Monday, April 6, 2020

Beautiful of Semporna, Sabah.


NUSAKUYA RESORT SEMPORNA 

Pengalaman stay di NUSAKUYA RESORT SEMPORNA

πŸ‘‰πŸ» View yang super cantik dan awesome. Tenang je dekat sini. Time saya pergi tak ramai orang. So tak busy sangat dengan guest2 lain. 

πŸ‘‰πŸ» Masuk je bilik, wahhh cantik gila. Bilik dilengkapi dengan katil dan tilam yang lembut macam hotel 5 bintang. Dalam bilik ada TV, mineral water, tuala, toiletries macam berus gigi, sabun. Ubat gigi ada tapi kena bawak extra juga sebab kecil je ubat giginya. Sesiapa yang nak guna iron dan hair dryer boleh minta dekat staff. Nanti diaorang hantar dekat bilik. Bathroom siap  ada water heater juga tau. Sejuk2 mandi laut, boleh mandi water heater pula. Bilik disini ada aircond tau. Tapi aircond start pukul 6petang-6pagi saje

πŸ‘‰πŸ» Dari bilik boleh nampak sea view and paling special ada tangga direct to water. Bangun je pagi terus terjun laut. Exercise pagi.Waktu sesuai mandi time pagi and petang. Kalau tengah hari air dah mula surut. Best kalau pergi dengan family. Boleh mandi2 dengan family depan bilik. Paling best bangun pagi selak langsir boleh tengok view laut pagi2. Serious tenang giler. Dekat balcony ada daybed, petang2 boleh baring2 sambil tengok laut.

πŸ‘‰πŸ» Part makan pula. Breakfast buffet. Kalau lunch and dinner ramai guest. Resort akan sediakan makanan secara buffet. Macam time saya tak ramai guest, so staff kitchen serve dekat meja makan. Untuk dinner boleh la rasa macam seafood macam ketam, sotong, ikan. Sesiapa yang nak makan lobster, boleh order tapi kena bayar extra. For me, makanan sedap2 dekat sini. Ada air sejuk dan buah untuk setiap meal. 

πŸ‘‰πŸ» Malam2 kalau bosan dekat bilik boleh main snooker. Kalau speaker okay, nak karaoke pun boleh. Nak lepak dekat bawah cafΓ© pun boleh. Duduk baring dekat kerusi sambil tengok bintang bulan. Hahaha. Ada rezeki boleh tengok penyu malam2 dekat resort. Penyu datang singgah say hi.  Petang2 pukul 6 dah kena keluar bilik nak tengok sunset.

πŸ‘‰πŸ» Kalau nak mandi laut, life jacket, snorkeling equipment and fin boleh minta dekat staff. Nanti staff akan bagi. Kalau nak pergi island hopping boleh juga ambil package dengan resort. Nanti resort akan arrange kan. Kena bayar extra charge kalau nak pergi island hopping. Sebab harga tidak termasuk pakej island hopping. 

Sangat berpuas hati stay di Nusakuya Resort. Service yang tiptop, staff friendly, makanan sedap, bilik and view cantik. Walaupun price agak mahal berbanding resort lain, tapi service berbaloi dengan harga.
Nie date trip before PKP. Seminggu sebelum PKP. Sempat la juga pergi travel sebelum kena kurung dalam rumah πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Sesiapa yang nak pergi Semporna lepas covid ni, boleh la stay di resort ni. Really recommended. 

Nak tahu price/package boleh direct dengan resort Nusakuya Resort

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...