Monday, January 6, 2020

Road trip di Eastern Europe.

ITINERARI RINGKAS  10 HARI ROADTRIP KE AREA KAMPUNG CANTIK EASTERN EUROPE - ( edisi Spring 2019)

Day 1️⃣:
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Bergantung pada waktu ketibaan. Sebaiknya cari flight yang tiba awal pagi, boleh terus ambik kereta sewa di level -1.

Dari lapangan terbang, perjalanan ke Salzburg akan melalui sebahagian jalan kampung yang dipanggil The Romantic Road.

( tips : sewaktu nak collect kereta sewa, nyatakan sekali negara yang ingin dilawati supaya mereka akan siapkan permit. Ini untuk elakkan masalah sewaktu melintas sempadan).

Dari Vienna, ambik lebuhraya A1 sebelum exit ke jalan kampung 42, sebelum ke pekan Styers di laluan 122.


View kiri dan kanan memang cantik jika cuaca baik. Teruskan perjalanan sehingga ke Hallstat.

Di Hallstat, anda boleh naik ke Top of Hallstat dan terus ke The Salt Mine dengan bayaran 34 euro termasuk cable car. 
( kalau rasa mahal, just ambil angin kat area bawah pun dah ok).

Kalau ada banyak masa, boleh juga hiking. Ada trail. Then, dah puas ambik gambar kat atas, boleh pulak sambung bergambar di area rumah2 tepi tasik tu. View memang cantik.

Solat jamak zuhur dan asar kat area parking tu. Takde masjid dan surau kat sini. Jangan buang masa mencari dan cari alasan tak solat pulak.
Islam tu mudah.


Kedai makan pun takde yang ada tanda halal kat sini. So, on the way ke sini, kalau jumpa pasar mini Billa atau seangkatan dengannya, beli la apa2 yang patut.

Dah selesai semua urusan , drive semula ke Salzburg dan bermalam di sana

Malam 1️⃣: Salzburg.

Day 2️⃣: Awal pagi, bergerak ke St Wolfgang Lake. Di sini ada panorama train, tapi  jadual cuma sehari sekali je. Start pukul 1150 pagi dan turun 1245 tengah hari.

Harga boleh cek di laman web, tak sempat nak snap gambar masa di kaunter tiket sebab tak naik.

Sambil2 tu boleh jalan2 sekitar tasik di St Wolfgang ni.


Dalam pukul 2 petang, boleh  patah balik ke Salzburg.  Sebelum menjelang malam, boleh ronda2 kat oldtown Salzburg. Di sini yang paling famous ialah Mozart's House.

Then, ada few attraction macam Salzurg Castle dan lain2.

Selesai hari kedua, teruskan pemanduan balik semula ke hostel.

Malam 2️⃣ : Salzburg.

Day 3️⃣
Check out awal pagi. Destinasi utama hari ini ialah ke Kitzsteinhorn yang terletak di Kaprun.

Ia adalah pusat sukan ski yang famous dan merupakan puncak tertinggi di Salzburg.

Untuk sampai ke atas, anda kena ambik cable car dengan membuat pertukaran koc sebanyak 3 kali. Tiket naik dan turun berharga 44 euro.
( serius, jika dibandingkan dengan Jungfrau di Swiss, di sini jauh lebih murah dengan pemandangan lebih kurang sama)

Boleh luangkan separuh hari di sini.

Jika berkesempatan, boleh cuba laluan scenic road Austria yang dikenali sebagai Grossglockner High Alpine Road yang menghubungkan Bruck di bahagian utara hingga Heiligenblut sejauh 130 km

( laluan ini cuma dibuka pada musim panas je bermula 1 may. Sila semak laman web untuk info lanjut dan berapa bayaran tol untuk lalu jalan ini.

Dengan kunjungan ke 2 lokasi ini lengkap sudah aktiviti pada hari ketiga. Teruskan pemanduan ke tempat penginapan  di pekan Kaprun.

Malam 3️⃣: Kaprun

Day 4️⃣:
Selepas sarapan, akan bergerak menuju ke negara baru hari ini iaitu Slovenia.
Untuk hari ini, ada 2 destinasi wajib yang akan dikunjungi iaitu Vintgar Gorge yang menjadi sebahagian dari Triglav National Park.

Bayaran masuk adalah 9 euro.

Kurang 15 minit pemanduan, anda boleh ke Lake Bled iaitu satu lagi Unesco Site di Slovenia

Untuk memandu di Slovenia, anda dikehendaki membeli sticker. Harga bergantung kepada berapa hari anda berada di negara tersebut. 
Jika didapati anda memandu di Slovenia tanpa sticker atau sticker tamat tempoh, bersedia untuk membayar denda yang tinggi.

(Konsep bayaran tol di sini macam bayar roadtax di negara kita.)

Untuk hari ini, anda boleh menempah tempat penginapan di pekan Bled sahaja.

