Monday, April 13, 2020

Europe Backpacking.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya nak share simple itinerary sepanjang Travel di Eropah baru-baru ini. Saya detailkan sedikit ttg kos penginapan, kos pengangkutan dan pelbagai tips untuk kebaikan kita bersama. Moga bermanfaat.

Tarikh: 29 Nov - 24 Dis 2016 (pergi berdua)
Jumlah hari: 26 hari
Kos keseluruhan: RM6127.10

Negara: United Kingdom, Spain, Belgium, Hungary, Austria, Switzerland, Germany, Denmark, Netherlands, France, Italy + Vatican City.

Bandar: London, Liverpool, Barcelona, Namur, Brussels, Budapest, Vienna, Innsbruck, Zermatt, Berlin, Copenhagen, Amsterdam, Paris, Venice, Rome(termasuk Vatican City), Florence, Pisa dan Milan.
Butiran pecahan kos: 
1. Tiket flight Oman air KL-London ; Milan-KL RM1605.90
2. Pengangkutan antara bandar (flight domestik, bas & train: RM1789.30
3. Penginapan: RM1434.21
4. Duit poket (makan, subway/metro/tram dalam bandar, souvenir, pengangkutan dari/ke airport dan lain-lain): RM1192.69
5. Insuran Travel AXA: RM105

** Vatican City tu bergelar sebuah negara yang sah dan memegang title negara terkecil di dunia.hanya sebuah tempat yg sangat kecil. Keluasan 0.44 km sq je. Xsampai pun 1 km sq. Rakyatnya tak sampai 500 orang. Senang nak pergi. Ibarat attraction dalam Rome. Silap hari bulan,orang tak perasan ni negara walau dh jejak. Thats why saya guna simbol +. Kira bonus sesiapa yg pergi Rome. Bertambah bilangan negara kan☺
 
Penginapan, kos seorang, skor(per10) & review peribadi (RM1434.21)
**semua penginapan ada wifi

1. Barkston Room Earl's London 8 bed room hostel (bilik air luar). 7-8 min walk dari Earl Court Station: RM52.42/1 malam
7/10- agak selesa tapi tak berapa luas.tandas tak banyak. dekat dengan stesen. Book pada 1/11/2016

2. St Christopher Barcelona 12 bed room hostel (bilik air luar). 2-3 min walk dari Catalunya station: RM42.73/1 malam
9/10-selesa. Tiap katil ada tirai agar orang tak nampak kita. Dekat kawasan happening. Senang cari makan halal. Book pada 1/11/2016

3. Escale Hostel Brussels 8 bed room hostel (bilik air dalam bilik) 7-8 min walk dari Midi Station: RM94.50/1 malam
9/10-selesa dan luas. Agak mahal (namun hostel kt Brussels mmg rata-rata mahal-citytax sangat mahal). Dekat dgn tempat tunggu bas pergi Brussel Charleroi Airport. Dekat dgn Midi Station, stesen kereta api terbesar di Brussels. Book pada 6/10/2016

4. A&O Vienna HBF 6 bed room hostel (bilik air dalam bilik) 6-7 min walk dari Vienna HBF station: RM47.25/1 malam
10/10. Luas, bersih, murah tapi bukan betul2 kat City centre. Btw, sgt dekat dgn Vienna HBF Station iaitu stesen kereta api utama di Vienna.senang nak gerak untuk explore Vienna. Byk international Train dari sini. 
Highly Recommend. Book pada 26/7/2016

