Saturday, January 4, 2020

Gypsy Women Membawang


Gypsy woman 

Semasa memandu dari Sighisoara ke Oradea Romania berdekatan Romania-Hungary border sejauh 300 km ternampak buah buah warna merah berjuntai yang dijual ditepi jalan. 

Sebab curious kami berhenti untuk melihat dari dekat jenis buah yang dijual, rupanya bawang yang dijual oleh seorang gypsy woman. 


Biasalah nampak kami seperti pelancung, dia nak sembelih menjual Rm80 untuk setangkai 20 biji bawang tersebut. Akhirnya kami membeli 2 biji sahaja dengan harga Rm5 untuk merasa keenakkan bawang Romania. 

Rupa paras makcik yang menjual bawang memang berbeza dengan orang romania lokal. Memang mudah untuk membezakan orang gypsy ini. 

Ramai beranggapan orang gypsy (atau Romani) adalah dari Romania tetapi sebenarnya mereka berasal dari Utara India kawasan Rajasthan dan Punjab. 


Dari penyelidikan genetik dan liguistik, orang gypsy membuat transmigrasi ke Eropah secara beramai ramai 1500 tahun dahulu ketika zaman rasulullah saw. 

Bangsa gypsy diaspora keseluruh dunia dimana 1.7 juta berada di Mesir, 1 juta di USA dan 600,000 di Romania. 

Bahasa gypsy disebut Romani dan perkataannya banyak persamaan dengan bahasa Hindi dan Punjabi. 

Ada mengatakan gypsy adalah golongan dalit yang dihalau keluar dari India dan pada awalnya mereka merayau dikawasan Eropah sebelum ke benua lain. 

Kebanyakan gypsy beragama Kristian dan tidak sampai 1% beragama Islam. 

Kebanyakkan mereka hidup secara nomad tinggal dalam wagon kereta kuda yang disebut ‘vardo’ dan bekerja sebagai farm hands apabila musim buah2an. 

Mereka akan berpindah mencari kerja lain apabila tidak dikehendaki lagi. 

Dimana mana gypsy berpakaian tersendiri dengan colour block dan tidak bercampur dengan orang tempatan. Mereka lebih senang bersama kaum mereka mungkin kerana didiskriminasikan. 

Gypsy dipandang rendah kerana mereka terkenal dengan gang pickpocket di semua ibu kota besar di Eropah.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...