Thursday, January 30, 2020

UMRAH DIY Part 2

FAMILY DIY FIRST TIMES UMRAH 14 Hari 🕋
******************************************
" Dan sempurnakan Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah S.W.T Al- Baqarah 196 "

❗9 Panduan Ringkas Umrah Family DIY ❗

1) PENERBANGAN TERUS ✈️

Beli penerbangan terus dan selesa.Jangan waste time transit.Kami pilih Saudia Airlines Kul - Med  Jed - Kul Fullboard dan Luggage 2 x 23kg seorang.Paling cepat sampai dan mempunyai surau.Terdapat Screen LCD setiap tempat duduk dan juga khas baby coat untuk anak bawah 2 tahun.Kos untuk kami bertiga RM6020 + RM278 infant = Total RM6298.

2) E-VISA 🇸🇦

Visa  Pelancongan boleh dibeli melalui      https://visa.visitsaudi.com/Login dengan harga RM520 seorang valid 90 hari bergantung kepada matawang semasa.10 minit sahaja visa boleh siap dan terus print untuk kegunaan airport dan hotel.
RM 520 x 3pax = Total 1560.

3) ETIQA TRIPCARE 360 ☂️

Melindungi bil rawatan , penerbangan delay, bagasi rosak dan kematian.Boleh dibeli secara online mengikut pakej.Kami memilih silver pakej family dengan harga RM129.51 https://www.etiqa.com.my/getonline/tripcare-360?gclid=Cj0KCQiAyKrxBRDHARIsAKCzn8wjFb0LVpQrw68vsbbkAUl4AW8AULqdtYt0r26G6DRNIVGKbKMcV7QaApdKEALw_wcB 

4) MEDIC PILGRIM  🏥

Medik Piglirm berfungsi seperti klinik Panel tanpa guna duit untuk dapatkan rawatan(cashless) hanya tunjuk policy sahaja.Boleh hubungi terus saudara Afiq 013 2104870 yang beroperasi di Cheras Bandar Sri Permaisuri.Di Madinah Al Dar Hospital berhadapan dengan Masjid Quba 15 minit jarak dari Masjid Nabawi manaka Di Mekah AlBayt Medical Center jalan kaki 5 minit dalam bangunan Menara zamzam Level p11 sebelah Hotel Movenpick.
RM40 x 3pax = Total RM120

5) HOTEL  🏨

Buat perbandingan hotel dengan Trivago.kalau boleh beli melalui Agoda dan Booking.com sahaja.Hotel di madinah kebanyakan dekat dengan Masjid kalau boleh labur kan lebih sikit Hotel di Mekah yang dekat dengan Haram.
Dar Al Naeem 500m= RM238(2H1M)
Golden Tulip Al Zahibi 50m = RM1,333( 5H4M)
Makkah Tower 50m = RM912 (3H2M)
Nawazi Ayjad 600m = RM1,214 (6H5M)
Total = RM3,697

6) VAKSIN MENINGOCOCCAL💉

Vaksin ni bukan syarat tapi untuk kesihatan kita wajib ambil di Hospital atau klinik yang berdekatan dengan Harga RM120 boleh tahan 5 tahun kalau nk murah RM5 Klinik Kesihatan  Kuala Lumpur stok terhad.RM120 x 3pax = Total 360

7) HARAMAIN RAIWAY SPEED TRAIN🚅

Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ke Raiway station 15 minit sahaja.Perjalanan Madinah ke Mekah hanya 3 jam dan pengumuman untuk bermiqat 10 minit selepas tren bergerak. Jangan lupa download applikasi uber ,careem dan umrabcab.Tiket boleh beli melalui laman web www.hhr.sa. RM150 x 2pax + (Infant free) = Total RM300

8) MUTAWWIF 🕵️
 
Kami gunakan khidmat ustaz hud pelajar dimekah +966597172079 untuk Umrah Wajib.Ustaz hud  bimbing umrah kami hingga selesai satu umrah.Ketika tawaf ustaz hud dukung anak yang memakai pampers sehingga selesai 7 pusingan bagi menjaga sah tawaf bagi elak menangung najis.

9) KURSUS UMRAH📝

Kursus Umrah wajib hadir.Mesti hadir sekurang kurangnya 10 kelas.Belajar dan menuntut beberapa guru.Setiap pengajar bahan cetakan atau penyampaian berbeza.Kita akan dapat pengalaman dan perkongsian yang berbeza daripada guru yang berlainan.kursus di setiap minggu ada dan tempoh nya 3 jam
=====================================

{ Ziarah Luar Kota Mekah }

Khidmat Haji Amin +966565706070 MPV Innova dengan 200 Riyal ke tempat Masjid Aisyah Al Rajhi , Jabal thur , Jabal Rahman , Mina , Muzalifah, Jamrahtul, Nasi Unta dan Miqat di Ja'ranah untuk tunaikan umrah.

{ Ziarah Luar Madinah }

Pas 15 riyal 3 hari boleh dibeli pada driver bas yang terletak di pintu 20 21 dan 22.Ziarah ini termasuk Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Qhandak dan Bukit Uhud.

Semoga Panduan ini dapat membantu jemaah untuk menunaikan umrah dengan segera dan berharap ilmu mengalir serta dimanfaat selepas kematian.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...