Thursday, January 16, 2020

Ragam Negara Asia TengahTengah- Turkemenist & tan-tan yang lain.

Intisari kembaraan Old Silk Road, melalui negara Iran, Armenia, Georgia, Nagorno Karabakh, Azerbaijan, Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Turkmenistan dan berakhir di Xian, China. 

Alhamdulillah pada bulan Ogos 2018 saya berpeluang melawat negara Turkmenistan, Tajikistan dan Uzbekistan dan sekali lagi pada bulan September saya melalui laluan negara Old Silk Road mulai dari Iran hingga ke Xian China. 

Ini bermakna saya telah menjejaki kesemua negara Stan Central Asia iaitu Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Kazakhstan disamping negara Caucasus Armenia, Georgia, Nagorno Karabakh dan Azerbaijan. 

Ada beberapa kesimpulan yang boleh saya buat terhadap negara negara Silk Road ini berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembacaan selama perjalanan kembara ini. 

(Ianya hanya pendapat saya dan mungkin pengembara lain mempunyai pandangan yang berbeza melalui kaca mata masing-masing). 

Pada hemat saya:

1. Negara yang dapat merubah persepsi dengan ketara sebelum dan selepas lawatan. 
Iran. 

Sebelum ke Iran bermacam macam saranan saya dapat dari sedara mara dan sahabat handai. 

"Jangan ngaku ko sunni, nanti kena sembelih"
"Jangan solat dimasjid syiah, nanti depa sertu ruang solat mu"
"Masjid syiah berkiblat Karbala"
"Ayah kamu nama Omar, imigresen sana tak benarkan masuk"

Apabila berada di Tehran, Shiraz dan Isfahan saya dapati semuanya aman, bandar dan perkampongan sana bersih, sistem jalan raya dan metro efisen dan teratur (ada signal 3G dalam metro), tandas awam mereka bersih dan kebanyakan orang Iran friendly. 

Banyak tohmahan saya dapati tidak berasas dan orang awam disana tidak kisah samada anda sunni atau syiah. Kemana saya pergi mesti ada yang bertanya samada saya perlu pertolongan dan mereka sangat curious dengan travellers. 

Trip ini telah merubah semua persepsi negatif saya terhadap Iran dan orang parsi. 

2. Negara tercantik di Central Asia. 
Kyrgyzstan

Banjaran Tian Shan dan Pamir merangkumi kebanyakan kawasan di Kyrgyzstan dan dengan 2000 tasik ianya menjadikan Kyrgyzstan negara tercantik di Central Asia. 

Apabila berada disana saya berasa saperti di New Zealand, Switzerland dan Norway 'all put into one'. 

3. Negara paling strict, tertutup, police state dan paling susah untuk mendapat visa. 
Turkmenistan. 

Kemana pergi polis ada merata memerhati anda dan semasa di perbatasan penuh dengan birokrasi dan pemeriksaan 100% yang menyulitkan pelawat. 

Rokok dan quran tidak dibenarkan bawa masuk kenegara ini. Kereta yang kotor boleh disaman oleh Polis di Ashgabat. Merokok tidak dibenarkan diluar bangunan walaupun tempat lapang kecuali tempat yang dikhaskan. 

Satu couple swiss yang saya terserempak di Bel Tam Yurt Camp Isyyk Kul terpaksa menunggu 8 bulan sebelum mendapat kelulusan visa Turkmenistan setelah di temuduga. 

4. Negara yang mempunyai ramai penduduk yang cantik dan segak. 
Turkmenistan dan Iran. 

"You have got to see for yourself to believe". Period. 

5. Pemandangan paling mengamit jiwa. 
Dervaza Gate of Hell, Turkmenistan. 

Terasa saperti di neraka melihat api membakar batu didalam crater yang luas walhal neraka adalah lebih dahsyat. 

6. Pemandangan paling aman dan nyaman.
Kyrgyzstan

Panorama indah padang ragut hijau seluas mata memandang berbelakangkan snow cap rugged mountains dengan beribu binatang ternakan kuda, yak, biri-biri dan lembu di Kyrgyzstan. 

7. Negara paling beragama. 
Iran 

8. Negara paling penuh birokrasi diairport/perbatasan. 
Uzbekistan

Semua pelawat terpaksa mengisi borang deklarasi kewangan dan mengisi semula jumlah wang yang dibawa keluar setiap sen. Di border terpaksa melalui 4 kali x-ray bag. 