Malam 4️⃣ : Bled

Day 5️⃣ : Hari kelima biasanya saya akan jadikan sebagai buffer day. Maksudnya, aktiviti santai dan tidak terlalu padat.
Pada hari ini, kita boleh basuh baju atau lakukan aktiviti kegemaran masing2.
Dalam travel, kita tak perlu terlalu taksub nak cover sebanyak mungkin lokasi.
Just chill dan santai2 je.

Dan, disebabkan itu saya memilih untuk ke negara Itali ( xde dalam plan asal).
Di Itali, saya akan singgah di pekan bernama Trieste. Tapi sebelum tu saya akan singgah ke satu bandar cantik yang menghadap lautan Adriatik bernama Piran.
( dari segik rekabentuk bangunan, ia lebih kurang sama seperti kota Dubrovnik di Croatia)

Uniknya pekan ini, kereta tidak dibenarkan di bawa masuk.

Setiap pengunjung perlu tinggalkan kereta di kawasan letak kereta yang disediakan sebelum menaiki shuttle bas percuma ke pusat bandar.

Selepas relaks bersantai di kota ini, pemanduan diteruskan melintas ke negara Itali untuk ke bandar Trieste.

Tiada yang menarik di bandar ini, cuma ia menjadi port untuk kapal cruise setinggi 10 tingkat berlabuh sebelum penumpang dibawa menaiki bas ke destinasi2 menarik seterusnya. 
Selesai bersantai di 2 kota ini, anda boleh menyambung semula pemanduan ke kota Ljubjana.

Jika tiba awal, boleh luangkan masa bersiar2 dengan berjalan kaki di oldtown Ljubljana sambil menyaksikan penghibur jalanan dengan pelbagai gelagat mereka.

Malam 5️⃣ : Ljubjana

Day 6️⃣ :
Hari ini pemanduan agak jauh iaitu dari Ljubjana ke Plitvice National Park di negara Croatia. Perjalanan sejauh 200 km mengambil masa levih kurang 4 jam selepas beberapa stop breakfast dan toilet

Jika bertolak jam 5 pagi, dijangka tiba jam 9 pagi. Tiket berharga 100 kuna. Sebaiknya, habiskan lebih kurang 4 atau 5 jam di dalam National Park ini.

Setelah puas bergambar dengan puluhan air terjun cantik di sini, perjalanan diteruskan lagi ke ibu kota Croatia iaitu  Zagreb. Perjalanan sejauh 130 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan ke Zagreb, boleh singgah bergambar di kampung cantik bernama Rastoke.

Malam 6️⃣: Zagreb

Day 7️⃣:
Setengah hari di sini bersiar-siar di sekitar ibukota Zagreb. Ada banyak restoran halal di sini. Jangan lupa ke Upper Town untuk saksikan panorama bandar  Zagreb

Jam 2 petang selepas solat Zuhur menyambung perjalanan ke kota Budapest di negara Hungary.

Perjalanan sejauh 345 km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kesesakan di pintu sempadan.

Sebaik tiba, check in dan terus rehat

Malam 7️⃣: Budapest

Day 8️⃣ : Hari ini seharian explore bandar Budapest. Kereta cuma park di hotel dan bergerak menaiki pengangkutan awam seperti Tram, bas dan metro. Day Pass berharga 4.5 euro dan sah selama 24 jam.

Jika ada bajet lebih, boleh naik cruise melihat suasana matahari terbenam di Dunabe River dengan kos 20 euro.

Malam 8️⃣ : Budapest

Day 9️⃣: Trip sudah hampir ke garisan penamat. Hari ini anda boleh memandu semula ke Vienna. Tapi dalam perjalanan boleh singgah di kota Bratislava yang terletak di dalam negara Slovakia.

Berhenti rehat sambil melawat oldtown dan Bratilava Castle sambil makan tengah hari di sini.

Perjalanan bersambung ke kota Vienna. Selesai menghantar kereta di airport, masing2 bergerak ke ibu kota Vienna. Dari airport ke Vienna, ada 2 pilihan iaitu fast train dan slow train. Fast train dikenali sebagai CAT dengan tiket one way berharga 12 euro.

Pilihan kedua lebih jimat iaitu 24 hours tiket dari airport ke airport berharga cuma 11.60 euro. Pastikan anda naik train S7 atau mana2 Regional train yang berhenti di Wien Mitte.

Dari Wien Mitte, anda boleh ke Central Station menaiki metro.

Malam 9️⃣: Vienna

Day 🔟 : Hari terakhir trip. Bersiar- siar di kota Vienna. Tak payah risau sesat sebab ada day pass. Kalau malas nak jalan kaki, duduk je dalam tram dan saksikan keindahan kota Vienna dari atas tram.

Jam 5 petang bertolak ke airport untuk flight lewat malam ke Kuala Lumpur.

Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...