Wednesday, January 1, 2020

Pengalaman Indah & Murah Naik Heli di Faroe Islands

Itu hari masa di Klaksvik saya ada janji nak share macam mana nak naik helikopter di Faroe Islands, harga sekitar Rm70 sehala.

Di negara pulau ni, selain dari feri, helikopter pun jadi pengangkutan penting.

Sebab bila feri tak boleh belayar kerana cuaca buruk, pilihan alternatif adalah helikopter.

Harga naik helikopter pun tak mahal. Antara 85 DKK (rm50) hingga 360 DKK (rm222). Harga bergantung kita naik kat mana dan turun kat pulau mana.

Pada awalnya saya plan nak ride dari Vagar ke Torshavn - tambang 215DKK (rm132), atau Vagar ke Mykines - tambang 145DKK (rm80). Tempoh terbang 12 minit untuk 2 pilihan ni. 

Tapi alang2 dah harga mampu naik, kita cuba cari yang boleh naik lama sikit, tapi harga lebih murah.

So saya jumpa ride dari Klaksvik ke Kirkja di Pulau Fugloy. 

Ride 20 minit sehala.
Harga 110 DKK (RM68).

Pulau Fugloy adalah paling ke utara dalam kelompok kepulauan Faroe. Saiz pulau juga sangat kecil dan penduduk pun tak ramai. Hanya 25 orang. Ada 2 kampung kat pulau ni. 

Kenapa tambang helikopter murah sangat?
Sebab ini harga subsidi kerajaan Faroe untuk rakyat dia.

Tapi ada syarat nya nak naik helikopter.

1. Hanya boleh book seminggu sebelum tarikh penerbangan.

2. Seat terhad. Max hanya 10 seat untuk satu2 trip. 

3. Hanya boleh naik sehala untuk hari yang sama. Kalau tak nak bermalam kat pulau tu, kena naik feri untuk balik ke pulau utama. Dalam kes kami, kena naik feri balik ke Klaksvik.

4. Max beg / barang boleh bawa naik 23kg seorang. 

5. Operasi dijalankan oleh Atlantic Airways. Jadi, nak book tiket kena beli kat website Atlantic Airways.

6. Jadual penerbangan helikopter hanya 3 kali dalam seminggu (untuk winter) - rabu, jumaat, ahad.

Part ni kena ejas dan plan itinerary betul2.

7. Tapi kan. Kita juga boleh cancel tiket booking paling lewat 24 jam sebelum penerbangan. Kiranya kalau cuaca tak okey dan takut terperangkap, tak dapat keluar dari pulau yang kita nak pergi, masih sempat cancel sebelum 24 jam tempoh terbang.

Berbalik ke kisah kami.

Kita nak naik helikopter ni weih. Tambang dia pun murah. Kat Malaysia ride KL - KB saja pun ada yang bayar sampai rm30K masa raya hari tu.

Kita kat sini boleh dapat Rm70 jah. Senyum ke telinga lah kita macam ni. Haha.

Seminggu sebelum tarikh terbang, saya book tiket. Sebelum tu ada lah 4 ke 5 kali double cek cuaca, cek itinerari semua. Nak pastikan plan kami okey dan tak ke laut dalam. 

Tapi sejak 2 hari sebelum tarikh naik helikopter, cuaca tak okey pulak.

Angin, hujan, salji bersilih ganti. Memanjang mendung.

Bila tengok cuaca dah macam ni, dalam kepala saya dok risau macam mana nak balik dari Fugloy ke Klaksvik lepas turun dari helikopter nanti.

Ada ke feri yang beroperasi pada hari tu. Sebab bila cuaca tak okey, feri tak boleh belayar ke Fugloy. Pulau ni dah lah paling jauh, terletak di laut terbuka pulak tu.

Pendek kata, bila di pulau terbuka, takde halangan dari tiupan angin kuat dari lautan atlantik.

Hotel pun tak ada kat pulau tu. 

