Sunday, January 26, 2020

Tips untuk Trans Siberia Trip

5 Tips Penting Untuk Survive Trip Trans-Siberia Railway.

Untuk korang yang bercadang untuk memulakan perjalanan luar biasa dengan Trans-Siberian Railway ini, ataupun untuk korang yang curious nak tahu macam mana orang survive trip ini, ini dia 5 tips untuk menakluki rangkaian keretapi terpanjang di dunia ini:

PART 1

1. Makanan 
Bawa banyak snek dan makanan sendiri, lebih-lebih lagi kerana makanan halal sangat sukar untuk didapati. Korang boleh je memilih untuk mendapatkan makanan vegetarian tetapi biasalah, makanan di dalam kereta api selalunya mahal. 

2. Bersedia dengan pen dan kertas. Catat perjalanan dan pengalaman korang.
Percaya atau tidak, pengalaman anda adalah lebih berharga daripada mana-mana souvenir yang anda bawa balik rumah nanti. Trip di dalam kereta api Trans-Siberia ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk berjumpa dan buat kawan dengan orang-orang atau traveller dari seluruh dunia, dan dapat mengingati dan mengimbau kembali kenangan-kenangan tersebut di atas kertas atau di dalam jurnal adalah sesuatu yang tidak ternilai. 

3. Belajar basics words Russia, download offline dictionaries & download Russian/Chinese keyboards dekat phone korang.
Masalah bahasa boleh dikatakan sebagai lumrah traveller di mana-mana negara sekalipun. Kebanyakan mereka hanya boleh bercakap perkataan-perkataan basic bahasa Inggeris sahaja. Jadi kalau korang tahu ayat-ayat basic bahasa Rusia, sekurang-kurangnya dapatlah juga berkomunikasi sikit-sikit dengan mereka, just in case.

4. Bawa tisu basah dan toilet paper. 
Tisu basah, baby wipes, wet tissue dan seangkatan dengannya sangatlah berguna semasa berada di dalam kereta api ini. Tisu basah ini boleh digunakan untuk lap toilet seat sebelum digunakan, atau untuk menggantikan air dan sabun kalau malas nak ke toilet, mahupun untuk menyegarkan muka apabila anda tiada pilihan lain selain untuk tidak mandi selama beberapa hari.

5. Tahu dimana train akan berhenti dan keluar untuk menghirup udara segar.
Di setiap train ada senarai semua perhentian dan tempoh berhenti. Sekiranya berhenti lebih daripada 20 minit, keluarlah, dapatkan sedikit udara dan beli makanan / minuman (tempatan) di stesen itu.


No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...