau Cape Town diwaktu malam dari Havana. 

16. Lawatan ke bandar berdekatan. 

Anda boleh tinggal 2 hari dibandar kolonial Trinidad, 1 hari di Vinales (tobacco farms, caves, countryside), 3 hari di Havana, dan 1 hari di Varadero (beaches).

Untuk trip ke Vinales melawat tobacco farm, kami menyewa vintage Cadillac dengan harga 120 CUC (Rm500) sehari. 

17. Cuba tidak sesuai untuk pelawat begini. 

a. Mereka yang tidak boleh hidup tanpa internet. 
b. Mereka yang suka melawat negara sejuk dan tidak tahan cuaca panas dengan humiditi tinggi. 
c. Mereka yang hidup dengan makanan sedap sahaja. 

18. Imigresen Cuba tidak faham berkenaan nama muslim (BIN) dipaspot Malaysia. 

Ini menyebabkan kami tersangkut lama dikaunter imigresen. 

Misalan, jika ditanya oleh pegawai imigresen, nyatakan
Surname: BIN OMAR
First Name: ZAINUDDIN

19. Awas, kebanyakan travel insurance tidak membuat coverage di Cuba. 

American sanctions dan economic embargo menyebabkan tiada insurance company membuat coverage di Cuba. 

20. Bawa semua barang keperluan dari Malaysia. 

Barang keperluan seperti sabun, ubat gigi, shampoo dll semuanya diimpot dari luar dan berharga tinggi di Cuba. 

Kesimpulan trip. 

Setelah memerhatikan kehidupan rakyat Cuba, bersembang dengan mereka, merasai suasana bandar dan countryside serta melihat sendiri kawasan rumah Presiden Cuba dengan keluasan perimeter 3 km, saya berpendapat sistem socialism adalah baik untuk gulungan atasan parti komunis sahaja. 

Walaupun tiada yang mati kelaparan, rakyat biasa Cuba hidup dalam sengsara. Socialism dengan sistem subsidi dari Kerajaan dan tanpa penglibatan pihak swasta,  menyebabkan rakyat menjadi malas serta tidak kompetitif. 

Semua ini mengakibatkan negara Cuba tidak maju dan ketinggalan zaman. 

Dari perbualan dengan beberapa rakyat Cuba, semua mengatakan ‘change is inevitable’ dan mereka hanya menunggu masa apabila Kerajaan Cuba membuka negara mereka kepada pelaburan luar dan menamatkan sistem socialism. 

The ugly truth, Cuba is beautiful in pictures but a shamble in reality. 

Will i go to Cuba again?  
Once is enough. 

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

DISCLAIMER
The views and thoughts expressed in this writing are solely my personal opinion.

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this page are to be used in other third-party websites without a written consent from the owner.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...