Thursday, April 2, 2020

Pengembaraan Bahtera Nabi Noh

Trip ibrah sandaran dari Al quran dan riwayat - bahagian 6. 

Awas catitan panjang. 

BANJIR BESAR DAN BAHTERA NABI NOH AS. 

Apabila berada di Mardin South-Eastern Turkey saya boleh saksikan tanah disekeliling mendatar sejauh mata memandang. 

Ianya dikelilingi gunung ganang yang melingkar kawasan yang dulunya dinamakan sebagai Mesopotamia dengan Sungai Tigris dimana lahirnya Assyrian empire. Saya boleh imagin kawasan ini seperti sebuah kuali besar. 

Trip begini memang saya sangat meminati di South-Eastern Turkey kerana banyak sejarah boleh diselongkar terutamanya seperti yang diterang dalam Al Quran. 

Hanya kita perlu membuat sedikit research dan pembacaan disamping meneliti alam sekeliling untuk menghayati cerita Al Quran berkenaan banjir besar dan Nabi Noh AS. 

Al quran surah Hud ayat 11:42 menerangkan banjir besar dizaman Nabi Noh:

''So the Ark floated with them on the waves (towering) like mountains, and Noah called out to his son, who had separated himself (from the rest): "O my son! embark with us, and be not with the unbelievers!"
              - Al quran 11:42

Adakah banjir besar pernah berlaku pada zaman Nabi Noh a.s. pada satu masa dahulu? 

Jawapan tentunya YA, kerana kita beriman dengan Al quran. 

Apa buktinya?

Ok mari kita baca pendapat ahli ahli saintis yang bukan Islam berkenaan banjir besar ini. 

Walter Pitman dan William Ryan adalah dua orang geologist dari Columbia University New York dan mereka telah membuat hipotesis bahawa satu banjir besar telah berlaku pada sekitar 8,400 tahun dahulu pada akhir zaman Ice Age. 

Dari kajian mereka:

1. Semasa Ice Age, Black Sea adalah tasik air tawar yang dikelilingi oleh farmlands penuh dengan aktiviti pertanian. 

2. Semasa akhir zaman Ice Age, cuaca dunia menjadi lebih panas dan glacier yang banyak di Hemisfera Utara mulai cair dan menyebabkan kenaikkan paras air laut. 

3. Topologi laut yang unik menyebabkan lautan Mediterranean dan Aegean melimpah dan arus laju menolak dengan kuat melalui Bhosporus Straits yang sempit ke Black Sea. 

Kekuatan air yang meluncur (funnel effect) melalui Bhosporus straits yang narrow diibaratkan saperti kekuatan 200 kali ganda tsunami yang menghentam Aceh pada tahun 2004 (cuba bayangkan bagaimana dahsyatnya kekuatan 200 kali ganda tsunami saperti apa yang berlaku di Aceh. 

Tsunami Aceh itu pun sudah menyebabkan kematian ratusan ribu manusia dan kerosakan melata, apatah kekuatan 200 kali ganda!)

4. Ini menyebabkan banjir besar dikawasan Black Sea dan menenggelamkan 150,000 sq km kawasan berdekatan. (saiz itu adalah lebih besar dari Peninsular Malaysia yang bersaiz 130,000 sq km). 

Pada tahun 1999, explorer maritim Bob Ballard membuat expedisi menggunakan submarine robotik ke dasar Black sea. 

Ballard menjumpai species freshwater dan saltwater mollusk shells (sejenis siput). Radiocarbon dating mendapati shells tersebut berusia 7000 tahun. 

Ini menguatkan teori geologist Ryan dan Pitman bahawa berlaku banjir besar sekitar 5000 BCE. (Black sea sekarang adalah saltwater dan ianya freshwater lake 7000 tahun dahulu akibat banjir besar ini). 

Pada tahun 1928 dan 1929 penggalian arkaeologist di Ur dan Kish Iraq mendapati 10 kaki lapisan tanah liat (mud) diatas tempat tempat tinggal tamadun mesopotamia. 

Ini menggukuhkan lagi teori bahawa banjir besar telah berlaku dan menenggelamkan semua dwelling tamadun mesopotamia dan meninggalkan kesan tanah liat diatasnya. 

Cuba imagin jika hujan lebat tanpa henti berbulan bulan pada masa yang sama dan menyebabkan sungai Euprates/Tigris, dan tasik Van overflow dikawasan itu. 

Jika semua fenomena ini berlaku serentak pada sekitar 5,000 BCE, maka berlakulah banjir besar saperti apa yang dinyatakan didalam Al quran. 

Soalan seterusnya:

1. Adakah banjir besar berlaku keseluruh dunia saperti cerita biblical/israelite atau disatu kawasan sahaja?

2. Siapa kah kaum Nabi Noh dan dari tamadun mana yang menerima bala Allah banjir besar itu?

3. Dimanakan terdampar nya bahtera nabi Noh as? Adakah ianya di satu puncak gunung Ararat yang tinggi 5000 meter (16,800 kaki)?