9. Negara paling ketat pemeriksaan sekuriti di airport/perbatasan. 
China. 

10. Tempat yang terdapat cuisine paling sedap dengan selera orang Malaysia. 
Urumqi China. 

11. Negara paling murah untuk pelawat dan mempunyai tandas awam terbersih. 
Iran. 

12. Negara paling mahal untuk pelawat.
Georgia dan Azerbaijan. 

13. Negara dengan pemandangan paling serabut.
Azerbaijan. 

Banyak mechanical donkey bertaburan disekitar bandar Baku mengorek minyak. 

14. Negara paling demokratik. 
Kyrgyzstan. 

Pilihanraya diadakan secara berkala dan pertandingan presiden sangat sengit ala sistem Amerika. 

15. Negara paling banyak masjid. 
Kyrgyzstan dan Iran. 

16. Negara yang penuh dengan monumen.
Uzbekistan. 

Bukhara, Samarkand dan Khiva adalah bandar yang banyak monumen Unesco World Heritage Site. 

17. Negara dimana memakan daging kuda diharamkan dan boleh dikenakan jail. 
Turkmenistan. 

Di negara Uzbekistan dan Kyrgyzstan daging kuda adalah delicacy tetapi diharamkan di Turkmenistan. 

18. Negara Islam paling ramai perempuan bertudung dan free hair. 

Bertudung - Iran, Tajikistan. 
Free hair - Kazakhstan, Uzbekistan, Azerbaijan. 

19. Tempat dimana mengambil foto dianggap pelik dan ibu kota paling boring. 
Dushanbe Tajikistan. 

20. Negara yang paling kurang penduduk. 
Turkmenistan. 

80% kawasan negara dipenuhi Korakum desert dengan 5 juta penduduk mendiami negara 1.5 ganda seluas Malaysia. 

21. Negara termiskin di Central Asia. 
Tajikistan. 

Negara ini tidak mempunyai apa apa natural resources kecuali air dan ekonomi nya berdasarkan pertanian. 

22. Negara yang tiada sistem pemanduan tetap. 
Kyrgyzstan dan Georgia. 

Dinegara ini banyak kereta mepunyai steering disebelah kanan dan kiri. Rakyat boleh memilih untuk mengimpot kereta dengan steering dikiri atau kanan mengikut selera masing masing. Walaupun begitu pemanduan kereta adalah disebelah kanan jalanraya. 

23. Negara yang mempunyai harga petrol termahal. 
China. 

Secara purata harga seliter adalah Rm4.50 di China. Di negara Stan harga petrol bersamaan dengan Malaysia. 

24. Ibu negara termoden di Central Asia. 
Ashgabat Turkmenistan. 

Ashgabat adalah 10 ganda lebih besar dari Putrajaya tetapi nampak lengang. 

25. Negara yang memerlukan VPN untuk FB dan Whatsapp. 

Semua negara Stan, Iran dan China kecuali Kyrgyzstan. 

26. Negara yang mempunyai Signal telco 4G. 
China dibandar besar. 

Internet speed negara Stan sangat perlahan dan masih dengan signal Edge (E) dan jarang 3G. 

27. Negara yang mempunyai ramai penduduk
China (1.4 billion) dan Iran (80 million). 

28. Matawang paling besar, paling lusuh dan paling memeningkan. 

Matawang Iran adalah rial (IRR) dengan denominasi 2,000, 5,000, 10,000, 20,000, 50,000, 100,000 rials. Tetapi toman kebiasaan digunakan dimana 1 toman-10 rial. 

100,000 rial - 10,000 toman ~ Rm 12.36

Pekedai tidak menyebut samada harga mereka rial atau toman dan ini selalu menyebabkan salah faham. Duit kertas Iran banyak yang lusuh dan koyak rabak. 

29. Penduduk negara yang tidak 'tourist friendly' (hanya pendapat saya). 
Georgia. 

30. Negara yang mempunyai harga hotel paling mahal tetapi tambang bas dan teksi yang termurah. 
Iran. 

31. Negara yang mempunyai harga makanan paling murah. 
Iran. 

Dengan Rm10 anda boleh makan set lunch dengan kenyang. 

