Thursday, January 30, 2020

UMRAH DIY Part 1

Ramai org dah share pasal umrah diy. Alhamdulillah skrg Arab Saudi dah perkenalkan visa pelancong sekaligus dapat melakukan umrah. Nak share beberapa tips yg mgkn blh dijadikan panduan msa pergi bulan lepas:

1. mohon visa di laman web visa.visitsaudi. com. Prepare gambar white background. Bayaran sekitar RM520++.Sah setahun boleh keluar masuk arab saudi. Sekejap je approve. Dapat visa by email. Tiba sana nnti just tunjukkan visa tu (saya just tunjuk kt telefon sbb once visa dh approve automatik nama kita dah dalam sistem - tapi better korg print)

2. Boleh guna byk flight.Kbykn flight middle east akan pergi sana. Saya guna Low cost Scoot Airlines via Singapore.Beli last minutes & harga sekitar RM2500 siap beg n makan. Flight guna dreamliner cuma less entertainment. Kbykn flight lain sekitar RM3000 ke atas kalau last minutes. Kalau beli awal blh dapat sekitar RM2000 - RM2500. Kalau Air Asia ada masa blh dpt bawah RM2K bergantung rezeki. Jgn lupa bawa balik selimut scoot, mmg free. Jadikan sbgai kenangan.

3. Makanan kt sana portion besar. 15 riyal blh dpt ayam separuh & nasi byk boleh share 2 org.  Ada kedai yg nasi byk mcm boleh makan 3 org bergantung rezeki. Kalau nk makan makanan ikut tekak kita, boleh try restoran malaysia & indonesia. Di Madinah ada Qaraat Restaurant makanan Indonesia xjauh dari Masjid Nabawi. Sekali makan: nasi + ayam + sayur + air sekitar 20 riyal. Di Makkah kalau rindu nasi lemak, pergi makan kat Safwah tower (Food court).Ada Malaysia restaurant. Nasi lemak kosong 16 riyal. ada juga roti canai dan makanan malaysia yg lain. Ada juga restoran Indonesia, Grapari. bangunan yg sama tapi wing berbeza. 

4. Stay area al-taysir kt makkah. Sini makan murah berbanding area depan masjidil haram. Stay airbnb (dar bab al salam). Murah & selesa.agak tersorok dan bersebelahan dgn satu tempat penginapan tabung haji. Kalau walk dalam 20-25 minit. Kalau tak larat, sila naik bas yg disediakan oleh hotel lain. Dah nk dekat waktu solat, ada byk bas disediakan (kena keluar ke jalan besar dlm 5 min). Kbykn bas daefah group hotel area sini. Sini byk hotel bajet. Nnti dgn merekalah kita juga bertembung naik bas2 ini slain costumer hotel ini. Jgn risau mereka tak tanya pun stay hotel mana sbb mmg yg duk area ni akan guna bas2 ini esp kalau tak larat jalan.yg pastinya mmg berebut.time balik lagi dahsyat. Kalau nk balik, tggu sekejap agar org kurang time balik. Btw klu pegi bawa org tua yg xkuat, carilah hotel yg depan2 masjidil haram. Xpun ikut pakej. Btw spnjg guna shuttle bas dari kwsn hotel ke msjidil haram (kurg 10 min pjlnn) ramai juga yg berumur.

5. Install Careem & uber untuk bergerak sana sini. So xyah pening if takut kena scam. Dapat semurah 130 riyal antara makkah gan jeddah airport guna uber. 

6. Saya turun Jeddah Aiport tapi tak buat umrah dulu. Just terus ke Madinah. So xperlu pakai ihram dulu or risau kalau terlepas niat dsb. Saya ambil uber pergi Jeddah Bus Station then catch night bus ke Madinah. Naik Saptco bas (beli online). Lepas ziarah 5 hari di Madinah, saya naik bas saptco g Makkah. Bas akan berhenti kat Bir Ali untuk miqat. Selain bas btween makkah - madinah, ada juga train dan flight.