Fikir punya fikir, saya hantar mesej ke host homestay. Mintak pendapat dia. Sambil tu tanya jugak kat mana lagi saya boleh rujuk untuk dapatkan ramalan cuaca yang tepat.

Masa ni lah dia wish "welcome to the land of maybe". Haih. Nak bergurau agak2 lah. Aku tengah pening nak naik ke nak cancel trip helikopter. 

Masa ni jugak dia nak wish bagai. Kalau wish awal2 masa baru book rumah dia dulu kan senang. Haha. 

Tapi lepas tu dia bagitau. Nanti dia cuba contact feri operator. Tanya esok ada tak belayar ke Fugloy. Tapi tadi dia dah tanya, orang tu kata tak boleh confirm lagi. Esok pagi baru boleh confirm selamat ke tak nak belayar. Semua kena ikut keadaan cuaca. 

Ok. Kita tunggu esok. Nak cancel tiket pun dah tak boleh. Masa 24 jam tempoh cancel booking dah habis. Berserah saja lah kita. 

Esok pagi host hantar mesej. Confirm feri ke Fugloy tak ada hari tu. Cuaca tak okey. So tak boleh belayar.

Apo lah nasib. Ramalan cuaca kata cuaca okey, ceria, gembira. Siap letak matahari kat atas awan. Hakikat dan realiti lain benar. Pakej hujan, salji dan angin pulak dia bagi.

Kat seberang sana salji dah sampai ke gigi air di pulau sebelah. Sebelum ni salji dok main putih kat atas je. 

My bad. Saya balas sambil letak emoticon sedih.

Tapi lepas tu host bagi idea. Dia cadangkan kami pergi je dulu ke heliport di Klaksvik. Nanti kat sana tanya kat pejabat, boleh tak kami nak beli tiket balik untuk helikopter.

Kiranya kami naik heli untuk return trip, tak turun dari heli bila dah sampai di Kirkja, Fugloy. 

Eh? Boleh ke buat macam ni? Kan dalam T&C masa beli tiket dah cakap hanya untuk single trip?

Host jawab : tak salah cuba bertanya. Kat land of maybe ini ada masa dorang perlu fleksible atas faktor cuaca.

Haaa.. Lega rasa hati lepas baca mesej host.

Jadi pagi tu jam 11 kami ke heliport di Klaksvik. Bila nampak je kami, pakcik jaga tiket bagitau hari ni takde feri dari Fugloy. Feri tak boleh belayar.

Tapi kan. Masa tu cuaca elok je sebenarnya. Pelik jugak dorang ni beria bagitau cuaca tak okey.

Kami anggukkan saja sambil tanya boleh tak kami nak naik jugak heli. Nanti sampai Fugloy kami tak turun. Ikut heli patah balik ke Klaksvik.

Pakcik tiba2 macam pening sambil garu kepala. Laahh. Tak  berapa faham English rupanya.

Mujur masa tu ada sorang perempuan tempatan tengah tunggu heli, nak ke Fugloy jugak.

Dan mujur juga saya dah awal2 senyum dan tegur dia. Jadi tak kekok sangat lah nak mintak tolong.

Saya pandang Yohanna dan mintak dia explain ke pakcik. Mudah kerja kami. Pakcik faham dan mula tulis nama kami dalam buku log penumpang heli, tulis rekod untuk tiket dari Kirkja - Klaksvík. 

Lepas tu kami bayar harga tiket pakai kad. Harga masih sama untuk tiket patah balik 110DKK (rm68) seorang.

Harga untuk kanak2 bawah umur 12 tahun pula dapat 50% diskaun. Hanya 55DKK (rm34). 

Untuk tiket pergi kami dah bayar online masa buat booking seminggu lepas. 

Dah selesai hal tiket saya pergi jumpa Yohanna, cakap terima kasih tolong kami. Sambil tu seluk poket dan hulur sebijik gula-gula dari Malaysia. Orang berbudi kita berbahasa kekdahnya.