32. Negara yang mempunyai hawa yang sangat sejuk  berbanding negara bersebelahan. 
Kyrgyzstan. 

Autumn dan Winter menjelang awal di Kyrgyzstan kerana faktor banjaran Tian Shan dan Pamir.

33. Negara dimana rakyatnya masih ramai tinggal di yurt (khemah nomad) dengan kehidupan mengembala. 
Kyrgyzstan. 

34. Negara yang paling kurang birokrasi disempadan. 
Tajikistan. 

35. Negara paling kaya di Central Asia. 
Kazakhstan dan Turkmenistan kerana industri O&G. 

36. Negara yang mengharamkan azan dengan pembesar suara di Central Asia. 

Semua negara Stan kecuali Kyrgyzstan. 

37. Negara yang mempunyai sistem jalan raya yang moden. 
China. 

38. Negara yang mempunyai sistem imigresen yang canggih dan sistematik di perbatasan.
China. 

39. Negara yang banyak mengenakan caj untuk melawat monumen dan tempat tarikan. 

Iran mengenakan caj minima Rm10 untuk kemasukkan kesemua tempat monumen sama seperti di Indonesia. 

40. Simcard data paling murah. 
Iran. 

Harga 3GB data berharga Rm40 oleh Irancell.

41. Negara yang serba serbi mahal. 
Georgia dan Azerbaijan. 

42. Negara paling kotor. 
Uzbekistan. 

43. Negara paling bersih. 
Turkmenistan. 

44. Negara yang dipenuhi desert. 
70% Turkmenistan dipenuhi Karakum desert. Kemana pergi hanya nampak padang pasir sejauh mata memandang. 

45. Negara yang tidak pernah dijajah. 
Iran. Kebanyakan monumen di Iran ‘intact’ dan terjaga walaupun berusia beribu tahun. 

46. Negara yang mempunyai ramai teenagers trendy. 
Kazakhstan. Teenagers Kazakh berpakaian seperti di Eropah sangat trendy, up to date dan rangi. Ramai dari mereka grad dari Universiti private di Malaysia. 

47. Negara yang mempunyai banyak masjid. 
Uzbekistan dan Iran. 

48. Negara paling kurang masjid. 
Tajikistan, Turkmenistan dan Azerbaijan. 

49. Negara paling ramai muslimah berhijab. 
Iran dan Tajikistan. 

50. Negara paling kurang muslimah berhijab. 
Azerbaijan dan Kazakhstan. 

51. Negara yang perlu visa untuk Malaysian. 
Azerbaijan, Tajikistan dan Turkmenistan.

52. Negara yang tidak welcome turist dan tidak ‘tourist friendly’. 
Turkmenistan kerana jarang meluluskan visa pelancung pada orang luar. 

53. Negara dimana kereta akan disaman jika kotor bila memasuki bandar. 
Turkmenistan. 

54. Negara yang haramkan merokok diseluruh negara kecuali ‘smoking zone’. 
Turkmenistan. 

55. Negara dimana mengambil gambar dengan camera masih dilihat pelik. 
Tajikistan. 

56. Bandar tercantik dilaluan Old Silk Road. 
Esfahan. 

57. Makanan paling popular dinegara stan. 
Pilof rice atau briyani. 

58. Negara paling friendly. 
Iran. 

59. Negara paling unfriendly. 
Georgia. 

60. Negara yang berperang dengan semua jiran mereka. 
Armenia masih ‘technically at war’ dengan Azerbaijan, menutup perbatasan dengan Turkey dan tidak berbaik dengan Georgia dan Iran. 

61. Negara yang masih membuka laluan untuk migration kedalam negara mereka.
Armenia. 

62. Jalan paling mencabarkan dinegara stan. 
Pamir highway melalui pergunungan dan melintasi Afghanistan, Uzbekistan,Tajikistan, dan Kyrgyzstan sepanjang 1252 km. 

Apa perasaan dihati saya setelah memerhati keadaan kebanyakkan orang Islam dinegara Stan selama berkembara disana?

Rasa tersangat bersyukur dilahirkan seorang Muslim dinegara tersayang Malaysia. Alhamdulillah. 

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Disclaimer:

The views and thoughts expressed in this writing are solely my personal opinion. Whoohaaa!!

* pemandangan indah pergunungan di Tajikistan.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...