5. Nepomuk's B&B Innsbruck double room (bilik air luar)include breakfast. Betul2 tengah Bandar Innsbruck old town part: RM118.13/1 malam
10/10. Innsbruck boleh dikategorikan tempat yg mahal. Sini tak banyak Hostel. Hostel yg popular Youth Hostel tapi jauh dari bandar. Akhirnya jumpa yg kat tengah bandar- walk in. Sangat suprise. Harga kategori ok sbb betul-betul tengah old town. Merupakan rumah yang cantik, bersih. Ada simple breakfast. Highly Recommend. Walk in
6. Youth Hostel Zermatt 8 bed hostel include breakfast. 15-18 min walk dari Zermatt Station : RM396.90/ 2 Malam.
10/10 mengucap panjang kan tengok harganya? Haha. Switzerland mmg mahal. Kat sini lagi mahal. Tapi apa salahnya merasai pengalaman kan? Tingkap lobi, kitchen betul-betul menghadap gunung Matterhorn (gunung kat Coklat Toblerone). Bangun pagi breakfast tengok view super indah. Bilik pun selesa cuma tak luas sangat mcm A&O but for me everything perfect. kena naik tangga sikit utk ke Hostel ini. Kedudukannya membuatkan kita boleh melihat Matterhorn dgn jelas. Highly Recommend. Book  pada 22/3/2016

7.Ottaviani Hostel Florence 4 bed hostel. 5-7 min walk dari Firenze SMN station RM68.51/1 malam
6.5/10 agak sempit tapi tilam selesa. Jarak dgn tilam sebelah agak dekat. Book pada 11/11/2016

8. Prime B&B Pisa double room (bilik air luar) 8-10 min walk dari Pisa Airport, 12 -15 min walk dari Pisa Centrale station: RM66.15/1 malam
8/10. Dekat dgn Airport. Bilik besar dan selesa. Area Pisa Centrale station ada 2 kedai makan halal. Book pada 4/11/2016

9. Sunflower Hostel Berlin double room (bilik air luar) RM45.56/1 malam
9/10. Hostel yg bersih, cantik, murah dan selesa. Kawasan hostel agak sunyi esp malam tapi kalau jalan dlm 3-5 min dh jumpa supermarket, kedai-kedai dsb. Walk dlm 15 min ke Berlin wall. Highly recommend. Book pada 9/8/2016
10. Generator Hostel Copenhagen 8 bed room hostel: RM92.74/1 malam
9/10 bersih, selesa, ada 2 bilik mandi + 1 tandas dalam bilik yg berkongsi 8 orang. Dekat dgn attraction Copenhagen. Harga agak mahal tp berpatutan sbb Denmark pun negara yg agak mahal. Book pada 2/11/2016

11. Princess Hostel Amsterdam 12 bed room hostel (bilik air luar).betul2 depan tram stop (Overtoom): RM24.95/1 malam
6/10. sesuai utk tido je. Sgt sempit tapi tilam selesa. Bilik air tak banyak. Receptionist sgt friendly. Hostel ni saya dpt  5.28 Euro je.murah gila. Book malam sebelum pergi Amsterdam. Tengok rata-rata Hostel kt Amsterdam harga 10-15 Euro kategori murah termasuk Hostel ni. Kalau hostel ni tak drop ke 5 Euro, lebih baik cari lain. Rezeki sbb mmg time ni nk jimat. Highly recommend utk sesiapa yg nk jimat if dpt 5 Euro lah. Sapa nk bg tempat bermalam hanya 5 Euro? Siap ada wi-fi.siap bagi letak beg lepas check out. Dekat gan attraction pula tu. Book sehari sebelum check in

12. Beautiful City Hostel Paris: 6 bed room hostel (bilik air dalam bilik) include breakfast 8-10 min walk dari Belleville Metro Station: RM141.91/ 2 malam
9/10: Jauh dari centre Paris tapi accessible dgn Metro. Selesa, bersih, luas cuma bila dh nk sampai tu dlm 100m agak sunyi waktu malam tapi inshaAllah safe. Dekat dgn kedai nasi briyani halal 5 Euro. Banyak pula tu. Apapun korang kena tahu Paris byk scammer. Some station rasa tak secure. Pegawai stesen kt sana siap pesan hati-hati kat sini esp bila bawa beg sandang. **Btw kat mana-mana pun kena hati. Book pada 2/11/2016

13. Piave Hotel Venice (standard hotel with 2 breakfast): 7-8 min walk dari Venezia Mestre Train Station.RM82.91/1 malam
9/10 selesa, byk choice time breakfast, cantik. Harga pun not bad. Dekat dgn pasaraya harga murah.Tapi lokasi bukan kt kwsan utama Venice. Lokasi sebelum jambatan menghubungkan kota utama. Cuma 1.25 Euro je dari sini (Venezia Mestre Station) ke Venezia st Lucia station. Kebetulan train saya ke Rome dari Mestre. Highly recommend. Book pada 3/11/2016