4. Masih kah ada kesan bahtera nabi Noh saperti yang diwar-warkan oleh beberapa explorer barat dan gambar satelit sebelum ini?

Tamadun diantara Sungai Euphrates dan Tigris adalah Sumerian, Akkadian, Babylon, Assyrian dan juga beberapa empayar kecil. 

Mari kita lihat timeline tamadun tersebut:

1. 5000-3500 BCE: Empayar Sumerian. 

2. 3500: Penulisan (writing) dicipta

3. 2300: King Sargon Akkadian mulai berkuasa

4. 2100: Kemerosotan empayar Sumerian

5. 1792-49: Empayar King Hammurabi Babylon bermula
 
6. 1530: Kekalahan Babylonia kepada empayar Kassites dan mulanya empayar Assyrian

Kajian dari beberapa saintis mendapati satu banjir besar telah berlaku pada sekitar 5000 BCE dikawasan antara Black Sea hingga ke banjaran Ararat, menenggelamkan 150,000 meter persegi kawasan. 

Banjir besar berlaku dikawasan ini sahaja (localised) dan kajian saintis menyangkal ianya berlaku diseluruh dunia pada pengakhir Ice Age. 

Kawasan ini yang dinamakan Mesopotamia dimana manusia mendiami kawasan fertile antara sungai Euphrates dan Tigris mulai 8000 tahun dahulu. 

Kebanyakan tamadun dunia berkisar dikawasan sungai yang fertile saperti tamadun Indus di Sungai Indus India dan tamadun mesir di sungai Nile. 

Apa yang dapat kita rumuskan setakat ini:

1. Banjir besar berlaku sekitar 5000 BCE

2. Dari Al Quran, Nabi Noh a.s adalah nabi yang diutus Allah untuk memberi dakwah kepada kaumnya yang engkar dan tidak kepada seluruh dunia. Allah akan memberi bala kepada kaum yang engkar sahaja sebagai pengajaran kepada kita semua kemudian hari. 

3. Dari Al Quran, Nabi Noh a.s telah berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya (fuuuh!!). 

4. Pada timeline, 5000 BCE adalah empayar kaum Sumerian dan ini bermakna kaum Nabi Noh a.s adalah orang sumer

5. Dalam Al Quran Bahtera Noh a.s terdampar di Gunung Judi. Hanya cerita biblical mengatakan ianya di puncak Gunung Ararat

6. Sepasang binatang seluruh dunia mustahil dapat dimasukkan kedalam sebuah bahtera (cerita biblical dan Israelite) tetapi boleh diterima akal jika setiap sepasang binatang dapat dikumpulkan dari satu kawasan saperti Mesopotamia sahaja

7. Al Quran tidak menceritakan bahawa banjir besar berlaku diseluruh dunia dan hanya terdapat didalam bible dan kisah Israelite. 

Dari salasilah 25 Rasul, Nabi Noh a.s adalah rasul yang ketiga diutus Allah, selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s. Ini bermakna jarak Nabi Adam a.s dan Nabi Noh a.s tentunya tidak jauh, antara ribuan tahun sahaja. 

Ada penafsir dan ahli sejarah Islam menyebut era Nabi Adam a.s pada sekitar 10,000 BCE (walhal Nabi Noh a.s  pada 5000 BCE dan Nabi Muhammad s.a.w pada 571 CE). 

Era Nabi Adam a.s jika diterima pada tahun 10,000 BCE, ianya adalah terlalu muda berbanding usia bumi yang berusia 4.54 billion. 

Ramai berpendapat (dan saya bersetuju) bahawa Nabi Adam a.s adalah bukan manusia yg pertama yang dicipta Allah didunia ini. 

Era dinosaur pula berakhir 65 juta tahun dahulu.

Siapakan Java man (fosil berusia 1 juta tahun), Peking Man (fosil 500 juta tahun) dan Lucy (fosil 3.2 juta tahun) yang disebut sebagai Homo Erectus yang dijumpai oleh arkaelogis di Pulau Jawa, Ethiopia dan China itu?

Saya ingin memetik idea saifulislam: 

Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. 

Firman-Nya:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)

Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30). 

Bagaimana malaikat boleh tahu bahawa terdapat golongan yang membuat kerosakan dan membunuh sebelum Allah mencipta Adam?

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. 

Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. 
Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai ‘man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. 

Adakah ianya manusia berbangsa Homo erectus atau Neanderthals sebelum modern man (homo sapien Bani Adam)?

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. 

Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. 

Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. 

Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi dan dicipta paling lengkap oleh Allah SWT seperti ayat berikut: 

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Al-Tin 95: 4)

Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. 

Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. 

Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. 

Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.

Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. 

Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Catatan ini adalah pandangan peribadi dari research dan kembaraan saya. 

Saya terbuka kepada semua pendapat baru yang bersandarkan bukti atau hipotesis yang teguh. Tulisan in tidak melibatkan iqtiqad kita pada Allah. 

Agree to disagree. Kalau disagree beritahu sebab apa dan sebutkan buktinya. Jangan melalut tanpa apa-apa bahan bukti. 

Wallahuallam 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
Kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...