Wednesday, January 1, 2020

Tazkirah Sahabat

Tazkirah Sahabat.

1. Susah & senang itu ujian. Ada hambanya yang lulus ujian semasa susahnya, ramai juga yang gagal semasa senangnya.

2. Usahawan merupakan individu yang biasanya mempunyai hubungan yang lebih rapat kerana kita bergantung harap kepada rezekinya berbanding orang makan gaji.

3. Pengharapan kita pada Allah sebagai usahawan itu lebih tinggi yang sepatutnya dapat meningkatkan iman kepadanya.

4. Ramai yang salah faham konsep dengan qiamulail. Qiamulail atau bangun malam. Ibadat itu biasa orang fikirkan hanya solat, mengaji namun sebenarnya kerja itu juga adalah Ibadat asalkan niatnya kerana Allah. Usahawan biasa kerja lewat, bangun awal. Niat kan itu sebagai Ibadat bangun malam. 

5. Berdoa untuk minta ditempatkan di syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus yang menempatkan para nabi dan sahabat sedangkan mungkin kita pun tak layak membuktikan sebagai usahawan kita kena all-out untuk mendapatkan yang terbaik, terbanyak.

6. Rezeki itu adalah kerja tuhan. Kerja kita hanyalah meminta dan Allah akan makbulkan dengan kehendaknya.

Terima kasih di atas perkongsian tazkirah ini.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...