14. Allesandro Downtown Hostel Rome 8 bed room hostel (bilik air luar):6-8 min dari Rome Termini Station. RM94.50/2 Malam.
7/10. murah, xperlu bayar citytax, bersih, dalam
15 min Walk ke Coloseum. cuma dpn Hostel sunyi sikit. Jalan dlm 100m terus tiba kwsn happening. Wi-fi pun kurang stabil tp bila dpt sangat laju.asyik hilang-hilang n xdpt connect langsung tp xtaulah time dtg mmg wi-fi ada prob. Boleh jadi hari lain ok agaknya. Book 2 hari sebelum stay.

15. New Generation Hostel Urban Citta Saudi Milan 8 bed room hostel:8-10 min walk dari Piola Metro station RM65.05/1 malam.
6.8/10. Selesa, agak luas, bersih. Sunyi dan agak gelap dari Station nk ke hostel esp waktu malam. Sometimes rasa xsafe tp so far ok. Ada satu kedai halal betul2 sebelah Station. Wifi buat hal. Langsung tak boleh connect dari awal pagi hingga waktu check out. Malam sebelum tu laju. Book pada 23/3/2016

Harga-harga transportation antara bandar/negara &  tiket flight: RM3395.20

1. Nightbus Megabus London-Liverpool RM12 book pada 28/8/2016
2. Flight Ryan air Liverpool-Barcelona RM10.53 book pada  26/10/2016
3. Flight Ryan air Barcelona-Birmingham RM63.71 book pada 31/10/2016
4. Flight Ryan Air London-Luxembourg RM38.57 book pada 28/9/2016
5. Train Namur-Brussels RM42.53 walk-in
6. Flight Ryan Air Brussels-Budapest RM100.37 book pada 25/7/2016
7. Train Budapest-Vienna RM61 book pada 27/10/2016
8. Train Vienna-Innsbruck RM109.84 book pada 27/10/2016
9. Train Innsbruck-Zermatt RM153.88 book pada 25/7/2016
10.Train Zermatt to Visp RM165.38 walk in
11. Train Visp-Milan RM87.5 book pada 12/8/2016
12. Train Milan-Florence RM118.74 book pada 1/11/2016
13. Train Florence-Pisa RM41.586 walk in
14. Flight Ryan air Pisa-Berlin RM68.63 book pada 27/10/2016
15. Nightbus Flixbus Berlin-Copenhagen RM91.05 book pada 27/10/2016
16. Flight Norwegian air Copen.-Ams. RM135.01 book pada 27/10/2016
17. Nightbus Flixbus Amsterdam-Paris RM115.75 book pada1/11/2016
18. Train Thellotrain Paris-Venice RM160.18 book pada 27/10/2016
19. Train Trenitalia Venice-Rome RM76.20 book pada 21/10/2016
20. Train Trenitalia Rome-Milan RM136.84 book pada 27/10/2016
21. Tiket Flight Oman Air RM1605.90 book pada 7/3/2016

Simple itinerary

28/11:Naik Oman Air ke London transit Muscat

29/11:Tiba Heathrow Airport dalam pukul 6.00 pagi. Pergi central London guna tube (zone 1-6 price). Pergi jalan-jalan antaranya Big Ben, Buckingham Palace, Masjid London. Malam Naik bas pergi Liverpool.
Makan- subway tuna

30/11:Tiba pagi di Liverpool. Lepak Liverpool city sampai tengahari. Selepas itu, naik bas pergi Liverpool airport. Pukul 3.30ptg naik Ryan Air pergi Barcelona.
Tiba Barcelona pukul 6.50 ptg. Guna T10 metro tiket pergi hostel St Christopher kat La Rambla (Catalunya station).Kawasan La Rambla merupakan street yg popular dgn kedai makan, souvenir dan ramai orang lepak.
Makan- subway veggie/tuna

