Thursday, January 9, 2020

Tip 101: Beberapa persediaan penting sebelum berkembara tanpa mengikuti agensi tour.


Berkembara sendirian lebih manfaatnya dari mengikuti tour agent. Selain dari penjimatan bajet, kembara bersendiri lebih ‘free and easy’, dan dapat bertemu serta bertukar fikiran dengan ramai pengembara dari lain negara. 

Mereka yang mengikuti tour agency akan sentiasa bersama grup dengan pengawasan guide lokal tanpa dapat explore seorang diri dan ‘smell the flowers’. 

Ada beberapa persediaan yang saya fikirkan perlu sebelum kembara bersendirian untuk mengurangkan risiko masalah diluar negara. 

1. Booking hotel/hostel pada hari pertama dinegara yang dilawati. 

Ada kala pegawai imigresen bertanya alamat hotel ketika sampai diairport. Semasa saya melawat Northern Cyprus (TRNC) baru baru ini, pegawai imigresen merasa pelik kenapa saya dari Malaysia ingin melawat negara mereka kerana jarang pelancung Malaysia kesana. Soalan pertama yang diajukan ialah, 

“Where is your hotel?”.  

Alhamdulillah saya telah membuat reservation hotel melalui Booking dot com. Kadangkala pegawai imigresen ingin melihat jumlah wang yang dibawa dan return tiket. 

2. Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online.

Buat beberapa copy e-tiket hardcopy selain dari menyimpan dalam smartphone. Pernah di Georgia land border post, pegawai imigresen meminta satu copy e-tiket untuk simpanan mereka. 

3. Simpan beberapa copy itinerari perjalanan.

Ada imigresen ingin melihat itinerari perjalanan tetapi pastikan tidak ditunjuk tempat yang terlarang. 

Misalannya, Azerbaijan tidak membenarkan pelawat kenegara mereka memasuki Nagorno Karabakh melalui Armenia. 

Pastikan anda hafal itinerari perjalanan agar tidak terkebil-kebil apabila disoal oleh pegawai imigresen. 

4. E-mail kepada kedutaan Malaysia tentang trip anda. 

Simpan nombor telefon embassy Malaysia diluar negara. Jika tiada embassy Malaysia, dapatkan nombor telefon embassy berdekatan. 

Embassy Malaysia di Baku, Azerbaijan menjaga keseluruhan negara Central Asia. Embassy Malaysia di Mexico meliputi kawasan Central America. Embassy Malaysia di Cuba menjaga negara Caribbeans. Embassy Malaysia di Argentina meliputi Uruguay dan Paraguay. 

Pastikan anda tahu siapa yang perlu dihubungi jika bermasalah dinegara luar dan email mereka sebelum berkelana. Pastikan anda tahu prosidur jika kehilangan pasport dinegara yang tiada mempunyai Embassy Malaysia. 

5. Bawa ubatan yang kerap diambil kerana ubatan diluar negara sangat mahal. 

Pastikan anda semak apa ubatan yang tidak dibenarkan masuk. Di Georgia, Clarinase adalah dilarang kerana mengandungi pseudoephedrine. 

6. Bawa botol bidet portable jika berkelana kenegara yang tidak menggunakan bidet untuk istinja. 

7. Guna roaming man atau flexiroam untuk internet jika simcard lokal mahal. 

Di South America simcard data tersangat mahal tetapi murah di India, Kyrgyzstan dan Thailand. Semak di internet harga simcard data dinegara yang dituju. Di Uzbekistan perlu tunggu beberapa jam untuk activate sim dan di Kenya harganya sangat mahal. 

8. Install perisian Skype phone atau Bual jika ingin menelefon landline di Malaysia. 

Jika anda bermasalah dengan credit card semasa diluar negara, anda boleh menelefon ke pusat credit card di Malaysia menggunakan Skype atau Bual. 

Top up dulu dengan credit di apps Skype atau Bual. Sehingga kini saya masih mempunyai credit Rm66 walaupun telah menggunakan banyak kali international call dengan Bual setelah penggunaan 3 tahun dengan topup Rm100 sahaja. Skype lebih mahal dengan pembelian skype credit tetapi panggilan nya ‘crystal clear’. 

Semasa di TRNC saya terpaksa menggunakan Skype untuk menelefon syarikat sewaan kereta kerana tidak bertemu dengan wakil mereka. Jikalau saya menggunakan roaming call tentu caj nya beratus ringgit. 

Mereka yang menggunakan Air BnB memang perlu menelefon landline host jika bermasalah mencari tempat. 

Di Bucharest Rumania, berkali kali saya menggunakan Bual untuk menelefon host kerana tidak berjumpa rumah Air BnB mereka. 

9. Ganti pasport baru jika tempoh sah kurang dari 6 bulan sebelum berkelana. 

10. Semak cuaca negara yang akan dilawati dan bawa pakaian yang bersesuaian. 

11. Bawa lebih matawang USD dari Euro. ‘USD is King’ dimana mana. 

12. Semak status pasport anda disini sebelum berkelana (untuk pastikan anda bukan seorang bankrap/tidak selesaikan cukai pendapatan dan tidak dibenarkan keluar negara). 

Semak disini:
http://sspi.imi.gov.my/sspi/

13. Simpan paspot anda berlainan dari dompet anda. 

Kehilangan paspot akan menjadi masalah besar kerana anda terpaksa pulang ke Malaysia ‘one way’ menggunakan paspot sementara yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia. Pastikan sekeping kad kredit disimpan bersama paspot untuk kegunaan kecemasan. 

14. Jangan lupa baca doa perjalanan setiap pagi semasa berkembara. 

Wallahuallam. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...