Yohanna, I don't have anything special to give you. But I have this candy. I bring it far away from Malaysia.

Yohanna ambik, belek gula2 sambil senyum dan cakap terima kasih. Lepas tu dia simpan. Bila entah dia nak makan. Silap gaya buat kenangan terus. Haha.

Lepas tu tiap kali pakcik dan kami kena bersembang, Yohanna mesti interframe dan terangkan ke pakcik. Ada masa dia translate ke kami apa pakcik cakap.

Masa menunggu heli ni juga ada sorang lagi pakcik datang nak naik. Dia ni pun tak berapa faham English.

Tapi features muka dia macam Yahudi, hidung bengkok. Saya syak pakcik ni yahudi yang menetap di Fugloy.

Atas bawah dia pandang kami sambil berbual dengan Yohanna. Apa entah dia tanya. Nak bagi gula2 kat pakcik, gula2 dah habis. So mampu sengih je. 

Tiba masa naik heli....

Pengalaman pertama naik heli ni weih.

Semua diberikan penutup telinga. Bising rupanya heli ni. Haha. Dah pakai penutup telinga baru okey sikit.

Yang naik hanya kami berlima + 2 orang tempatan (Yohanna dan pakcik yang saya agak dia Yahudi tu).

Sepanjang heli terbang, sakan lah kami tengok view dari atas. Depa dua pun sakan jugak. Sakan tengok gelagat kami. Huhu.

Hingga lah sampai kat satu kawasan berkabus tebal.

Langsung tak nampak apa pun kat situ. Ini lah punca feri tak boleh belayar ke Fugloy agaknya.

Tiba di Fugloy, 2 orang tu turun. Kami pula hanya mampu tengok. Ingatkan boleh lah rasa pengalaman belayar balik dengan feri pulak. Tapi takde rezeki.

Kat sini hanya sorang penumpang naik dengan anjing dia. Tapi anjing masuk sangkar, letak di bahagian barang.

Mamat ni pun sama. Atas bawah dia tengok kami. Kami pun atas bawah jugak lah balas tengok dia balik. Sebab bau dia... masya-Allah sedap semacam. Bau kambing. Hahahah 😆

Tapi sambil saling balas membalas tengok atas bawah tu kita bagi senyuman jugak lah. Takkan nak buat muka samseng kat tempat orang.

Sepanjang terbang balik, sekali lagi kami layan view dari atas hingga tiba semula di Klaksvik. Alhamdulillah ada jugak rezeki dan pengalaman baru naik heli. Haha.

Okey korang. Tu je lah kisah naik heli.

Ini saya anggap rezeki kami. Sebab kalau ikut kan T&C kat website memang tak boleh buat macam ni.

Dan sebenarnya ada pakej lain untuk naik heli for viewing purpose. Harga dia memang sedap lah.

Sorang 1250DKK (rm770) untuk penerbangan selama 20-30 minit dari Vagar. Jauh beza dengan harga subsidi. Haha.

Dan saya rasa kemungkinan syarat naik heli untuk pelancong asing akan diketatkan di masa depan tetap ada.

Terutama bila makin ramai pelancong datang ke pulau ni.

Dari bacaan saya juga, dalam bulan March atau April tahun depan ada perancangan untuk direct flight dari USA ke Faroe Islands.

Bila dah ada flight macam ni, confirm mat saleh US akan mula datang beramai-ramai sebab dah ada akses yang mudah ke Faroe Islands.

Okey. Tu je. 

Ida

* ada penerangan di setiap gambar

**korang boleh cek harga tiket dan route heli di https://www.atlanticairways.com/en/helicopter

*** harga dalam RM berdasarkan kadar tukaran semasa dari Kroner Faroe ke ringgit Malaysia ketika kami masih di Faroe Islands.

**** yeay dah habis benda nak tulis untuk trip ni. 🕺

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...