1/12: Berjalan seharian di Barcelona. Antaranya La Sagrada Familia, Park Guell dan lepak kat La Rambla.
Malam tidur dan lepak di Airport Barcelona Terminal 1.
Makan- kebab

2/12: Naik Ryan Air pergi ke London semula tapi turun kat Birmingham sebab tiket flight murah. Dari Birmingham Airport terus naik train (2 jam) ke London.
Check in hostel kt area Earl Court. Lepas itu lepak kat Tower Bridge.
Makan- Maggi goreng

3/12: Lepak kat London. Petang naik bas pergi London Standsted Airport. Naik Ryan Air pergi Luxembourg Airport pukul 6.50 ptg. Tiba 9.15 mlm. Lepak Luxembourg Airport sebelum naik bas pergi Namur, Belgium.
**Luxembourg airport bukan 24 jam. Tepat 12.00 malam kena halau keluar. Haha. Nasib baik ada parking kereta lepak sampai 3 pagi
Makan- roti, kerepek

4/12: Jalan-jalan Namur City. Cantik & Menarik. Kurang popular dan namanya jarang didengar tapi worth visit.Tengahari pula naik train 1 jam pergi Brussels. Check in hostel kt Brussels dan jalan-jalan tengah Bandar. 
Makan- burger.

5/12: Naik Ryan Air pergi Budapest. Jalan-jalan kat Budapest. Malam tidur Stesen Budapest Keleti. (Sepatutnya tidur hostel tapi ketuk pintu tak buka). Hostel lain lak suruh call lak. Hotel walk in mahal. Last-last simpan beg kt locker (24 jam) dan buat keputusan tidur stesen lagipun kesokkan harinya naik train pergi Vienna.
Makan- kebab. 

6/12: Naik train pergi Vienna. Lepak dan jalan-jalan kt tengah Bandar Vienna. Check in kt hostel A&O.
Makan- Mcd breakfast (roti&egg without cheese) dan kebab+bawah ada nasi.

7/12: Naik train pergi Innsbruck. Jalan-jalan di Bandar Innsbruck. Sangat indah! Nikmati sungai dan gunung ganang indah sekelilingnya. Check in kat Nepomuk's B&B.
Makan- kebab dan kerepek.

8/12: Naik train dari Innsbruck ke Zermatt. Melalui Arlberg Pass (Kawasan Alps). Merupakan salah satu laluan kereta api tercantik! Memang indah. Ada transit jap kat Zurich. Sempat keluar stesen tengok city. Bersih dan indah. Selain itu, train view dari Visp ke Zermatt juga menakjubkan. Tiba Zermatt, check in kat Youth Hostel selama 2 malam.
Makan- Roti

9/12: Merehatkan minda dan jalan santai sekitar Zermatt. Memang hebat, tenang dan mendamaikan. Tapi sini terlampau mahal. Zermatt lebih mahal dari bandar Switzerland yg lain. Zermatt antara bandar termahal di dunia. Hotel standard room yg biasa blh jejak RM1000. Hostel pula dekat2 RM200 per bed/semalam. Airbnb pula payah cari. Btw pengalaman sgt berharga.
Makan- ada breakfast makan puas2 & makan Maggi.

10/12: tengahari naik train pergi Florence via Milan. Tiba Florence 7.25 malam. Check in kat Ottaviani hotel.
Makan- pagi tu dah makan breakfast puas2.

11/12: jalan-jalan sekitar old town part Florence sebelum naik train sejam pergi Pisa. Tujuan utama pergi Menara Condong Pisa. Best! Check in kat Prime b&b.
Makan- makan nasi lauk ayam ala dalca.

12/12: naik Ryan air pergi Berlin. Check in kat Sunflower Hostel. Jalan sekitar Hostel.
Makan- kebab

13/12: jalan sekitar Berlin dari pagi hingga malam. Antaranya Brandenburg Gate, Berliner Dom, Charlie Checkpoint, Berlin Wall.
11.45 malam naik night bus pergi Copenhagen.
Makan- kebab

14/12: Tiba pagi di Copenhagen. Check in di Generator Hostel. Mereka benarkan check in seawal pukul 10 pagi. Jalan-jalan sekitar bandar Copenhagen.
Makan- kerepek, roti

15/12: Pergi Little Mermaid antara landmark penting Denmark.
Pukul 3.00 petang naik Norwegian Air pergi Amsterdam. Check in kat Princess Hostel. Jalan-jalan sambil cari makan.
Makan- burger.