7. Saya guna simcard STC. Antara simcard yg network stabil  & direcommend bila kaji. Saya bergantung 100% guna kad ini utk internet. Just makluman, harga simcard trmsuk internet di Arab ni agak mahal tapi utk sy brbaloi sbb mmg guna utk plbgai benda esp nk request uber n careem.

8. Saya pergi kursus umrah percuma di tabung haji KL.datang je.yg penting tahu tarikh. kursus umrah ni byk yg free termasuk negeri lain. Beli buku umrah gak dan study. Join mana2 group whtsapp psl umrah diy. Boleh tnya2 if apa2.

9. Jangan takut buat sendiri. Malah anda boleh tentukan jumlah hari sendiri dan bebas bergerak. Apapun yg ikut pakej dialu-alukan sbb xperlu fikir itu ini. Support  bisnes muslim. Kalau kaki backpacking, mereka mmg suka kaji  dan inshaAllah ok. Btw klu xbiasa backpacking, blh try. yg pnting kaji. Mmg ada bertembung family2 yg pergi sndiri.๐Ÿ˜€. Harga kalau pegi satu family or dalam group 3-4 inshaAllah mmg jimat. Apa yg penting niat kita nak ibadah  dan ziarah. Org sering jadikan isu, kalau pergi 1st time guna pakej. Tapi semuanya bergantung pada kita. Dunia hujung jari, semua boleh dikaji. Saya ulang lagi sekali, buat kajian. Yg penting yakin. Kalau rasa nak upah mutawwif pun ok sbb ada yg berbuat demikian. Arab dah bg pilihan jadi kita manfaatkan.

10. Souvenir byk malah blh dpt keychain semurah 2 riyal. Yg pntg pndai cari. Air zam zam beli kt airport/ 7.5 riyal utk 5 liter. Satu org satu botol jer. Kbykn airlines akan bg free luggage khas utk air zam-zam. 
Kos semuanya RM4800 tmasuk visa dan souvenir (utk solo backpacking). Bagi saya itu satu pnglaman wlu ada org akan ckp blh jer dpt RM4990 klu pegi pakej (lazimnya bilik ber4-5).Skrg pun ssh nk dpt hrga tu esp peak season disember sbb winter dan cuti sklh. Masa itu igt nk cari org n ada mmber sorg nk ikut tp xjadi &  end up sy pegi solo. its ok sbb ada experience travel solo sebelum ni.
Kalau pergi berdua blh cut cost byk . Contoh uber jeddah airport dari makkah sy tanggung sorang aritu. Sy stay hotel yg satu malam dlm RM70 jer time kt makkah (guna first time airbnb). Tmpt penginapan yg sy book tu muat 3 orang yer. Namanya dar al bab salam. Kalau bertiga RM70 divide 3 tu. RM23 je satu malam. Recommend.
Kat Madinah pun stay harga Rm70++ blh muat dua org. cuma airbnb tu jauh dari masjid nabawi. Ada sedikit kekeliruan info time book. So, byk spend kt uber/careem.yg ni sy tak recommend.Cari pnginapan area Masjid Nabawi.
Makan yg portion dua org saya makan sorg๐Ÿ˜. Makan xde catu.mcm style mkn kt msia.
time saya pegi tket flight RM2550 beli sebulan dua sblum flight. kalau dpt murah lagi, rezeki. So sy agak if pergi berdua mgkn lbh kurg RM4K all in. Kalau 3-4 org mgkn lg murah dari itu.InshaAllah. malah kalau korg tmbh sikit kos lagi blh pegi jalan jeddah xpun riyadh. Jeddah city menarik sbb ada unesco site tp aritu xsmpat pegi just g stesen bas. Silap haribulan dgn berbekalkan RM5-6k korg bln jalan tmpt2 menarik arab saudi spt riyadh, madain salleh, tmpt2 sejuk sperti turaif yg blh turun snow dsb termasuk buat umrah.
Dicadangkn cari multi flight .cth kl - madinah balik jeddah - kl. Xyah patah2 balik.

11.Semoga anda dijemput ke tempat yg menenangkan ini. Bykkn berdoa. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...