16/12: Seharian jalan-jalan di Amsterdam. Sangat cantik kota ini. Lebih best kalau jalan kaki je sebab banyak canal indah. Masjidnya pun cantik.
11.15 malam naik night bus pergi Paris.
Makan- Soto Jawa.

17/12: Tiba Paris pukul 5.30 pagi. Tunggu Metro beroperasi pukul 6.00 pagi & terus pergi Beautiful City Hostel. Hostel benarkan check in awal sbb dia risau tambahan hari masih gelap.Kebetulan ada available bed. Syukur Alhamdulillah. 
Lagi satu, hari ini transport free sebab Paris nak kurangkan pollution. Rezeki yg tak disangka. Tempat-tempat menarik seperti eiffel tower, notre dame, arc de triomphe, the louvre dikunjungi. Eiffel tower dikunjungi siang dan malam dek kerana free transportation😁.
Makan-roti dan maggi.

18/12:berjalan-jalan sekitar hostel, Belleville area. Macam China town sbb banyak kedai Cina dan orang Cina. Ada kedai halal murah area sini.
Makan- makan puas2 breakfast yg disediakan. Petang makan nasi briyani ayam.

19/12: Pergi masjid utama Paris. Jumpa orang Malaysia dan berborak. Lepak masjid & area berdekatan.
Naik Thello night train pergi Venice.14 jam!!tapi tak sedar sbb sleeper train boleh tidur nyenyak.
Makan- breakfast makan puas2. Petang makan hamburger.

20/12: Tiba Venice. Venice mmg best. Bangunan mcm Maze runner film, boleh sesat. Venice ni tak besar mana. walk kalau larat. Tambahan pula terlampau byk canal. Sesuai sgt bergambar. boleh elakkan naik boat/feri. Sesiapa yg nak naik Gondola, kena pandai2 sbb ada yg tak jujur. Check in kat Piave Hotel area Venezia Mestre Train Station.
Makan- Roti, pizza.

21/12: Naik train pergi Rome. Check in kat Allesandro Downtown hostel.
Makan- time breakfast hotel makan puas2. Malam makan nasi briyani.

22/12: Seharian jalan di Rome termasuk negara terkecil di dunia, Vatican City.Jalan kaki je. Attraction dekat2.
Makan- nasi briyani.

23/12: Tengok2 souvenir sebelum naik train pergi Milan waktu tengahari. Tiba Milan, Check in kat New Generation hostel.
Makan- kebab & kentang goreng.

24/12: Pergi Duomo & kawasan berdekatan. Landmark utama Milan.
Naik bas pergi Milan Malpensa Airport. Balik Malaysia guna Oman air & transit di Muscat.
Makan-nasi briyani

25/12: Tiba Malaysia.

Tips-tips tambahan

1. Rajin tengok website fly4free selalu update flight/bas/train promotion. Qatar Airways, Oman air, Garuda Airlines penah promo serendah RM1200++ return ke central europe. Turkey & Romania pernah serendah RM900++ return by Qatar Airways. Bergantung pada rezeki masing-masing.

2.book hostel via booking/agoda. Banyak yg pay kt hostel/hotel.kekadang tengok-tengok gak website hotel/hostel sebab kekadang ada promo spt winter sale.

3. Banyak bas spt flixbus, megabus, ouibus & train mcm trenitalia, OBB Austria sangat murah kalau book awal. SBB Switzerland pun ada supersaver tiket. Kalau lewat mmg naik. Kalau walk in, sila standby duit yg byk. Yang ni, ada gk sy book lambat sbb ada beberapa pertukaran itinerary tp still reasonable price.
**cari-cari gak tiket 1/2 pound atau euro megabus merentas eropah sbb sebelum ni mmg wujud. Mmg ada tapi dlm UK je. Mulai bln 8, megabus yg beroperasi diluar UK diambil alih oleh Flixbus. Dah riki Flixbus berbulan-bulan, mereka tak gila mcm megabus. Contoh paling murah dari Amsterdam ke Paris 19 euro. Lagipun bas mereka mmg selesa.

4. Dekat Eropah banyak attraction free. Tgk changing guard kat Buckingham palace, ambil gambar kat i Amsterdam sign, Brandenburg gate, buat observation atas mural Berlin wall,  Berdiri bawah Eiffel tower, keliling Tower bridge, keliling colloseum, pergi Little mermaid, pergi Pisa Tower (kalau masuk betul-betul dlm bangunan barulah bayar kan) dan banyak lagi. Banyak benda boleh buat tanpa bayaran. Malah ada muzium yg boleh masuk free sepanjang masa atau hari Ahad pertama tiap bulan.Kalau mmg dah minat dan aim spt nk naik Eiffel tower, nak masuk muzium van Gogh, nak  tengok Monalisa, nak masuk coloseum ke standby duit. Ada yg blh book awal dan dpt murah utk elakkan queue panjang spt coloseum.
So korang jgn risau. Terlalu byk perkara boleh buat tanpa masuk muzium itu ini. Sama je dgn kbykn traveler lain. Nikmati sepuasnya contoh berkelah dpn eiffel tower sambil tengok bangunan dan selfielah pelbagai cara. Ala mcm kita gak amik gambar depan KLCC tapi berapa kerat je yg dh naik sampai bridge atas tu? Hehe. Apapun pilihan di tangan anda. Macam saya, saya utamakan tempat yg saya suka & masuk. Melihat pelbagai culture & nature sering jadi keutamaan saya.

5. Europe mmg banyak scammer esp France dan Italy. Kalau Spain terkenal dgn pickpocket. Sentiasa jaga barang berharga. Sentiasa berani dan tegas.contoh kat Paris, geng2 negro tarik tangan kita dan nak ikatkan tali gelang apantah. Tlg tolak dgn tegas. Kat Milan pula seboleh2nya paksa kita amik makanan burung. Sentiasa genggam tangan agar mrk xde tabur terus. Kat Rome, ada kebarangkalian dihalang semasa jalan dan tnya2 mcm2. Siap kejar lagi. Elakkan lalu kwsn gelap esp sorang2.

6. Apapun jangan takut. Ini sekadar peringatan.kat mana2 pun kena hati2. Saya pun takut2 esp Spain sbb byk cerita buruk. Tapi Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku sepanjang 26 hari.syukur.
Saya doakan kaki Travel yg lain juga sentiasa selamat.InshaAllah.

7. Bangunan kat Eropah mmg indah-indah. Nature pun indah esp Alps area. Jadi, explorelah dan selamat datang ke Eropah. Saya doakan sesiapa yg belum sampai sini, akan sampai akhirnya.

**Kos blh murah kalau korang keluarkan tempat mahal spt Switzerland. Tengok iti saya, 28% duit penginapan adalah di Switzerland sedangkan hanya 3 hari 2 malam. Tiket train pun mahal. Namun, saya berjaya elak drpd guna swiss pass yg hampir RM1000 utk 3 hari. Iti saya tak sesuai guna  swiss pass sebab hanya pergi satu tempat sahaja. Kalau pergi beberapa tempat baru berbaloi. Lagipun saya berjaya guna cara lebih murah masuk Switzerland (direct ke tempat yg dituju melibatkan beberapa transfer) : book via OBB Austria website. Kalau dari Italy, boleh guna saver tiket kat SBB CH (Switzerland) website.
Innsbruck, Copenhagen dan Brussels pun sama dimana penginapan agak mahal. Tapi kesemua tempat ini mmg best. Iti saya tak sempurna mana tp inshaAllah boleh membantu korang. Walau banyak city saya singgah, saya xde rasa rushing sbb dh plan nak pergi mana sebelum tu. Malah adakalanya saya santai2 😃.
Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...